Semalam sewaktu Program Penerapan Nilai-Nilai Murni Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Masjid Daerah Barat Daya , Pulau Pinang , Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam ucapannya telah mengarahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuat pemantauan dalam kegiatan pembiayaan kumpulan kongsi gelap ke atas parti politik tertentu.
Menurut TPM , polis perlu membanteras kegiatan perjudian haram yang menjadi sumber kepada ‘tauke besar’ untuk disalur tujuan dana politik terutamanya bagi musim Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) semakin hampir.
“Untuk Pulau Pinang, masalah perjudian adalah jenayah yang paling tinggi. Justeru, saya minta Ketua Polis Negeri, Datuk Chuah Ghee Lye fokus untuk selesaikan aktiviti ini.
“Lebih khuatir lagi, ada dalam ‘tauke besar’ ini melakukan pembiayaan kepada parti politik tertentu. Oleh sebab itu, kita perlu hapuskan aktiviti perjudian di Pulau Pinang.
MMI ucap syabas kepada TPM sebab peka dengan apa yang sedang berlaku di Pulau Pinang ni.Tengoklah dimana-mana kawasan sekalipun isu pusat judi termasuk yang haram ni bercambah macam cendawan.
Seolah-olah pihak berkuasa termasuk POLIS dan pihak-pihak yang keluarkan lesen macam sengaja gelapkan mata.Dalam masa yang sama ramai dari kalangan penduduk khususnya di kawasan kampung-kampung pun dah mula rimas dengan kewujudan pusat-pusat judi ni !
Apa pun hari ni POLIS dah diarahkan secara langsung oleh TPM supaya beri tumpuan terhadap perkara ni dan kita sewajarnya menyokong usaha sebegini.
Nak harap kerajaan DAP Pulau Pinang memang taklah ! Sedangkan kalau kita ikutkan dari keupayaan memberi arahan dan pemantau selain mengarahkan badan-badan terlibat untuk mengambil tindakan boleh dibuat.
Lama dah benda ni .. Tapi kalau sentuh bab pusat judi haram atau yang seangkatan dengannya puak-puak DAP ni buat bodo ja , spin macam-macam sampai salahkan kerajaan persekutuan.Walhal mereka punya kuasa di negeri !
Tapi kali ni Guan Eng respon arahan TPM sepantas kilat !
Sebab apa tau ? Sebab arahan kali ini ada menyentuh tentang sindiket judi yang membiayai parti-parti politik !
Dalam respon Guan Eng tu dia serahkan kepada pihak polis untuk mengenal pasti dan memantau dakwaan bahawa terdapat kumpulan kongsi gelap membiayai parti politik tertentu di negeri itu.
Dia kata lagi "TPM tidak menamakan mana-mana parti politik, lazimnya, sebarang usaha untuk menamakan mereka jika ini membabitkan pembangkang," kata Lim pada sidang media hari ini.
"Tetapi oleh kerana beliau tidak menamakan sebarang parti, adalah jelas beliau bercakap secara umum dan kami akan menyerahkan kepada polis untuk mengendalikan siasatan itu," kata Guan Eng ketika diminta mengulas tentang ucapan TPM semalam.
Seperti biasa Guan Eng pertahan pendirian kerajaan DAP Pulau Pinang bahawa mereka tidak mengeluarkan lesen perjudian kerana perkara itu adalah di bawah bidang kuasa kerajaan persekutuan.
"Kami akan memberi kerjasama kepada polis, jika perlu, kerana hanya polis mempunyai kuasa penguatkuasaan ke atas perjudian haram," katanya.
LEPAS TANGAN Bro !!!!!
Kalau nak seribu daya , kalau tak nak seribu dalih .... Macam-macam cara kerajaan negeri boleh buat tapi puak-puak ni lebih suka tuding jari pada orang lain.
Semalam TPM dan arahkan pihak polis memerangi habis-habisan kegiatan perjudian dan menangkap serta mengheret tauke judi ke mahkamah.
TPM juga mengarahkan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Chuah Ghee Lye supaya fokus untuk menyelesaikan masalah perjudian di negeri itu.
INGAT isu utamanya adalah pembiayaan kumpulan kongsi gelap ke atas parti politik dan sebagai kerajaan negeri Guan Eng boleh sahaja mengarahkan semua agensi kerajaan negeri untuk sekurang-kurangnya mengambil tindakan terhadap pusat-pusat judi haram yang bercambah tu.
Bab kongsi gelap tak pa serah pada POLIS !!
Kenapa Guan Eng tak buat semua tu ???
Ada back up sapa-sapa ka ????
Yang kat bawah ni saja MMI share ....
MMI
No comments:
Post a Comment