Followers

Wednesday 17 May 2017

Tolak Usul BN , Demokrasi Hilang Di Pulau Pinang


1.Lim Guan Eng adalah Ketua Menteri Pulau Pinang yang sedang berdepan dengan  krisis melibatkan dirinya sendiri dan telah membangkitkan kebimbangan banyak pihak.

2.Kebimbangan ini hadir apabila jawatan sebagai Setiausaha Agung Parti DAP yang masih lagi belum dapat disahkan terus dipegangnya dan parti DAP terus diuruskan oleh seorang setiausaha yang tidak sah dari sudut perundangan.

3.Warga Pulau Pinang pula resah apabila Lim Guan Eng terus memegang jawatan Ketua Menteri sedangkan beliau sudah pun dihadapkan ke mahkamah dengan pertuduhan salah guna kuasa dan rasuah dalam hal membabitkan pembelian banglo terlajak murah di jalan Pinhorn Pulau Pinang.

4.Jika kerajaan DAP Pulau Pinang benar-benar berpegang kepada prinsip CAT maka perkara pertama yang perlu dilakukan adalah mengarahkan supaya Ketua Menteri bercuti.Ini penting kerana kehadiran Guan Eng sebagai Ketua Menteri mampu menggugat siasatan kes yang dihadapinya.

5.Kerajaan DAP Pulau Pinang perlu membuktikan bahawa mereka benar-benar menghormati DUN Pulau Pinang dan menjadikan Sidang Dewan Undangan Negeri sebagai pentas dan bukti kerajaan DAP benar-benar mengamalkan kebebasan bersuara.

6.Kerajaan DAP tidak perlu mempolitikkan semua isu memandangkan mereka punya kedudukan kerusi yang jauh melebihi kerusi pembangkang di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang dan sudah tentulah sebarang tindakan yang menjurus kearah menyekat suara dan hak para ADUN akan dilihat sebagai USAHA MENGHALANG dengan bermotifkan politik.

7.Inilah yang sedang berlaku di Pulau Pinang ..... Demokrasi hilang di Pulau Pinang angkara DAP !


Ketua Pembangkang Datuk Jahara Hamid berkata penolakan usul menunjukkan parti pemerintah tidak boleh bertolak ansur dengan suara bangkangan dan melanggar mantera “kebebasan bersuara” yang diuar-uarkan.

“Ke mana perginya kebebasan bersuara? Lihat apa yang sedang mereka lakukan. Ini bercanggah dengan pendirian mereka. Ini hipokrasi.

“Pemimpin DAP dakwa demokrasi cara mereka. Tetapi apabila ia tidak menyebelahi mereka, mereka tak boleh terima,” katanya ketika dihubungi.

Jahara berkata beliau dimaklumkan dewan mengenai penolakan usul itu. Nampaknya kerajaan negeri sudah menetapkan pendirian berhubung perkara itu sebelum dewan bersidang, katanya.

Sementara itu, Speaker Law Choo Kiang ketika dihubungi berkata: “Sebagai menghormati Dewan yang mulia dan perintah tetap, saya hanya akan mengulas selepas Dewan mula bersidang.” Selanjutnya

Well rasanya semua orang boleh nampakkan DAP punya game ???

MMI

1 comment:

Labels