Berikut adalah cerita terkini tentang putar belit kerajaan DAP di Pulau Pinang pimpinan Guan Eng yang kini sedang berdepan pertuduhan salah guna kuasa dan rasuah.
Rumah kos sederhana rendah yang harga RM72500 pun dia pusing cerita cakap kerajaan negeri bayar RM140 ribu kononnya membantu Bumiputra memiliki rumah .
Kalau rumah harga siling ditetapkan RM72500 , mengapa kerajaan DAP bayar sehingga RM140 ribu ? Baca selanjutnya di SINI
Kalau tak menipu bukan DAPlah dan dalam konteks ini ke mana perginya slogan CAT yang selama ini dilaung-laungkan ?
Pastinya para pimpinan DAP di Pulau Pinang hari ini sedar bahawa slogan CAT yang diperkenalkan oleh Guan Eng sebelum ini sudah menjadi peluru yang boleh mengakibatkan si empunya tubuh badan jatuh rebah menyembah bumi.
Kalau selama ini itulah laungannya , kini suasana senyap sepi !
Jika sebelumnya kucing kurap itulah yang dibelai untuk menghentam kerajaan Barisan Nasional , segala-galanya sudah berubah dan DAP terpaksa bertahan kerana penipuan terancang mereka sedang didedahkankan satu persatu.
Ketahuilah kucing kurap peliharaan Guan Eng itu sebenarnya membawa virus yang cukup hebat sehingga mampu menjadi penyebab kepada tidurnya Guan Eng di rumah besi berpintu satu.
Siapa sangka Guan Eng yang cukup gah dan begitu disanjung tinggi oleh para pencacainya sehingga terangkat martabatnya setinggi khalifah juga adalah daripada spesis manusia korup yang gilakan kuasa dan tamakkan kuasa !
Natijahnya Guan Eng kini sedang berdepan dengan kes melibatkan rasuah dan penyalahgunaan kuasa.
Kemudiannya negara digemparkan lagi dengan isu melibatkan Adun DAP dari Sungai Pinang yang kini sedang meratap untung nasibnya akibat daripada pendedahan si bapa yang dituduh mengamalkan rasuah bagi mendapatkan milikan rumah di bawah kerajaan negeri DAP di Pulau Pinang.
Belum pun reda isu tersebut , berlaku pula gegaran berskala ritcher 5.5 yang menggegarkan warga Islam Pulau Pinang akibat daripada tulisan yang dipetik daripada hadis orang Islam yang ditulis di bahagian punggung patung beruang yang dipamerkan di Padang Kota Lama.
Jelas sekali ianya memperlihatkan kelalaian dan sikap tidak serius para pemimpin kerajaan DAP Pulau Pinang dalam menganjurkan satu-satu program khususnya perkara-perkara melibatkan agama dan kaum.
Tidak cukup dengan gegaran , Pulau Pinang dilanda pula banjir kilat hampir saban bulan yang mengakibatkan kerosakan harta benda dan menyusahkan orang ramai akibat daripada peningkatan paras air secara mendadak.
Apa tindakan kerajaan DAP Pulau Pinang pimpinan Guan Eng bagi mengatasi semua masalah tersebut ?
JAWAPANYA mereka masih terus membelai si kucing kurap kesayangan anak Kit Siang ini sehingga virus-virusnya terus tersebar !
Akibatnya kita dapat melihat bagaimana dasar pentadbiran kerajaan DAP di Pulau Pinang sudah sampai ke tahap menjual pemilikan harta dan tanah kepada pihak luar.Dan kesan daripada dasar ini maka Pulau Pinang berpotensi besar akan kehilangan tapak yang diiktiraf sebagai warisan dunia !
Menurut laporan sebuah firma hartanah dari Singapura telah membeli sebahagian besar bangunan warisan di George Town, Pulau Pinang iaitu di Lorong Bertam dan Lebuh Noordin yang terletak di tapak Warisan Dunia George Town.
Seramai 26 penduduk telah diberikan notis pengusiran sejak 24 Ogos lalu, dan diarahkan supaya mengosongkan premis mereka sebelum 30 September ini.
Tindakan ini seterusnya telah merisaukan aktivis warisan dan penduduk tempatan.
Jurucakap Warisan George Town, Mark Lay berkata tanpa mengira penduduk asing atau tempatan, firma itu memaksa banyak keluarga untuk berpindah.
Bercakap pada sidang akhbar di kedai kopi Wang, Lay berkata, sebuah syarikat Singapura World Class Land telah membeli 20 buah rumah kedai di Jalan Bertam.
Menurutnya, syarikat yang sama juga membeli enam buah rumah kedai dengan perdagangan komersial di sepanjang Jalan Penang.
“26 unit ini telah dibeli oleh World Class Land di bawah dua syarikat.
“Model dan strategi firma itu adalah untuk membeli, mengusir penyewa, mengubahsuai, membina dan secara drastik meningkatkan kadar sewa di luar kemampuan kebanyakan rakyat tempatan Pulau Pinang,” kata Lay.
Inilah sikap pimpinan DAP di Pulau Pinang , mereka langsung tidak menghiraukan nasib rakyat apatah lagi mahu memeliharan tanah tumpah milik seluruh warganya dengan baik.
Kaum Melayu dan Islam dah lama merasai kesan kesongsangan pentadbiran DAP sejak 2008 lagi namun pada saat dan ketika itu kaum-kaum lain di Pulau Pinang masih lagi tersenyum sumbing kononnya kerajaan negeri yang baru itu jauh lebih baik dan hebat dari kerajaan Barisan Nasional sebelumnya.
Nahhh kini apa jadi ? Meraung dan cemas sahaja tidak akan mampu menjadi penyelamat kepada apa yang sedang berlaku.Belajarlah menerima hakikat bahawa inilah untung nasib kamu kerana kamulah yang membuat keputusan memilih DAP sebagai pemerintah.
Sebagai rakyat yang mengikuti perkembangan Pulau Pinang dalam konteks politik , ekonomi , sosial dan lain-lain rasanya dah sampai masa dan ketika untuk kita buang jauh-jauh si KUCING KURAP penyebar virus yang telah banyak mengundang musibah kepada Pulau Pinang.
Percayalah KUCING KURAP itulah puncanya !
MMI
MMI
Rakyat PPlah perlu pastikan kucing kurap dan DAP sekali di terajang jauh2 dlm PRU14 nanti, kerana mereka hanya main wayang tak membela rakyat pun.
ReplyDelete