Followers

Monday 25 April 2016

Keterujaan Pembangkang Membawa MUSIBAH #PRNSarawak


Dengan izin hahahahahahahaha ramainya manusia berwajah Mat Sabu !! Gambar ini adalah sebahagian daripada aksi-aksi di hari pertama Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak siang tadi.Seperti kebiasaan hari penamaan calon merupakan hari yang dinanti-nantikan oleh sebahagian besar penyokong dan pemimpin parti-parti politik yang bertanding , disinilah sorak gegak gempita bergema memenuhi tiap ruang manakala diri terasa berkobar-kobar dengan satu perasaan bersemangat tatkala bendera dikibarkan diiringi dengan nyanyian lagu-lagu patriotik mahupun berselawat bagi mereka yang beragama Islam.

Memang menarik semacam satu pesta yang sukar dilepaskan , mungkin begitulah juga rasa dan perasaan mereka-mereka dalam gambar diatas penyokong-penyokong parti PAN sehingga menjadi klon Mat Sabu.

Hahaha mungkin mereka-mereka itu tak kenal Mat Sabu agaknya kalau kenal rasanya bukankan topeng , warna oren pun tak mau sentuh ! Halo brader, Mat Sabu yang kamu agung-agungkan sangat tu tidak sekali pun selama terlibat dalam politik BERANI tampil untuk bertanding di tempat sendiri.

Kalau ada dikalangan brader-brader kat atas tu yang baca artikel ni , MMI minta bertanyalah kepada Mat Sabu kenapa mengelak dari bertanding dikawasan sendiri kemudian tafsirkan dengan otak anugerah tuhan bukan dengan kepala lutut.

Mat Sabu dah tak relevan brader !!!!

Baiklah MMI bukan nak bercerita tentang si Mat Sabu ni sangat , sebaliknya lebih terarah kepada apa yang berlaku pada siang tadi.

Proses penamaan calon sudahpun selesai maka MMI yakin gerak kerja jentera dan calon-calon yang bertanding pastinya sudah dilipat gandakan malahan malam ini pastinya lebih meriah dengan siri ceramah melibatkan parti-parti yang bertanding.

Apa pun yang sedang berlaku dan telah berlaku , kita sebenarnya sudah pun dipertontonkan dengan satu lakonan dari barisan pimpinan pembangkang yang amat mengujakan sekali.Keterujaan untuk bertanding di PRN Sarawak telah menyebabkan mereka hilang fokus dan tidak keterlaluan kalau MMI kata mereka sudah tidak lagi memahami maksud PAKATAN !

Jika sebelum ini mereka bergelut dengan pembahagian kerusi sehingga berlakunya aksi ugut-mengugut , hari ini mereka hadir dalam PRN Sarawak dalam keadaan TEMPANG.

Mana mungkin kumpulan yang mengaku bersama dan berdiri atas nama PAKATAN boleh pula bertanding sesama sendiri di kerusi yang sama ! Apakah pembangkang ingat rakyat Sarawak bodoh-bodoh belaka ? Adakah rakyat Sarawak terlalu hina sekali untuk menerima bulat-bulat omongan dusta bahawa PAKATAN mampu membawa perubahan di negeri tersebut ?

Lihat BUKTI di bawah ,

Senarai DUN di mana calon BN di tentang oleh lebih dari satu calon pembangkang ,

1. Mulu N.78 - PKR vs DAP
2. Senadin N.75 - DAP vs PKR vs DNP
3. Samalaju N.70 - PAS vs DAP vs BEBAS
4. Jepal N.67 - PAS vs PKR vs DNP
5. Murum N.66 - PKR vs DAP
6. Kakus N.60 - PAS vs PKR vs DNP
7. Ngemah N. 49 - PKR vs DAP vs DNP
8. Simanggang N.32 - PKR vs BEBAS vs DAP vs DNP
9. Beting Maro N.29 - PAS vs AMANAH
10. Sibuyau N. 27 - PAS vs AMANAH
11. Sadung Jaya N.24 - PAS vs AMANAH
12. Bukit Simunja N.23 - DAP vs PKR vs BEBAS
13. Tebedu N.21. - DAP vs PKR
14. Mambong N.19 - DAP vs PKR vs DNP
15. Muara Tuang N.16 - PAS vs AMANAH
16. Samariang N.7 - PAS vs AMANAH

Lihat apa yang diperkatakan oleh Pengerusi PKR Sarawak , Baru Bian ,
“Ruang untuk berbincang dengan DAP tetap terbuka hingga hari terakhir sebelum penamaan calon, dan kami juga telah menyampaikan cadangan untuk menyelesaikan isu ini, malangnya tidak mendapat maklum balas DAP sehingga tengah malam tadi,”.
Katanya, perbincangan untuk memutuskan jumlah kerusi yang akan ditandingi calon PH dalam pilihan raya berkenaan bukanlah mudah.
“PKR hanya menyerahkan watikah kepada 35 orang calon tidak termasuk kerusi bertindih kerana proses perbincangan masih berjalan,” katanya.
Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menandatangani watikah kepada 35 calon PKR manakala selebihnya diberi restu oleh Presiden kepada Baru untuk menyelesaikan kerusi yang bertindih.
DAP menganggap tindakan PKR itu yang tetap calon di kawasan yang telah diersetujui diberikan kepada DAP sebagai mungkir janji pertembungan antara DAP dan PKR melibatkan lima kerusi iaitu Batu Kitang, Mambong, Ngemah, Simanggang and Murum.
“Musuh utama kita ialah Barisan Nasional dan beberapa kerusi yang ada pertindihan, kita berharap dapat bersatu untuk menumbangkan BN,” katanya lagi.Seterusnya 
Jangan keliru wahai warga Sarawak ! Lihat dan nilailah , mereka mengaku mahu berkhidmat kepada kamu tetapi dalam masa yang sama mereka bertembung malahan sudah sampai ke tahap menuding jari sesama sendiri.

What a shame !!!!

Sementara itu setelah selesai proses penamaan calon padi tadi , Barisan Nasional telah mengesahkan bertanding di semua 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).PBB bertanding di 40 kerusi, PRS di 11 kerusi, SPDP di 5 kerusi, SUPP di 13 kerusi dan calon Langsung di 13 kerusi DUN.Senarai penuh calon bertanding di PRN Sarawak Klik Sini 

MMI

1 comment:

  1. Tamak kuasa!!!!!
    Boleh percaya ker mrk nie ikhlas nak bantu org Swk.
    Cina dap klu tak menipu bukan cina dap...

    ReplyDelete

Labels