Followers

Saturday 3 September 2016

Mansuh 10% Diskaun Bumiputera , Bukti Penguasaan DAP Dalam Pakaran Haprak !


Walaupun berdepan dengan pelbagai masalah melibatkan integriti pemimpinnya , DAP masih lagi mampu tersenyum kerana dasar yang selama ini menjadi pegangan mereka akhirnya diterima pakai dan sudah pun dilaksanakan oleh suku sakat DAP dalam Pakatan Haprak.

Jika DAP sudah lama menerapkan dasar "Malaysian-Malaysia" nya di Pulau Pinang , kini tindakan sama turut dilakukan oleh PKR di Selangor.Tatkala seluruh warga Malaysia menyambut hari kemerdekaan yang ke-59 , sebahagian besar hak bumiputera sudah pun ditarik balik !

Kerajaan negeri Selangor yang diketuai oleh PKR telah memansuhkan diskaun 10 peratus kepada Bumiputera untuk membeli pangsapuri berservis, soho (rumah pejabat kecil) dan SoVo (rumah pejabat versatil) dan dikatakan akan mula berkuatkuasa pada September 2016.

Walaupun tindakan ini mendapat pebagai reaksi negatif daripada akar umbi , Exco kerajaan negeri Selangor masih lagi cuba untuk menutup gerakan halus bersifat menghakis ini.

Datuk Teng Chang Khim , berkata kerajaan negeri sebenarnya menurunkan dan menyeragamkan harga jualan hartanah. Beliau berkata , kerajaan negeri menerima cadangan menurunkan harga hartanah mampu milik sebanyak 10 peratus bagi memanfaatkan pembeli dari kategori lebih rendah dan sederhana. 

”Kami menawarkan ciri-ciri ini untuk golongan berpendapatan rendah dan sederhana dan tidak ada sebab bumiputera diberi diskaun dan tidak kepada bukan bumiputera kerana mereka sama-sama miskin. Oleh itu, kita kurangkan harganya dan menjadikannya harga standard untuk semua,” katanya.

Wahh hebat sekali dan secara tidak langsung apa yang sedang berlaku di bumi Selangor ini adalah tuntutan hak sama rata tanpa sebarang keistimewaan terhadap hak kaum bumiputera ! 

Dasar DAP digunapakai dan Menteri Besar , Azmin Ali yang juga kaum bumiputera langsung tidak peka dengan keadaan tersebut.Malahan bertindak menyokong penuh keputusan tersebut dengan berselindung disebalik ruang kemiskinan itu tidak berasaskan kepada warna kulit.

Menurut Azmin , penyelarasan semula harga itu dibuat bagi membolehkan rakyat yang tergolong dalam kategori berkenaan mempunyai keupayaan memiliki hartanah sendiri.

“Untuk perumahan mampu milik ini sama ada pangsapuri perkhidmatan, SOHO atau SOVO atau kemudahan lain atas nama mampu milik dan kos rendah, kerajaan ne­geri tidak mengenakan syarat mengikut kaum.

“Kalau bicara soal kemiskinan, ia meren­tasi kaum dan agama manakala prinsip kerajaan negeri ialah membantu golongan berkenaan.

Apa yang perlu dipersoalkan adalah sepanjang tempoh diskaun sekalipun sejauh mana kaum bumputera mampu memiliki hartanah sendiri ?

Dan jika melihat kepada hal melibatkan kemiskinan , berapakah jurang perbezaan sekiranya kita merujuk kepada 3 bangsa terbesar di Malaysia ?

Apakah mereka-mereka yang paling ramai dikategorikan sebagai miskin itu adalah kaum cina ?

Usahlah berbelit-belit hakikatnya mudah , PKR tidak lagi mampu untuk menahan tekanan demi tekanan daripada DAP untuk terus menjadi pencacai politik mereka !

Azmin antara pemimpin yang sebelum ini bermasalah dengan DAP , malahan isu politik di Selangor sehingga ada desas-desus beliau bakal kehilangan kerusi empuk sebagai Menteri Besar juga sebenarnya perlu dinilai.

Apakah Azmin sedang mengangguk kepada DAP semata-mata untuk mengekalkan kedudukannya sebagai Menteri Besar Selangor ?

Jika telahan ini benar maka jelas Azmin sudah menggadaikan maruah Melayunya dan menjilat dasar "Malaysian-Malaysia" semata-mata untuk kepentingan politik peribadi.

Apa lagi istimewanya orang Melayu di Selangor di bawah Pakatan Haprak ? 

No comments:

Post a Comment

Labels