Kalau diikutkan kepada apa yang sudah berlaku sama ada semenjak hubungan antara PAS dengan Pakatan Haprak sehinggalah terkini , kita sudah pasti dapat melihat bagaimana parti yang berselindung disebalik ungkapan Islam dilanyak dan dipijak-pijak oleh sekutu sesakat mereka sendiri.
Walaupun sudah berbuih nasihat dan pandangan di berikan oleh banyak pihak , puak-puak yang mengaku ketayap putih itu adalah imej mereka kekal sebagai pekak bisu dan buta.
Entah jiwa apa yang merasuk diri setiap dari mereka sehinggakan apa jua nasihat daripada mereka yang bukan dari kalangan kelompok mereka akan dianggap sebagai bersifat dendam dan berniat jahat.
Mereka tetap mahu berusaha dan mencuba walau hakikatnya dunia sudah menjadi saksi betapa bencinya puak-puak yang diangungkan oleh PAS itu terhadap Islam sebenarnya.Secara zahirnya mereka memperlihatkan kononnya mereka berjiwa Malaysia dan sentiasa menyanjung tinggi kedudukan Islam namun realitinya mereka hanya mahukan Islam sekular bukan Islam sebenar.
Tak percaya ? Mungkin isu yang pernah diketengahkan oleh MMI sebelum ini boleh memberikan sedikit gambaran Baca Sini
Artikel itu berdasarkan pemahaman seseorang yang hari ini bergelar Mufti dan lihatlah betapa longgarnya kita dalam hal-hal sedemikian.Dan sudah barang pasti apa yang sedang berlaku terhadap PAS juga ada persamaannya.
Jika merujuk kepada PAS hari ini maka jelas pendiriannya adalah untuk melaksanakan undang-undang Hudud di Kelantan ! Kerana itu jugalah maka parti itu kini berantakan dan perantakan ini berlaku kerana wujud perbezaan ideologi politik sesama ahli PAS hasil daripada kesepakatan yang berlaku dalam Pakatan Haprak.
Lebih mengejutkan lagi setelah pelbagai insiden tuding menuding , PAS dilihat masih lagi mahu berpeluk dengan DAP dan PKR.Seolah-olah maruah tidak lagi bernilai , prinsip tidak lagi berharga dan pendirian sekadar melengkapi hujah !
Terbaru PAS sedang mempertimbangkan untuk mengheret kerajaan DAP di Pulau Pinang ke mahkamah !
Hahahhaa apa cerita pula ? Atas sebab apa nak bawa pi mahkamah ni ? Bukannya ada lagi kerajaan Pakatan Haprak !!!!
PETALING JAYA 6 Julai - PAS mengarahkan peguamnya untuk mengkaji sekiranya tindakan undang-undang boleh diambil bagi mempertahankan maruah wakil parti itu di Pulau Pinang yang dipecat.
"Reputasi mereka adalah menjadi keutamaan. Tindakan kerajaan negeri Pulau Pinang boleh menyebabkan orang ramai berfikir wakil yang dipecat itu bermasalah. Ia menjejaskan reputasi mereka," kata Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Muhammad Fauzi Yusoff kepada The Star Online pada Isnin.
Menurut beliau, pemecatan wakil PAS dari pentadbiran negeri itu menjadi satu masalah dalam hubungan PAS dan DAP.
Pada Muktamar PAS yang awal bulan lalu, Dewan Ulama mencadangkan kepada Majlis Syura agar parti itu menamatkan kerjasama politik dengan DAP.
Namun, memandangkan keputusan mengenai perkara itu belum dimuktamadkan, Muhammad Fauzi berkata tindakan kerajaan Pulau Pinang meneruskan pemecatan itu adalah salah.
"Adakah ini satu kepimpinan bermoral? Jika mereka boleh melakukan perkara ini kepada kami, apa yang rakyat boleh harapkan daripada pemimpin dengan moral seperti itu? Mungkin terdapat beberapa sebab yang tidak diketahui di sebalik semua ini," katanya.
Muhammad Fauzi berkata sebarang tindakan yang diambil mestilan berdasarkan prosedur operasi standard.
"Mereka tidak membuat keputusan berdasarkan keadilan tetapi persepsi. Sebagai kerajaan negeri, mereka harus mengikut prosedur yang betul," katanya.
Beliau berkata kerajaan negeri jelas bertindak melulu dalam isu pemecatan Ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) Yaacob Omar dan Omar Hassan sebagai ahli Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP).
"Kami mempersoalkan tindakan kerajaan negeri memecat wakil dari parti kita," katanya.
Dua ahli PAS iaitu Dahalan Fazil dan Mhd Nasir Yahya terlebih dahulu mengambil tindakan meletakkan jawatan mereka sebagai Ahli Majlis MBPP dan MPSP.
Tindakan terhadap ahli PAS oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang itu rentetan keputusan Muktamar PAS pada bulan lalu yang memutuskan hubungan dengan DAP menyebabkan DAP berterusan mendesak ahli Pas di negeri ini meletakkan jawatan dalam kerajaan negeri.
Namun, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir Salleh Man masih mengekalkan jawatan sebagai Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang.sumber
Lihatlah sendiri bagaimana kedudukan PAS hari ini ?
Mereka seolah-olah bingai dan bodoh sombong !
Tindakan yang dilakukan oleh DAP itu adalah berdasarkan kepada pendirian parti PAS berkaitan dengan Hudud yang ditentang oleh DAP selama ini.Malah dengan pelbagai tindakan sudah pun dikenakan terhadap wakil-wakilnya , PAS dilihat masih lagi mahu menjadi juara !
Aloo brader , kalau dah Salleh Man satu-satunya wakil PAS daripada ADUN Permatang Pasir masih lagi menjadi pelacur politik kepada Lim Guan Eng , apa lagi yang mahu kamu pertahankan ?
Ini bukan soal kamu di lanyak lagi dah , ini dah sampai ke tahap kamu dipergunakan dan diperkotak-katikkan oleh DAP.Senang cerita kalau berbicara tentang PAS hari ini ianya tak ubah macam Siri Bercakap Dengan Jin .. Mana boleh sembuh kalau kat dalam badan masih ada JIN !!! HAPRAK !!!
MMI
No comments:
Post a Comment