Followers

Wednesday, 18 January 2017

Mana Tun Mahathir Bila DAP Lupuskan RM35.40 Bilion Hak Rakyat P.Pinang Pada Warga Asing ??

 

Apabila Tun Mahathir mula memekak tentang isu Forest City di Johor sehingga Sultan Ibrahim bingkas membidas sikapnya yang disifatkan keterlaluan , MMI rasa wajar untuk kita dedahkan pula apa yang berlaku di bumi Pulau Pinang.

Dalam artikel sebelum ini MMI dah ulas serba sedikit tentang isu berkaitan baca kat sini ( http://mahamissa.blogspot.my/2017/01/untuk-apa-tun-mahathir-berdiri-sama-dap.html ) dan kali ini MMI nak bawa dan ulang sekali lagi isu membabitkan hak milik kita yang diberitakan sudah terlepas ke tangan pihak lain.

Berdasarkan carian dan pemerhatian MMI , pentadbiran kerajaan DAP Pulau Pinang sebenarnya berpaksikan kepada polisi mencari keuntungan singkat tanpa memikirkan kesan terhadap penduduknya yang berbilang kaum.

Mungkin kerana dasar parti cauvinis DAP itu yang langsung tidak boleh ditegur maka pemimpin Melayu dan India yang kini bersama Guan Eng pun tidak mampu untuk bersuara.Mereka sebaliknya dilihat lebih kepada terpaksa atau ditekan dengan kedudukan jawatan sehingga banyak berdiam diri.

RM 35.40 Billion Milik Rakyat Pulau Pinang ?

Dalam sedar tak sedar (Tun Mahathir tak nampak benda ni) lebih 5,222.77 ekar dan 49% saham milik PDC di PJTIRD dengan hasil jualan keseluruhan berjumlah lebih RM 35.40 Billion Milik Rakyat Pulau Pinang dilupuskan pada Warga Asing. 

Satu angka yang pada pandangan MMI bukanlah biasa-biasa yang sepatutnya diuruskan dengan berhemah.

Berikut adalah sebahagian daripada jualan aset negeri oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang yang diketahui sejak mereka mengambil alih kuasa daripada BN pada 2008 yang lalu ;

1. 2010 – 1.1 ekar tanah  Taman Manggis PPR dijual kepada KLIDC – RM11.5 juta.

2. 2011–102 ekar tanah Bayan Mutiara dijual kepada Ivory Properties–RM1.07 bilion – http://bit.ly/1wR7nf2

3. 2013 – 110 ekar tanah Gurney Drive dijual kepada Consortium Zenith BUCG untuk projek Terowong Pulau Pinang – RM6.3 bilion (tidak ada wang tunai yang terlibat) – http://bit.ly/1BWADRA

4. 2013 – 40 ekar tanah Batu Kawan dijual kepada PE Land – RM65.34 juta – http://tinyurl.com/l4ywb5g

5. 2014 – 245 ekar tanah Batu Kawan dijual kepada Aspen Vision (49% dimiliki oleh Ivory Properties) – RM484 juta – http://bit.ly/1p5zEqd

6. 2014 – 30 ekar tanah Batu Kawan dijual kepada Paramount Group – RM67 juta – http://bit.ly/1wznATj

7. 2014 – 470 ekar tanah Batu Kawan dijual kepada Eco World – RM1.02 bilion – (Penjualan dibatalkan pada tahun berikutnya ketana tanah yang sepatutnya untuk pembinaan padang golf didapati tidak cukup luas utuk tujuan tersebut. Tanah tersebut telah du tender semula oleh Kerajaan Negeri).

8. 2014 – 49% daripada 198 ekar tanah Batu Kawan dan 6.67 ekar tanah Bayan Lepas dijual kepada Singapura Temasek (tiada wang tunai yang terlibat, bernilai berbilion-bilion) – http://tinyurl.com/kdhs6uk

9. 2015 – 20 ekar tanah di Batu Kawan dijual untuk RM30 juta kepada kumpulan Jabil Singapura – http://www.thesundaily.my/news/1418320

10. 2015 – 4,000 ekar hak penambakan tanah dijual kepada Gamuda (60%) dan rakan kongsi tempatan (40%) di luar Permatang Damar Laut – RM27 bilion.Kerajaan Pulau Pinang juga mengatakan mereka akan meminjam dari bank sejumlah wang yang tidak dinyatakan melibatkan jumlah bilion Ringgit.

11. 2015 – 6.6 ekar tanah untuk Juru Workers complex kepada syarikat Singapura, Centurion Group benilai RM10,893,225


12. 2016 – Jualan 49% saham PDC di Pulau Jerejak Tropical Island Resort Development untuk RM156 juta kepada Ideal Property Development Sdn Bhd (Ideal). http://www.malaysiakini.com/news/362511 


Banyak bukan ???

Yang menjadi kemushkilan MMI adalah adakah tanah-tanah tersebut terdiri daripada tanah yang seharusnya menjadi milik rezab Melayu ?

Atau paling tidak adakah kerajaan DAP Pulau Pinang mempunyai polisi menggazetkan tanah-tanah tertentu dibawah rezab Melayu ? Sebab sepengetahuan MMI Pulau Pinang tidak mempunyai enakmen rizab Melayu.

