MMI yakin ramai diluar sana yang begitu tidak senang melihat gambar sebegini melata di segenap ruang media sosial.Bagi mereka ianya perlu segera dihentikan dan untuk menghentikannya matlamat pasti akan menghalalkan cara.
Sorry MMI bukan nak menempelak parti PAS tapi itulah hakikatnya yang berlaku.Jika satu waktu dahulu , PAS adalah antara parti yang sering kali menggunakan istilah tersebut untuk menghalalkan tindak-tanduk mereka kini ianya makan tuan.
Sebagai sebahagian daripada warga Malaysia khususnya yang beragama Islam dan berbangsa Melayu , amalan untuk duduk bersama dan membina hubungan yang jauh lebih baik itu haruslah kita sokong malah berdoa agar ianya membuahkan sesuatu yang berguna bukan sahaja kepada bangsa tetapi juga kepada agama dan negara.
Mengambil kira konteks tersebut sudah tentulah hubungan antara UMNO dan PAS seperti mana yang kita dapat lihat melalui gambar diatas mampu menghasilkan sesuatu yang dapat dinikmati oleh seluruh bangsa di Malaysia.
Soalnya kenapa perlu kita terkinja-kinja untuk merosakkan apa yang sedang atau mampu berlaku ?
MMI pasti jika ada dikalangan mereka-mereka diluar sana yang bersifat sedemikian , ianya datang daripada kumpulan yang tidak memahami Islam dan mereka bukan dari kalangan orang Melayu.
Jika ada sekalipun Melayu yang terlibat jiwa dan roh mereka pastinya telah disongsangkan oleh kerakusan nafsu politik yang lebih bersifat dendam politik dan obses untuk berkuasa.
Kerana itulah maka hari ini pimpinan tertinggi PAS difitnah kononnya telah menerima dana berjumlah RM90 juta daripada Perdana Menteri , Datuk Seri Najib Tun Razak.
Diberitakan Pas akan mengambil tindakan undang-undang terhadap portal berita propembangkang, Sarawak Report kerana didakwa memfitnah kepemimpinan tertinggi parti itu berkaitan menerima dana RM90 juta.
Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Sarawak Report dilihat mempunyai agenda untuk mengaitkan Pas dengan UMNO.
Menurut beliau, laporan tersebut mempunyai niat jahat dan mencemarkan nama baik Pas serta dasar Islam yang menjadi teras perjuangannya.
“Pas ingin menegaskan bahawa berita tersebut adalah palsu dan berniat jahat.
“Tindakan memfitnah Pas ini menjejaskan dengan teruk kepercayaan orang ramai terhadap semua laporan mereka selama ini,” katanya dalam kenyataan melalui laman Facebook beliau hari ini.
Kelmarin, Sarawak Report mendakwa, sebanyak RM90 juta disalurkan oleh Perdana Menteri dalam usaha mempengaruhi pucuk pimpinan Pas untuk menjauhi pakatan pembangkang.
Tuan Ibrahim menambah, tindakan ke atas Sarawak Report itu menepati sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Sesungguhnya fitnah itu sedang tidur, Allah melaknat sesiapa yang mengejutkannya.”
Beliau juga menggesa kepada orang ramai supaya menjauhi fitnah dan menyebarkan sebarang berita berbentuk seperti itu terutamanya laporan Sarawak Report tersebut.
Bagi MMI baguslah sekurang-kurangnya PAS sedar betapa fitnah itu sedang menjadi makanan harian mereka-mereka yang punya kepentingan diluar sana.Malahan PAS patut sedar lebih awal memandangkan gajala fitnah seperti ini bukan sahaja mampu merosakkan imej dan kendiri satu-satu individu bahkan ianya mampu menggugat kestabilan negara.
Kepada PAS beringatlah sekutu kalian sebelum ini bukanlah seperti mana yang kalian lihat !
Mereka punya agenda asing dan agenda itu amat perlu kita patahkan bersama-sama...
Semoga ada sinar yang lebih baik selepas ini untuk Melayu , Islam dan Malaysia !
MMI
No comments:
Post a Comment