Followers

Tuesday, 6 June 2017

Penang Institute - Menyalak Tapi Jangan Sampai Gigit Tuan !!


Penang Institute yang beroperasi di Pulau Pinang dan dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan DAP Pulau Pinang secara kasarnya memainkan peranan sebagai sebuah badan pemikir untuk kerajaan negeri.

Secara ringkasnya mereka punya peranan besar dalam membuat kajian terhadap perkara-perkara penting khususnya yang melibatkan kepentingan rakyat.

Namun daripada pengamatan MMI , apa jua fungsi mereka-mereka yang berada di Penang Institute sebenarnya ia lebih terarah kepada kerja-kerja politik DAP dalam menentu dan mencorak perjalanan parti cauvinis itu.

Sebagai contoh walaupun ada laporan daripada Penang Institute pada 2011 yang lalu menyentuh tentang peningkatan harga rumah di Pulau Pinang yang tidak seimbang dan mengesyorkan perumahan mampu milik di segerakan , kerajaan DAP Pulau Pinang tetap dengan keputusan mereka meneruskan projek-projek mewah ! Rujuk SINI

Jadi jelas kewujudan Penang Institute ini hanyalah platform kepada DAP untuk menempatkan mereka-mereka yang dirasakan mampu untuk menyumbang kepada parti cauvinis tersebut dan ini dapat dibuktikan dengan pelantikan Dr Ooi Kee Beng , Timbalan Pengarah badan pemikir Singapura ( ISEAS) untuk mengetuai badan pemikir Kerajaan Negeri Pulau Pinang , Penang Institute.

Siapa Dr Ooi Kee Beng ?

Selain daripada menulis buku mengenai Lim Kit Siang , beliau adalah pemegang PHD dalam ilmu Pengajian Kebudayaan Cina dilantik menggantikan Dr Lim Kim Hwa, yang merupakan seorang pakar ekonomi dari London School of Economics and Cambridge.

Kenapa menggantikan Dr Lim Kim Hwa ?

Dr Lim Kim Hwa telah berhenti pada akhir tahun lalu hanya 6 bulan selepas Lim Guan Eng memberitahu kepada umum bahawa Penang Institute hanya boleh menjadi anjing yang menyalak tetapi tidak boleh menggigit tangan tuannya.



So tak perlu MMI jelaskan banyak-banyak sebab kita sebenarnya dah faham ada perbezaan antara Malaysia dengan Singapura.

Bagaimana polisi mereka (di Singapura) terhadap kedudukan orang Melayu dan berdasarkan pemerhatian MMI rasanya tidak mustahil kemasukan ini membawa bersama beberapa strategi dan agenda yang mungkin bakal digarap menjadi agenda untuk mengukuhkan penguasaan para cauvinis DAP di Pulau Pinang seterusnya mungkin sampai ke tahap menjadikan Pulau Pinang seperti mana Singapura !

Paling menarik perhatian MMI adalah siapa jua yang berada di Penang Institute mereka sebenarnya hanya dibenarkan MENYALAK sahaja selebihnya ikut arahan !

Arahan siapa ?

Arahan pemilik ANJING - DAPigs !!!!

Faham-fahamlah ...

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels