Followers

Tuesday, 27 June 2017

Kenapa Perlu Serahkan Urusan Negara Kepada Orang Asing ????


Kata-kata Tan Sri Dr Ali Hamsa tu tepat dan sebagai rakyat Malaysia MMI yakin dan percaya kerajaan sedia ada sudah pun melaksanakan tanggungjawabnya sebagai pentadbir.Malah kalau kita amati banyak dasar-dasar kerajaan yang lebih memberikan penekanan kepada rakyat di akar umbi.

MMI tak nafikan ada dasar-dasar tertentu yang dianggap sebagai satu bebanan kepada rakyat contohnya pengenalan GST tetapi kalau dilihat dalam konteks yang lebih besar , keputusan sedemikian diambil berdasarkan kepada faktor-faktor penentu yang melibatkan perubahan dan perkembangan global.

LOGIKNYA tidak ada mana-mana kerajaan yang mengamalkan sistem demokrasi akan memilih atau membuat keputusan yang tidak mesra rakyat kerana keputusan akhirnya terletak di hujung kertas undi.Sebagai individu sekalipun kita pasti tidak akan memilih keputusan yang boleh dijadikan sebagai peluru oleh pihak lain untuk menghentam kita namun ada ketikanya keputusan-keputusan sebegini perlu dibuat berdasarkan kepada situasi dan keadaan semasa.

Maka tidak timbul soal kerajaan menekan rakyat kerana kita memiliki sebuah kerajaan yang jelas menolak pembohongan dan bercakap kosong.Kerajaan sedia ada yang dipilih secara sah melalui sistem demokrasi ini adalah sebuah kerajaan yang telus dan sentiasa bekerja untuk rakyat.

Oleh kerana itulah apa jua isu berbangkit akan ditangani dengan penuh tanggungjawab termasuklah dalam hal melibatkan negara.Kerajaan tidak pernah menafikan peranan mana-mana pihak termasuklah dari kalangan pembangkang dan ini dibuktikan apabila wakil-wakil pembangkang juga terlibat dalam kumpulan tertentu contohnya jawatankuasa PAC bagi menyiasat dan meneliti isu berkaitan 1MDB.

Kepercayaan sebegini sebenarnya membuktikan betapa kerajaan bukan sahaja percaya tetapi mengamalkan konsep demokrasi secara total cumanya kerajaan terpaksa menangani isu-isu tertentu dengan lebih profesional apabila ada dikalangan pembangkang yang saban hari menyebarkan dakyah serta tuduhan berupa fitnah tanpa sebarang bukti dan fakta kukuh semata-mata untuk memuaskan nafsu politik kepartian mereka.

Undang orang luar jatuhkan negara ????

Apa untungnya kita jika usaha pihak berkepentingan ini direalisasikan ?

Selain daripada pimpinan kerajaan Barisan Nasional , Presiden PAS , Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata cubaan beberapa pihak luar untuk turut serta dalam ‘menyelesaikan’ beberapa isu besar, hanya memberi ruang kepada mereka untuk menjatuhkan serta memburukkan Malaysia di mata luar.


Menurutnya, institusi kehakiman di negara ini beserta dengan kepakaran golongan profesional tempatan yang sepatutnya diberikan ruang dalam menyelesaikan skandal besar tersebut.

“Jangan kita mengulangi sejarah dengan menjemput pihak asing untuk menyelesaikan masalah dalaman kita seperti BMF, PERWAJA, Tabung Haji, KWSP, dan terkini isu 1MDB yang bersorak gembira supaya diberi ruang penyelesaiannya oleh mahkamah di negara asing.

“Apa pun keputusan isu dalaman kita, biar mahkamah kita sendiri menyelesaikan atau mahkamah rakyat kita menyelesaikannya.

“Sebodoh-bodoh dan sezalim-zalim dalaman kita, biar kita yang tanggung sendiri dan akhirnya berkat kesabaran, pasti sedar dan insaf,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Menurut Hadi, undangan pihak asing oleh beberapa pihak dalam negara bagi menyelesaikan skandal 1MDB hanyalah sekadar mahu memenangi pilihan raya akan datang serta lebih bersifat peribadi.

“Saya yakin bahawa mereka yang mengundang pihak asing supaya mencampuri urusan negara semata-mata untuk menang pilihanraya, di mana moral mereka paling tidak beriman dan budiman, apabila kemenangannya nanti juga tanpa iman dan budiman,”  dakwanya.

MMI bukan penyokong PAS tetapi kenyataan Presidennya jelas merujuk kepada soal HAK dan MARUAH negara Malaysia yang BERDAULAT !

Janganlah asyik termakan dengan habuan DAKYAH dan FITNAH kerana tuduhan tanpa asas yang kini sedang dijaja oleh mereka yang berkepentingan politik itu terlalu dangkal untuk kita percaya ...

Nilai dengan waras , isu yang sedang diwar-warkan itu adalah berkaitan dengan tindakan Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat mengemukakan saman sivil terbaru untuk merampas tambahan aset AS$540 juta yang didakwa diperoleh dengan dana yang diselewengkan.

‘Antara lain, tuntutan baru itu mendakwa AS$620 juta yang didakwa dipulangkan oleh “Malaysian Official 1 (MO1)’ kepada ‘penderma’ sebaliknya dikatakan disalurkan kepada hartawan kelahiran Pulau Pinang, Jho Low.

Low kemudian didakwa membeli rantai berlian merah jambu bernilai AS$27.2 juta untuk isteri MO1.

Usaha terbaru ini jelas menyimpang dari asas pendakwaan itu sendiri kerana ia hanyalah serangan balas terancang serta terdesak selepas isu 1MDB sudah pun diselesaikan. RUJUK SINI

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels