Semua dah sedia maklum Tun Mahathir kini bersama dengan parti cauvinis DAP dan bersekongkol dengan parti-parti yang terlibat dalam kem pembangkang kecuali PAS.Dan apa yang sedang berlaku pada hari ini adalah parti-parti yang mengaku berpayung di bawah Pakatan Harapan itu sedang menyusun strategi khususnya dalam persediaan menghadapi PRU14.
Sebagai parti politik maka MMI rasa buatlah macam mana pun sebab sememangnya layak untuk mengambil bahagian dalam mana-mana pilihanraya sekalipun.
Cuma artikel ini akan lebih terarah kepada meneliti bait-bait ungkapan Tun Mahathir sebelum ini yang mengaku beliau tersilap tentang DAP dan parti cauvinis itu lebih berjiwa kebangsaannya dan begitu menghormati perlembagaan persekutuan.
Secara ringkasnya Tun Mahathir nak sebut DAP bukanlah musuh UMNO dan orang Melayu apatah lagi Islam seperti mana yang beliau pernah lontarkan dulu selama lebih dari 22 tahun.
Realitinya apakah kenyataan Tun Mahathir itu benar-benar datang dari hati dan berdasarkan kepada kajian yang mendalam terhadap tindak tanduk parti cauvinis itu ?
Atau ianya dibuat kerana Tun Mahathir kini bersama DAP ?
Jom kita ushar isu membabitkan perhimpunan Jerusalem Jubilee yang mendapat bantahan dari banyak pihak dan akhirnya dibatalkan.
Porgram yang mahu diadakan di Melaka itu bukan sahaja ditolak oleh kerajaan negeri tetapi Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turut mengarahkan polis supaya mengharamkan perhimpunan yang dijadual diadakan di Melaka dari 15 hingga 18 Jun ini.
Zahid yang juga menteri dalam negeri menegaskan penganjuran perhimpunan itu hanya akan melukakan hati umat Islam jika ia dibenarkan berlangsung.
“Bila hati umat Islam tersentuh, terhiris, dilukai …saya sebagai menteri dalam negeri mengarahkan pihak polis mengharamkan perjumpaan itu. Ini adalah mesej yang lantang dan jelas.
“Sesiapa yang menganjurkan Jerusalem Jubilee, permit kamu dibatalkan di bawah arahan rasmi saya selaku menteri dalam negeri,” katanya semasa berucap dalam program di Perak baru-baru ini.
Walaupun isu tersebut dianggap selesai , MMI ternanti-nanti juga apakah ada suara dari Tun Mahathir atau paling tidak wakil-wakil DAP berkenaan isu tersebut ?
Rupa-rupanya ada ....
KENYATAAN MEDIA Teresa Kok
1. Rakyat Malaysia harus mengambil sikap terbuka untuk menerima penganjuran Jerusalem’s Jubilee sebagai sebahagian daripada hak kebebasan beragama yang dijamin negara ini seperti termaktub dalam Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan.
_”Perkara 11( 1) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa setiap orang mempunyai hak untuk menganuti dan mengamalkan agama masing-masing serta berhak untuk mengembangkan ajaran agama masing-masing.”_
_”Perkara 11 (3) juga ada menyentuh setiap kumpulan agama mempunyai hak mereka tersendiri dalam menguruskan hal ehwal agamanya”_
2. Sambutan ini bukanlah keraian untuk ulang tahun penubuhan negara Israel seperti dihebahkan dalam media sosial, tetapi merupakan acara keagamaan penganut Yahudi dan Kristian untuk memperingati perjalanan kerohanian sebagai seorang pengikut Jesus yang setia.
3. Tindakan beberapa pihak menjadikan sambutan ini sebagai isu dipercayai bermotifkan politik dan bersifat ekstremis memandangkan sambutan ini diraikan di seluruh dunia termasuk di negara Islam Timur Tengah seperti Jordan.
4. Sebagai penganut Kristian, saya merasakan sambutan ini tidak harus dijadikan modal politik beberapa pihak terutama menjelang pilihan raya umum dan wajar diraikan atas konsep kepelbagaian agama serta multi-kaum di negara ini.
