Ada dikalangan pentaksub manusia bernama Anwar Ibrahim ni tengah seronok kerana si banduan ni sedang berusaha untuk mencabar Akta MKN 2016.Dalam ramai-ramai tu pun ada juga menempek seorang bekas pemimpin ni yang dulunya begitu hebat meyakinkan ramai pihak bahawa banduan bernama Anwar Ibrahim ini adalah seorang peliwat.
Ramai yang pada mulanya menolak dakwaan tersebut dan menganggap ianya hanyalah konspirasi politik bagi menjatuhkan Anwar Ibrahim namun setelah memberikan penerangan kepada seluruh rakyat Malaysia termasuklah siasatan dan perbicaraan yang adil mengikut perundangan negara yang sudah pasti memerlukan bukti barulah banyak pihak faham sehinggalah Anwar Ibrahim di dapati bersalah dan di penjarakan atas kesalahannya.
Entah mengapa mereka-mereka ini begitu obses untuk memberikan sokongan (mencabar Akta MKN) MMI sendiri kurang pasti tetapi secara ringkasnya ia mungkin ada kena mengena dengan suasana politik pada hari ini.
Walau bagaimanapun cabaran itu akhirnya ditolak oleh Mahkamah Tinggi !
KUALA LUMPUR 14 Okt. – Permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mencabar penangguhan sementara pelaksanaan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2016 ditolak oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini.
Peguam Kanan Persekutuan, Datuk Amarjeet Singh yang mewakili pihak kerajaan memberitahu pemberita, keputusan itu dibuat oleh Hakim Datuk Hanipah Farikullah selepas membenarkan bantahan awal pihaknya.
Dalam keputusan yang dibuat di kamar hakim di sini, Amarjeet berkata, Hakim Hanipah berpendapat, mahkamah tiada bidang kuasa untuk mendengar saman pemula itu kerana ia melibatkan kompetensi pembuat dasar untuk membuat undang-undang.Utusan Online
Apa yang MMI nak persoalkan adalah siapa malaun-malaun ni yang sungguh-sungguh nak pertikai Akta MKN ni ?
Kalau setakat bekas pemimpin dan mereka yang punya nama dalam politik tetapi tidak punya kedudukan dalam sistem yang membentuk perundangan negara rasanya ia hanya lebih kepada soal mencari publisiti politik murahan.
Sedarkah kita bahawa keputusan Mahkamah Tinggi itu cukup jelas menyatakan ia tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar saman pemula itu kerana ia melibatkan KOMPETENSI PEMBUAT DASAR UNTUK MEMBUAT UNDANG-UNDANG !
Tahukah kita bahawa undang-undang ini dibentuk dengan alasan yang cukup profesional dan antara tujuan utamanya adalah bagi melindungi rakyat dan negara Malaysia dari sebarang ancaman baik dari dalam mahupun luar negara.
Bagi yang tak pernah nak ambil tahu tu sila baca di link yang MMI pautkan ni https://www.mkn.gov.my/page/utusan-malaysia-27-mac-2016-pendekatan-keselamatan-komprehensif
Masalahnya orang kita lebih suka mendengar dari mencari jawapan kenapa Akta MKN 2016 ini perlu dikuatkuasakan.
Anwar Ibrahim nak pertikai ? Siapa malaun ni ?
PELIWAT Bro !!!!
MMI
Hehe...puak lgbt rupanye...
ReplyDeleteTak kira siapa gerangannya tetapi dia salah seorang rakyat malaysia yg menentang akta yg berpotensi untuk disalahgunakan oleh pemerintah.
ReplyDeleteKes liwat sendiri pun tak dapat selesaikan sendiri. Puuui.
ReplyDeleteSebagai peliwat dia sudah dijatuhkan hukuman dan kini sedang dalam proses merayu pembatalan hukuman tersebut. Ia adalah proses yang dibenarkan oleh undang undang.
ReplyDeleteJika berjaya Anwar boleh bertanding semula di pilihanraya dan jangan berbohong kalau ia tidak menambah ancaman kepada umno.
Permohonan pemula penangguhan perlaksanaan MKN dibawa ke mahkamah, ia adalah proses yang dibenarkan oleh undang undang dan mahkamah sudah membuat keputusan. Apakah ada peruntukan lain, keputusan ini boleh dirayu?
Sebagai manusia yang membuat kesilapan dan dia kembali ke sisi Tuhannya, adakah Allah akan panggil hambanya sebagai malaun??
Apabila undang undang telah menghukum seseorang itu, tidak lagi boleh ada pertuduhan yang sama ke atasnya selepas ini.
Apabila Anwar melakukan kerja yang mulia melalui proses undang undang, dia harus diangkat menjadi orang yang lebih mulia, sekurang kurangnya lebih mulia dari perompak, penyamun dan penipu yang masih tidak sedar diri.
Siapa sebenarnya malaun dan siapa yang menjadi penjilat kepada malaun tersebut?