Baru setahun jagung dilahirkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) nampaknya begitu galak mengintai tempat-tempat atau kawasan untuk menempatkan wakil-wakil mereka dalam PRU14 nanti.
Bagi mereka yang faham dengan gerak politik pastinya akan sedia maklum hanya melalui PRU sahajalah tiap parti yang mahu menempatkan diri dalam kancah politik negara akan dinilai.Sama ada ia mampu bertahan atau terus berkubur seperti mana parti-parti lain yang pernah mengisi kalendar PRU negara.
Muhyiddin yang kini barangkali sedang sibuk menyusun atur perjalanan PPBM seharusnya sedar bahawa tempoh waktu terlibat dalam politik tidak akan menentukan seseorang itu adalah yang terbaik.Sebaliknya ramai dari kalangan warga Malaysia diluar sana lebih melihat kepada soal kesetiaan dan prinsip seseorang itu dalam berpolitik.
Sebagai bekas pemimpin tertinggi UMNO , Muhyiddin perlu segera bangun dari tidurnya dan belajar untuk menerima hakikat bahawa sebahagian besar rakyat Malaysia tidak akan menerima mereka-mereka yang digelar pemimpin "recyle".
Apatah lagi hari ini Muhyiddin dilihat lebih terarah untuk mendapatan ruang dan peluang untuk bernafas dalam arena politik tanahair sehingga sanggup menjilat ludah sendiri dengan bersekongkol dengan parti yang amat dibencinya iaitu DAP !
Perjuangan apa yang diperjuangkan Muhyiddin ?
GAGAL & MEMALUKAN !
Boleh jadi kerana terlalu selesa apabila menganggap tempoh berada dalam dunia politik itu sebagai kayu ukur penerimaan akar umbi maka Muhyiddin dilihat memberikan cadangan terhadap PAS supaya menyerahkan kerusi milik PAS di kawasan-kawasan yang dimenangi BN kepada PPBM seolah-olah Muhyiddin adalah seorang PENGERUSI PAKATAN PEMBANGKANG !
Akibatnya , pimpinan PAS di akar umbi menolak cadangan tersebut !
Bagi mereka, masuk pilihan raya adalah sesuatu yang serius, dan tidak boleh diambil mudah kerana ia memerlukan jentera dan petugas.
Malah, seorang bekas calon PAS di Terengganu mempersoalkan Muhyiddin kerana membuat cadangan demikian walaupun PPBM pimpinannya masih baharu.
“Jangan ingat parti lain yang tak ada cawangan, tak ada ahli, tak ada jentera serta tak pernah nampak muka pun berkhidmat kepada rakyat, boleh mudah-mudah buat teori, (dengan berkata) ‘PAS tak menang bagilah parti lain pula cuba’,” kata Dr Azman Ibrahim, memetik ucapan Muhyiddin di Kemaman Sabtu lalu.
Dr Azman yang pernah bertanding di kerusi negeri Jabi, berkata PAS sudah luas pengalamannya dalam berdepan dengan Umno dan BN.
“Ada cawangan, ada markas, ada jentera dan ada program yang berterusan sepanjang masa. Tapi tak menang lagi di sesetengah kawasan termasuklah (di kawasan) saya)!” doktor pergigian itu menulis dalam Facebook baru-baru ini.
Jelas lagi nyata betapa Muhyiddin sudah pun mengakui bahawa PPBM tidak akan mampu bertahan sekiranya tidak dibantu oleh parti-parti lain seperti PAS , PKR dan DAP khususnya dalam memberikan ruang tempat untuk bertanding menentang BN.
Rakyat perlu segera menilai apa yang sedang dipertontonkan ini adalah satu lagi lakonan drama yang berkisarkan kepada KUASA semata-mata dan bukan untuk kepentingan RAKYAT dan NEGARA.
Terimalah hakikat PPBM tidak akan mampu duduk bersama dengan parti-parti pembangkan yang lain kerana di akhirnya nanti akan berlaku perbalahan perebutan kerusi dan kuasa seperti mana yang pernah berlaku dalam PRN Sarawak tempoh hari.
MMI
MMI
Meraban sakan admin dengan cadangan muhyiddin, siap cakap akar umbi PAS tolak, ko ingat ahli pas tu mkn dedak mcm ahli umno ke
ReplyDelete