Followers

Saturday 20 August 2016

Racau Politik Muhyiddin !


Sebelum ini ramai yang melihat ada perbezaan diantara Presiden UMNO dengan Timbalan Presiden UMNO.Maksudnya dari segi pembawakan serta sikap kepimpinan yang ditonjolkan kepada ahli di akar umbi.

Jika Najib dilihat sebagai pemimpin yang begitu komited dan cukup tabah dalam mendepani onak ranjau politik , Muhyiddin pula dilihat sebagai seorang pemimpin yang penuh dengan sikap kemelayuannya.Bahkan Muhyiddin pernah dilabel sebagai RASIS oleh puak-puak pembangkang hanya kerana dasar-dasar beliau yang lebih terarah kepada mempertahankan hak orang Melayu.

Kalau disebutkan sahaja parti cauvinis DAP , pemimpin ini pastinya lantang mengkritik dasar-dasar parti cauvinis itu yang dilabelnya sebagai rasis dan double standard.

Tapi kini apabila gerak tarinya berubah dan tindak tanduknya dapat dihidu sedang berusaha untuk merosakkan kepimpinan parti dan negara dari dalam , Muhyiddin mula membuka pekung di dada dan beliau tanpa sedikit pun rasa bersalah sudah dilihat begitu akrab dengan parti cauvinis yang pernah ditolaknya sebelum ini.

Begitu janggal sekali apabila Muhyiddin dilihat menerima kehadiran DAP dan Lim Kit Siang untuk bersama-sama dalam apa yang mereka momokkan sebagai pasukan pembangkang.Malahan dasar pasukan pembangkang ini juga samar.

Jika sebelum ini kewujudan kem Muhyiddin bersama-sama dengan Tun Mahathir , Mukhriz dan lain-lainnya adalah untuk menjatuhkan kepimpinan Najib sebagai Perdana Menteri kini semua berubah kononnya untuk mengembalikan demokrasi kepada rakyat.

Demokrasi apa kalau gerakan menjatuhkan Perdana Menteri mahu dilakukan tanpa mengikut lunas undang-undang yang tersedia ?

Nampaknya Muhyiddin sudah jauh tersasar dan kerana ketaksuban terhadap Tun Mahathir yang kini sedang sealiran dengan puak-puak pembangkang DAP , PKR dan PAN , Muhyiddin bakal mencemarkan masa depan politiknya sendiri.

Kehadiran BERSATU yang masih belum disahkan oleh ROS juga dilihat sebagai titik tolak kepada bermulanya episod malang karier politik Muhyiddin memandangkan kekalutan yang berlaku sesama mereka.

Jika senada sekalipun ianya hanyalah sekadar lakonan politik kerana mereka tahu rakyat perlu dimomokkan kononnya pasukan pembangkang itu BERSATU !

Hakikatnya akan berlaku masalah pembahagian kerusi apabila tiba masanya kelak dan sejauh mana DAP dan PKR boleh melepaskan kerusi-kerusi mereka untuk BERSATU ?

Malahan PAN yang jangka hayatnya dijangka akan tamat sesudah PRU14 nanti pastinya turut sama mahukan kerusi-kerusi tertentu sebagai bukti kehadiran mereka bukan sekadar pencacai DAP !

Mungkin situasi sewaktu PRN Sarawak akan berulang dan mungkin jauh lebih dasyat dari itu.

Bagaimana agaknya Muhyiddin mahu menongkah arus kali ini ?

Muhyiddin pernah berkata, agenda parti DAP yang sebenar ialah ingin melihat perpecahan di kalangan umat Islam dan melaga-lagakan umat Islam dengan bukan Islam.

Orang Melayu juga mesti berwaspada dan jangan sampai terpedaya dengan MUSLIHAT JAHAT DAP, kata beliau.

Muhyiddin mengaku supaya janganlah jadi pembelot seperti si Kitol, janganlah jadi seperti tikus membaiki labu, janganlah jadi seperti Pak Kaduk, menang sorak, kampung tergadai, janganlah sudah terhantuk, baru terngadah. Jangan sampai nasi menjadi bubur.

Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tiada gunanya dan DAP sudah pasti bukanlah parti untuk orang Melayu dan Bumiputera, tambah Muhyiddin.

Alih-alih Muhyiddin memilih untuk bersama dengan DAP ?

Well Muhyiddin jelas sedang meracau dan racau politinya kali ini sudah sampai ke tahap yang cukup kritikal.

Geraknya sudah tersasar dan lenggoknya sudah keterlaluan sewajarnya Muhyiddin segera muhasabah diri sekurang-kurangnya Muhyiddin masih Muhyiddin jangan sampai Muhyiddin bertukar menjadi Sang Kelembai yang sumpahnya tidak menguntungkan siapa-siapa.

MMI

2 comments:

  1. GILA KUASA SAMPAI JADI MACAM TU

    ReplyDelete
  2. gila kuasa nya terserlah dr zaman pak lah lg..

    ReplyDelete

Labels