Followers

Friday, 2 June 2017

Apa Lagi Cara DAP Nak Gelapkan Mata Rakyat Pulau Pinang ??


"BERSELINDUNG DI SEBALIK IMEJ ISLAMIK"

Mungkin bagi sebahagian besar warga Pulau Pinang khususnya yang beragama Islam masih lagi belum faham dan kurang memberikan penumpuan terhadap tindak-tanduk puak-puak DAP yang banyak berselindung disebalik pendekatan mereka terhadap Islam.

Ramai yang mungkin perasan bahawa DAP sentiasa membuat hebahan kononnya sejak mereka mentadbir Pulau Pinang , peruntukan terhadap hal ehwal Islam telah diberikan tumpuan khusus termasuklah peningkatan peruntukan dari satu tahun ke satu tahun yang berikutnya.

Walhal sudah pun didedahkan realiti yang sebenarnya amat berbeza sama sekali.

Walaupun peruntukan dilihat meningkat setiap tahun, tetapi jika dibandingkang dengan Bajet tahunan ianya menurun sebanyak 60% dari tahun 2008. Ini bermakna Bajet tahunan meningkat, tetapi peratusan kepada hal ehwal Islam sebenarnya menurun. 

Sebagai contoh (perbelanjaan mengurus):

Bajet 2008 = RM283.15 juta, hanya 9% sahaja untuk agama Islam atau RM25.49juta

Bajet 2013 = RM832.42juta, hanya 6.6% sahaja untuk agama Islam atau RM55.13juta

Bajet 2017 = RM1.35bilion, hanya 3.36% sahaja untuk agama Islam atau RM49.37juta.

Dalam masa yang sama Kerajaan BN Persekutuan tidak mengabaikan Pulau Pinang dari segi pembangunan Syiar Islam dengan membelanjakan sebanyak RM462.1juta dari tahun 2008 hingga 2016, ataupun secara puratanya RM57.7juta setahun. Jumlah tersebut melebihi dari kerajaan negeri Pulau Pinang sendiri, yang sepatutnya menjadi tanggungjawab mereka. Baca SELANJUTNYA

Yang menghairankan MMI walaupun perangkaan itu jelas masih ada lagi dikalangan mereka yang tetap menyembah Guan Eng dan kerajaan DAP sedangkan merekalah yang lebih banyak bercakap soal kehebatan dan kedudukan Islam di Pulau Pinang.

Apa yang Salleh Man dan Malik Kasim buat ? Hanya berani bersuara apabila bahannya sudah diluluskan DAP selebihnya berdiam sebab kedudukan dan jawatan itu jauh lebih penting daripada segala-galanya walaupun ada hari-hari tertentu kopiah mahupun ketayap putih ada diatas kepala.

Baca artikel berkaitan ;


Tak guna kerajaan DAP Pulau Pinang punya pemimpin berbangsa Melayu dan mengaku Islam selagi mana pucuk pimpinannya DAP ! 

Tindakan mereka dibiarkan tanpa sedikit pun bangkangan sedang apa yang pernah berlaku dan sedang berlaku di Pulau Pinang adalah menyimpang daripada amalan dan asas kita yang berpegang kepada Islam.

MMI bagi contoh Guan Eng adalah penyokong utama Forum Maqasid Syariah Dalam Demokrasi Perlembagaan anjuran bersama G25 dengan badan pemikir Penang Institute di kepalai Zairil Khir Johari pada 31 Oktober 2015 di Olive Tree Hotel, Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Apa tujuan Forum Maqasid Syariah ini ????? 

Untuk membincangkan perbezaan antara agama ? Atau ada keperluan dan cubaan dalam usaha mencari ruang untuk terus menekan Islam ?

Nah tengok apa tuntutan mereka ....


Apakah semua orang Islam di Malaysia boleh menerima apa yang dimahukan oleh mereka-mereka diatas ?

Jelas usaha yang mendapat sokongan dari kalangan puak-puak pembangkang khususnya DAP itu sebenarnya punya agenda tersembunyi.Mereka sedang berusaha dan usaha itu sebenarnya sedikit sebanyak sudah pun dipermudahkan oleh pemimpin DAP apabila walaknya Zairil dan Malik Kasim terhadap Guan Eng.

