Tak ada siapa pun dari kalangan ahli UMNO hari ini yang desak Tun Mahathir supaya keluar dari parti itu dan tidak ada mana-mana ahli UMNO yang masih kekal sehingga ke hari ini yang mendesak Tun Mahathir supaya membuka parti baru.
Itu hakikatnya dan kewujudan PPBM sebenarnya bermula dengan asas yang longgar dan MMI bolehlah samakan kewujudan PPBM ini seolah-olah sama dengan kewujudan puak-puak pengganas yang kini mula dikenali sebagai ISIS , DAESH dan lain-lain.
Kewujudan kumpulan pengganas ini kalau kita perhatikan pada awalnya hanyalah sekumpulan mereka-mereka yang terkesan dengan segala macam haru biru akibat kelemahan politik di negara-sendiri sehingga mengakibatkan sejumlah besar dari kalangan mereka menjadi mangsa dan korban.
Kerana kegagalan ini maka mereka hilang upaya untuk mempertahankan hak mereka sehingga akhirnya mereka hilang pertimbangan dan mula mensasarkan orang awam dalam misi membalas dendam selain memberikan tanggapan buruk terhadap agama Islam itu sendiri.
Begitulah halnya dengan parti Tun Mahathir , kewujudannya bermula daripada sikap segelintir mereka yang tidak berpegang kepada prinsip menghormati dan percaya kepada pemimpin.Malah seperti yang kita semua sedia maklum UMNO juga sudah berdepan dengan pelbagai isu membabitkan ahlinya yang bertindak keluar parti atas pelbagai alasan.
Dan kehadiran parti Tun Mahathir ini kemudiannya menjadi pilihan kumpulan tersebut sehingga akhirnya mula berpecah akibat pertikaian demi pertikaian sesama sendiri manakala UMNO terus kekal dengan prinsip yang kukuh.
Kemelut ini secara tidak langsung sebenarnya sudah merencatkan hala tuju parti itu sendiri dan kini mereka mula tersasar sehingga kumpulan yang dulunya dilabel sebagai MUSUH kini sudah menjadi SAHABAT.
Oleh kerana kecelaruan inilah maka mereka mula mensasarkan BANGSA mereka sendiri malah memperjudikan keselamatan NEGARA selain bersetuju dengan kumpulan yang sering menyerang institusi AGAMA Islam melalui tindak-tanduk mereka.
Mana pendiriannya ?
Desakan dari dalam yang jelas tidak ada kena mengena dengan parti UMNO sebenarnya harus dilihat dan dikaji oleh mereka-mereka yang bersekongkol dalam parti Tun Mahathir ini.
Video atas ; Exco Armada PPBM, Muhammad Hafiz Azhar mendesak pimpinan tertinggi parti itu, Tun Mahathir Mohamad dan Tan Seri Muhyiddin Yassin membersihkan diri masing-masing berkaitan skandal yang sering diperkatakan terhadap mereka berdua.
Pengerusi PPBM, Tun Mahathir diselubungi skandal kekayaan anak-anaknya, manakala Presiden PPBM, Muhyiddin dikaitkan skandal dengan isteri orang, Nika Gee Siew Yee.
Walaupun ada ungka-ungka yang cuba mengaitkan mereka ini sebagai agen UMNO , MMI rasa adalah lebih baik mereka bermuhasabah diri dan menerima hakikat bahawa pertikaian dan desakan ini lahir dari kalangan mereka yang kamu sendiri terima !!!!!
Jika benar kamu punya integriti seperti mana yang kamu war-warkan maka perjelas dan tampillah menjawab segala persoalan yang dibangkitkan sebab yang mendesak itu bukan UMNO !!!!
MMI
No comments:
Post a Comment