Akhirnya segala usaha buat puak pembangkang dijawab dengan terlaksananya projek pembangunan semula Perumahan Awam (PA) Razak Mansion di Sungai Besi seterusnya menjadi simbol kepada bukti kerajaan yang prihatin dan memahami kehendak rakyat.
Majlis penyerahan kunci kepada 658 penduduk asal Perumahan Awam Razak Mansion yang dibangunkan semula dan dikenali sebagai 1Razak Mansion itu bolehlah dianggap sebagai memenuhi hasrat kerajaan yang berpegang kepada slogan "Janji di Tepati".
Perdana Menteri berkata, pemilik-pemilik rumah 1Razak Mansion itu menikmati insentif-insentif istimewa antaranya setiap unit rumah telah mempunyai hak milik strata di bawah nama pemilik masing-masing.
“Semua unit baharu ini dengan pajakan 99 tahun berbanding unit lama dengan baki pajakan 40 tahun dan tidak mempunyai hak milik strata.
Selain daripada itu Perdana Menteri turut mengumumkan “durian runtuh” kepada penduduk melalui tiga insentif antaranya 557 keluarga sedia ada akan menerima rumah baharu secara percuma.
Penghuni-penghuni ini akan menukar unit lama dua bilik tidur, satu bilik mandi saiz 399 kaki persegi dengan unit baru tiga bilik tidur dan dua bilik mandi bersaiz 800 kaki persegi. Unit baru ini bernilai 4 kali ganda nilai unit lama.
Manakala 101 keluarga penyewa ditawar harga jualan RM42,000 berbanding harga pasaran RM250,000.
Selain itu, Perdana Menteri memberitahu duti setem pemilikan rumah baharu berjumlah RM4,000 diberi subsidi dan ditanggung sepenuhnya berserta pemberian wang imbuhan RM3,000 kepada 557 penghuni sedia ada.
Jika sebelum ini Nurul Izzah Ahli Parlimen Lembah Pantai dilihat paling terkehadapan dan lantang menghasut para penduduk supaya menolak pembangunan tersebut kini semuanya berbalik kepada Ahli Parlimen itu sendiri.
Bagaimana dengan nasib 35 keluarga yang sebelum ini terhasut dengan hasutan Nurul Izzah menolak pembangunan untuk memberikan nafas baru kepada pangsapuri tersebut ?
Malah reaksi Nurul Izzah terhadap projek 1Razak Mansion ini cukup menyedihkan apabila beliau dilihat masih lagi mahu menuding jari kepada kerajaan kononnya tindakan tersebut cuba menyakiti hati bekas penduduk yang sebelum ini bersama-sama dengan beliau.
“Jika Najib hendak politikkan isu perumahan, pembangunan rakyat, jangan sampai menyakiti hati mereka (penduduk) lagi dengan sindiran yang tak perlukan.
“Najib saya sarankan hormatilah hak penduduk, harapan dan maruah orang kawasan Kampung Kerinchi lebih-lebih lagi rakyat Malaysia,” kata Nurul Izzah.
Aduhai ... Setakat itu sahajakah tindakan Ahli Parlimen dari PKR ni ?
Sepatutnya Nurul Izzah perlu tampil lebih awal dengan menjadi penyelemat kepada 35 keluarga yang menyokong beliau paling tidak menyediakan rumah baru yang jauh lebih baik daripada projek 1Razak Mansion.
Tetapi itu realitinya pembangkang di Malaysia , mereka lebih banyak tertumpu kepada politik semata-mata sehinggakan semua perkara dipolitikkan.Akibatnya dalam isu ini 35 keluarga menjadi mangsa dan Nurul Izzah seharusnya bertanggungjawab menyelesaikan permasalahan keluarga-keluarga terbabit.
Tatkala kerajaan Barisan Nasional terus prihatin , pembangkang nampaknya masih sama terus berpolitik dan mereka rasanya akan terus menjadi kaki hasut !
MMI
No comments:
Post a Comment