Dari pemahaman MMI pula , sekiranya rezab Melayu itu wujud maka sudah tentulah setiap inci tanah sama ada dibangunkan atau dijual untuk tujuan tertentu diganti dengan keluasan yang sama di bahagian atau tempat yang lain.

Berdasarkan semua diatas rasanya TAK ADA !

Kerakusan kerajaan DAP Pulau Pinang dalam proses menggadaikan milikan tanah ini sebenarnya turut tidak disenangi oleh wakil Pakatan Haprak sendiri.

Mereka sendiri menggesa kerajaan negeri pimpinan DAP untuk menghentikan penjualan tanah negeri, terutamanya kepada orang asing.

1.Ketua Bahagian PKR Tanjung Ng Chek Siang berkata, oleh kerana tanah negeri yang tinggal adalah terhad, kerajaan negeri perlu membuat keputusan yang bijak mengenai cara-cara untuk membangunkan Pulau Pinang selaras dengan keperluan rakyatnya.

“Oleh itu, saya menggesa kerajaan negeri tidak lagi menjual tanah negeri, terutamanya kepada orang asing.”Simpan apa sahaja tanah kita yang tinggal untuk generasi masa depan kita – jadikannya kawasan hijau, bina perumahan awam atau apa-apa sahaja yang akan memberi manfaat kepada orang ramai kecuali menjual tanah untuk mengaut keuntungan.

“Membantu rakyat Pulau Pinang meningkatkan taraf hidup dan persekitaran mereka harus menjadi tugas dan keutamaan kerajaan negeri!” 

2.Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang juga pernah menyuarakan perkara melibakan milikan tanah di Pulau Pinang.

Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang menggesa wakil rakyat terutama dalam kalangan pemimpin Melayu untuk mengusulkan melalui Dewan Undangan Negeri (DUN) supaya tanah milik orang Melayu di negeri ini diwartakan sebagai tanah rizab Melayu.

Ini dengan mewujudkan suatu enakmen seperti Enakmen Rizab Melayu yang ada di negeri-negeri Semenanjung selain Melaka dan Pulau Pinang.

PAS sedia maklum bahawa Pulau Pinang tiada enakmen rizab Melayu. Namun, hal pewartaan tersebut adalah tidak mustahil untuk dilakukan dan memerlukan keberanian politik dalam kalangan pemimpin terutamanya pemimpin Melayu-Islam.

Jikalau dilihat daripada sudut demografi, populasi penduduk Pulau Pinang adalah 1.663juta orang seperti laporan Jabatan Perangkaan Malaysia (2014); iaitu Cina (42.2 peratus), Melayu (41.3 peratus), India (9.8 peratus), bangsa-bangsa lain termasuk warga asing (6.7 peratus).

Namun hal yang membimbangkan adalah bilangan penduduk Melayu di pulau semakin mengecil terutamanya di daerah Timur Laut.

Menurut laporan Penang Research Centre In Socio-Economy (PreCISE), populasi penduduk Melayu di daerah ‘kelas menengah’ itu berkurangan sebanyak 105,400 orang pada 2012 berbanding 2010, sedangkan Timur Laut merupakan pusat ekonomi dan pentadbiran utama negeri ini.

Pola migrasi ini dijangka berterusan apabila beberapa lagi cadangan projek pembangunan lain termasuk Penang Transport Master Plan (PTMP) seperti pembinaan lebuh raya dan terowong dasar laut yang akan dilakukan pada masa hadapan terutamanya di daerah tersebut.

Selain itu, peratusan pemilikan tanah juga tidak seimbang jika dibandingkan dengan populasi penduduk Melayu berbanding penduduk lain.

Menurut Pejabat Tanah dan Galian pada 2010, pemilikan tanah oleh kaum Cina di Pulau Pinang mengikut bilangan hak milik adalah sebanyak 64 peratus, manakala Melayu pula hanya 28 peratus dan India sebanyak 8 peratus.

Keadaan ini menjadi lebih membimbangkan kerana semasa satu program seminar tanah anjuran Pertubuhan Warisan Tanah dan Teroka Bandar (TEROKA) pada 21 Mei 2016 baru-baru ini, seorang pembentang kertas kerja yang juga penilai berdaftar, Sr Che Had Dhali telah menyatakan bahawa fakta terkini bilangan pemilikan tanah orang Melayu sehingga tahun 2016 sudah menjadi 20.41 peratus.

Oleh itu, hampir 8 peratus bilangan pemilikan tanah orang Melayu telah ‘hilang’ dalam tempoh enam tahun kebelakangan ini, iaitu daripada 2010 sehingga 2016.

Jelaskan ? 

Tak perlu MMI sertakan kritikan dan teguran daripada wakil UMNO dan BN sebab wakil parti pro Pakatan Haprak sendiri pun turut sama mendedahkan apa yang dilakukan oleh kerajaan DAP di Pulau Pinang dan sehingga ke saat artikel ini ditulis dan disiarkan TUN MAHATHIR diam membisu tanpa sebarang tindakan walau sekelumitpun ulasan mahupun teguran terhadap kerajaan DAP Pulau Pinang !!!

Kenapa diam ? BACUL ???

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels