Followers

Saturday 4 July 2015

Lagi Adu Domba Pembangkang , Agihan KURMA Jadi Bahan FITNAH !!

Nampaknya fitnah terus menjadi makanan utama pembangkang untuk mendapatkan perhatian daripada rakyat tanpa langsung wujud rasa berdosa mahupun bersalah bagi setiap tindakan yang dilakukan.

Bagi mereka bukan soal kebenaran tetapi jauh lebih kepada kepentingan politik yang boleh dijadikan sebagai platform untuk berkuasa walaupun kedudukan kuasa itu berlaku atas dasar lendir dan nanah yang amat menjijikkan.

Begitulah sikap pembangkang , bukan sahaja tidak ikhlas membantu rakyat tetapi lebih terarah kepada melakukan kerja-kerja sabotaj yang berlandasakan kepada kepentingan politik semata-mata.Satu kaedah dan gerak kerja kotor yang selama ini mendapat restu pucuk pimpinan mereka yang tidak berubah walaupun kini berada di penjara kerana meliwat.

Semalam pihak pembangkang PKR Sarawak telah membuat satu tuduhan dan fitnah yang cukup jahat terhadap Biro Kebajikan UMNO Malaysia yang diterajui oleh Datuk Azeez Rahim kononnya telah menyumbang buah kurma yang telah tamat tarikh luput ke Sarawak.

Sebelum itu Biro Kebajikan UMNO Malaysia bersama dengan Biro Kebajikan Barisan Nasional telah dan sedang menyelesaikan Misi Jelajah Ramadhan satu program penyampaian buah kurma,air zam-zam dan kain baju melayu kepada masjid-masjid di seluruh negara sempena bulan ramadhan.

Setakat ini program Jelajah Ramadhan sudah pun menjelajah ke seluruh negeri dan ianya kini berada di fasa terakhir untuk menyelesaikan pengagihan barangan terbabit ke beberapa buah negeri sahaja lagi yang dijangka dapat diselesaikan dalam tempoh beberapa hari ini.

Namun keihklasan dan kesungguhan itu amat dicemburui oleh pembangkang memandangkan usaha murni sebegini secara tidak langsung terus sampai ke akar umbi.Dan sudah tentu ruang dan peluang ini akan dianggap oleh pembangkang sebagai peluang untuk UMNO mendekati rakyat dalam konteks politik seperti mana pembangkang sering lakukan sebelum ini.

Walhal Datuk Azeez Rahim selaku Pengerusi Biro Kebajikan UMNO Malaysia sendiri sudah pun mengesahkan program ini melibatkan kesemua masjid di seluruh negara dan Perdana Menteri sendiri telah menyatakan kepada beliau jangan mengambil kira faktor politik memandangkan ianya adalah sumbangan dan pengagihan kepada umat Islam sempena bulan ramadhan.

Mungkin kerana teruja untuk terus menyerang parti UMNO dan keperibadian YAB Perdana Menteri barangkali maka PKR Sarawak telah bertindak menyiarkan 2 gambar di akaun facebook milik mereka mendedahkan kononnya pengagihan itu melibatkan buah-buah kurma yang telah tamat tarikh luputnya.



Mereka jelas menyiarkan tarikh luput 31 - 12 - 2013 bersama-sama dengan nama YAB Perdana Menteri dan Isteri semata-mata untuk menimbulkan kemarahan orang ramai seterusnya melahirkan kebencian terhadap UMNO dan pemimpin negera.

Hakikatnya apa yang disiarkan itu adalah fitnah yang amat jahat sekali.Cerita sebenarnya pihak yang busuk hati ini telah mengoyak sticker asal iaitu yang tertera tarikh luput yang sebenar pada 30 - 6 - 2017.

Tarikh luput 30/6/2017

Apa yang berlaku sebenarnya ? Buah kurma yang dikatakan tamat tarikh luput itu sebenarnya adalah buah-buah kurma yang baru dan ianya disahkan sendiri oleh Datuk Azeez memandangkan beliau sendiri terlibat dalam proses pembelian dan menentukan kualiti buah kurma terbabit.

Kesemua buah kurma itu berada dalam bungkusan yang di simpan rapi cumanya penggunaan kotak tersebut adalah bertujuan untuk memudahkan buah-buah kurma itu digerakkan dalam kuantiti yang banyak.Kerana itu disebabkan kotak-kotak yang digunakan itu adalah kotak yang telah sedia ada dan mempunyai cop tarikh sebelumnya maka pihak pengeluar telah melekatkan sticker tarikh luput yang sebenar berdasarkan buah kurma yang baru.


Malahan pada 2 Julai yang lalu , Datuk Azeez sendiri telah menyatakan bahawa buah kurma terbabit masih segar kerana baru tiba dan kerana itu pihaknya mahu supaya buah-buah kurma itu segera di hantar agar semua pihak dapat merasainya.


Lihatlah betapa ikhlasnya pimpinan kita berusaha untuk membantu semua pihak , kepentingan politik di letak sebelah kerana niat dan usaha itu hanyalah untuk rakyat.Namun dalam beberapa keadaan kadang-kalanya tindakan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab ini mencabar diri namun berkat kesabaran dan kesungguhan untuk terus memberikan khidmat mereka tabah mendepani cabaran ini.

Kepada rakyat diluar sana lihatlah sendiri bagaimana rakus dan melampaunya PKR , usaha murni sempena ramadhan dijadikan bahan politik untuk melakukan fitnah yang cukup jahat.Kepada pihak terlibat khususnya Biro Kebajikan UMNO Malaysia dan Datuk Azeez sendiri , rasanya laporan polis dan tindakan saman boleh dipertimbangkan.

Jangan biar puak-puak semacam ini lepas !

MMI

1 comment:

  1. It is an offence to use packaging material (recycled)that has an expiry date printed and overlapped with another sticker.This is international law on food packaging(refer GMP).Kemeterian kesihat should investigate further.

    ReplyDelete

Labels