Isu Zairil sahaja pun rasanya sudah cukup untuk kita congak sejauh mana integriti mereka !


Tak perlu MMI ulas isu RUU355 , kalimah Allah dan lian-lain ....

Tidak cukup dengan semua itu mereka kini rakus pula menjadi agen hartanah dengan menggadaikan tanah-tanah di Pulau Pinang dalam keadaan dan aturan yang mereka sendiri cipta.Bermacam-macam kaedah dibuat termasuklah mengaku dan mewar-warkan Pulau Pinang menjadi negeri pertama yang melaksanakan tender terbuka bagi semua projek di negeri tersebut khusus untuk memastikan wujudnya ketelusan seperti mana yang digembar-gemburkan dalam slogan CAT Guan Eng !

Namun apa yang berlaku jauh berbeza dengan apa yang mereka laungkan !

Cuba bayangkan pada ketika bencana banjir kilat yang kini menjadi perkara paling merisaukan warga Pulau Pinang khususnya di sebelah pulau dibiar dan tidak dipedulikan oleh kerajaan DAPigs , Guan Eng dan konco-konconya sibuk menggadaikan tanah di Pulau Pinang dan langsung tidak berpegang kepada janji yang mereka sendiri buat.

Kononnya nak jadikan tender terbuka sebagai amalan kerajaan negeri yang langsung berbeza dengan kerajaan persekutuan dan negeri-negeri lain , kira nak bagitau kata Pulau Pinang bawah DAP ni paling hebatlah .. Nah akhirnya lain cakap lain yang buat !

Apa yang MMI nak bagitau adalah selama ni DAP hanya perbodohkan warga Penang ja ... 

Isu penjualan tanah di Lebuh Raya Peel langsung tidak didedahkan menandakan kerajaan DAP tidak telus.Penjelasan pun setelah isu terbabit didedahkan oleh barisan pembangkang di Pulau Pinang , cuba tak didedahkan ? SELANJUTNYA

Baca juga ulasan blogger Dr MiM di SINI 

Sudah pasti apa yang berlaku itu sudah pun merentap kredibiliti dan integriti kerajaan DAP Pulau Pinang seterusnya menyebabkan kedudukan DAP itu sendiri tercalar.

Guan Eng dan kerajaan DAP Pulau Pinang boleh membuat apa sahaja pengakuan termasuklah berbangga dengan kedudukan kewangan negeri yang kononnya meningkat tetapi DAP kini mula sedar bahawa warga marhain di bawah termasuklah dari semua golongan sudah mula membuka mulut.

Sama ada Melayu , China dan India mereka kini masing-masing berbicara sesama mereka perlukah kita biarkan DAP menguasai dan menjarah seluruh pelusuk Pulau Pinang ??

Kenapa ia berlaku ? Sebab hampir keseluruhan kerja buat kerajaan DAP bukanlah terarah kepada RAKYAT apatah lagi menguntungkan RAKYAT !

Pinjaman yang mencecah bilion ringgit semata-mata untuk menampung kos projek PTMP yang meningkat adalah satu BEBANAN terhadap RAKYAT dan ia merupakan keputusan yang di PAKSA oleh keputusan dan wakil-wakil kerajaan DAP Pulau Pinang bukan kemahuan RAKYAT !!!!!

Jadi secara tidak langsung kerajaan DAP Pulau Pinang sebenarnya kritikal dan tahap kritikal itu sebenarnya sudah pun sampai ke tahap paling tinggi apabila seluruh kakitangan kerajaan negeri termasuklah para pimpinannya masih lagi berkiblatkan Lim Guan Eng yang kini menghadapi pertuduhan salah guna kuasa dan rasuah di mahkamah. 

Dan ramai mereka-mereka diluar sana melihat dengan jelas betapa Intistusi Kerajaan Negeri Pulau Pinang sebenarnya sudah RUNTUH !

MMI

1 comment:

  1. Pan kata dap baik. Sanggup pertahan lgi.

    ReplyDelete

Labels