Followers

Saturday, 25 June 2016

BREXIT Antara Demokrasi & SEMBRONO !


Bila rakyat Britain diberitahu mengenai referandum Britain untuk keluar dari Kesatuan Eropah (EU) atau lebih popular dengan Brexit, mereka di canangkan dengan kisah imigrasi dan perdagangan.

Betapa masalah imigran yang membanjiri Britain adalah disebabkan oleh polisi imigresen EU yang longgar hingga menyebabkan masalah dalam negara.

Mereka juga di dendangkan dengan betapa polisi perdagangan EU tidak adil kepada Britain.

Dan mereka di buaikan dengan kisah kononnya hidup mereka akan lebih baik selepas keluar dari EU.

Dendangan dan buaian hidup yang lebih baik menutup segala analisis pakar dan pandangan ahli ekonomi yang memberi amaran kepada rakyat Britain akan kesan teruk jika mereka memilih untuk keluar dari EU..

Hari ini, sehari selepas rakyat Britain menyokong Referandum Brexit pasaran saham seluruh dunia merundum.

Pelabur-pelabur luar kini dengan segera menjual aset-aset berkaitan Britain dan ini sudah pasti akan beri kesan kepada ekonomi serta pekerjaan di UK secara keseluruhannya.

Nilai matawang pound sterling juga jatuh mendadak dan ini menjadi kegilaan kepada pemain-pemain Forex seluruh dunia yang akan membuatkannya lebih teruk jatuh lagi..

Baru hari ini rakyat Britain berkongsi artikel-artikel berkaitan kesan Brexit kepada negara mereka.

Baru hari ini rakyat Britain sedar yang ramai pakar ekonomi sudah menjangkakan keadaan ini dan ianya dijangkakan akan berterusan hingga 2030..

Ya... 2030!!..
Dan kita baru memasuki separuh tahun 2016..

Perdana Menteri Britian telah meletak jawatan , politik dan ekonomi Britain kini goyah..

Ribuan malah mungkin jutaan rakyat Britain akan kehilangan pekerjaan akibat dari pilihan mereka semalam..

Apa yang berlaku hari ini di negara bekas penjajah kita patut kita jadikan pengajaran..

Mereka terpengaruh dengan propaganda kebencian dan termakan dengan janji-janji manis yang kononnya mereka akan lebih baik diluar EU.. 

Mereka memilih untuk menolak pandangan ilmuan dan mereka yang ahli dalam bidang ekonomi dan politik dalam menentukan keputusan mereka..

Mereka menggunakan hak mereka dalam demokrasi secara semberono tanpa dilapik dengan ilmu dan pertimbangan waras..

Semoga ini menjadi pengajaran kepada kita..

#BREXITEFFECT
#Pru14 #Nauzubillah min zalik

4 comments:

  1. Teori Briexit berkait rapat dendan perancangan yahudi rothchild... rockefeller... soros dan keluarga kapitalis pemodal didunia sekarang ini.. awal tahun Britain sudah dimomokkan dengan Jacob Rothchild dan Soros berkenaan kesan EU pada Britain... The City terletak di London adalah sebuan negara dlm negara sama sot Vitican City... bebas dari Undang2 Negara Britain disitu The City kesemua ibupejabat Bankers dan Pemodal membuat rujukan keputusan kadar faedah..nilai emas.. perak .. minyak dan harga komoditi ditentukan harga setiap hari semasa pasaran dunia diniagakan.... Bila Briexit mrmbuat pilihan keluar dari EU maka pemodal dan spekulatif spt Soros akan mrmbuat keuntungan berbillion pound sterling semasa harga pound jatuh 30% nilai pasaran... kesan Briexit yg kaya bertmbah kaya dan miskin bertambag miskin... tujuan mereja utk menyelamatkan The City dan kesan dari pengaruh Oakatan BRICS yg menjadi ancaman The City...Dynasty bankers lintah darat Royhchild.. kesan dari pakatan BRICS World Bank dan IMF akan terancaman dengan penubuhan Bank AIIB oleh pakatan BRICS.... semua agenda ini sudah dirancang untuk memastikan The City perlu dijadikan pusat rujukan dan menentukan harga komoditi yg diniagakan setiap hari diseluruh dunia...

    ReplyDelete
  2. Yang pastinya Malaysia lebih baik jika Najib meletak jawataagar n dansia semula 1mdb dapat dilakukan dgn telus

    ReplyDelete
  3. inilah yang di inginkan oleh golongan proTun berlaku dalam negara tercinta ini.... membiarkan suara rakyat kononnya boleh berjaya melalui satu lagi salur Asas membina negara selain kuasa parlimen Dan PRU...... mereka mahukan kuasa referendum...... yg akhirnya memaparkan bertapa membodohkan diri bersandarkan emosi boleh menggagalkan negara ..... Dan kelompok kapitalis belakang Tun akan melahap setiap peluang akibat kegagalan ekonomi negara..... sebab mereka ada sumber DANA sendiri.... untuk membeli semua termasuk kuasa politik...... hell to referendum rakyat..... ungkapan lunak bagi maksud yg hampir sama REFORMASI

    ReplyDelete
  4. Kita semua keluar dari UMNO. UMNOEXIT.. parti korup.

    ReplyDelete

Labels