5. Saya menolak sikap ekstremis beberapa pihak dan saya percaya penganut Islam juga boleh menghormati hak penganut ajaran Jesus kerana acara ini julung kali diadakan di Malaysia.
6. Kita harus berbangga kerana Malaysia dipilih untuk menjadi tuan rumah sambutan ini kerana acara ini membuktikan bahawa negara kita dirahmati dan dihormati pengikut Kristian di peringkat global.
7. Sebagai sebuah negara, saya percaya toleransi adalah asas kepada perpaduan dan kesaksamaan untuk setiap rakyat mengamalkan dan mempercayai hak mereka seperti diberikan oleh ‘Our Founding Father’.
8. Secara peribadi, saya menolak sekerasnya sebarang tindakan dari mana-mana pihak terutama parti politik yang berasaskan perkauman untuk menjadikan isu ini sebagai bahan politik untuk meraih sokongan menjelang pilihan raya.
TERESA KOK
Ahli Parlimen Seputeh
Naib Pengerusi Kebangsaan DAP
Sesuatu yang perlu kita fahami adalah ;
Kenapa perlunya perhimpunan ini dibatalkan ,
1.Merujuk kepada tular poster yang tidak mengambil kira sensitiviti masyarakat Islam dalam negara ini bertajuk “All Malaysian-Golden Gate Nation Revival Convocation” (AMGGNRC) sempena sambutan Jerusalem Jubilee yang akan diadakan pada 15 hingga 18 Jun 2017, bertempat di Calvary Live Assembly Chinese (CLAC), bandar Melaka.
2.Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang moderate yang tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel sepatutnya tidak dimanipulasi oleh pihak-pihak berkepentingan jahat untuk mengadakan program berbaur hasutan seperti ini.
3.Mana-mana pihak yang mengadakan program seumpama ini boleh dianggap menghina negara dan agama Islam kerana program ini dianjurkan sempena kemenangan orang-orang Yahudi ke atas umat Islam di Palestin dan kejayaan Israel Zionis menjajah negara umat Islam yang sah iaitu Palestin 50 tahun yang lalu. Umat Kristian seluruh dunia menyambut secara serentak Jerusalem Jubilee di bawah satu pertubuhan induk yang bernama International Christian Embassy Jerusalem.
Kita juga berasa sungguh pelik kenapa Melaka dipilih sebagai tuan rumah? Sambutan ini dianggap sebagai satu sambutan bersejarah pihak Israel dan pihak Kristian Evangelis di Malaysia merayakannya secara besar besaran pula.
4.Apa yang menarik ialah, sejak bila pula Kristian dan Zionisme berbaik-baik dan bekerjasama di bawah satu agenda induk? Kumpulan ini akan mengadakan sambutan besar-besaran Jerusalem Jubilee di Melaka pada 15-18 Jun 2017 nanti. Pada 1967, Perang Enam Hari (Six Day War). Pihak berkuasa Israel telah mengisytiharkan hari tersebut sebagai cuti umum sebagai merayakan kejayaan Yahudi Zionisme.
5.Kenapa pihak Kristian Malaysia memilih untuk menyambut sambutan ke 50 Tahun kemenangan tentera Israel menggodam bumi Palestin pada bulan Ramadan dan di Melaka pula?
6.Sambutan ini ada kaitan dengan gerakan evangelisme di Malaysia. Program ini menjemput tokoh-tokoh Kristian dari luar negara bagi tujuan menghasut penganut Kristian Malaysia untuk mendokong gerakan Zionisme dan mengkelam-kabutkan keharmonian dan kedamaian di Malaysia dan seterusnya menjadikan negara Islam Malaysia sebagai sebuah negara berorientasikan Golden Gate Christian bagi tujuan kebangkitan Israel yang tertekan.
7.Program seumpama ini yang tidak menghiraukan sensitiviti umat Islam dalam negara ini bahkan menghina umat Islam, mencabar kedaulatan Raja-raja Melayu sebagai ketua agama Islam dan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
9.Tiada umat Islam yang rela dan reda sambutan Jerusalem Jubilee bagi menyambut kejayaan rejim Israel merampas kota Jerusalem dalam peperangan 6 hari 1967 diadakan dalam negara Islam ini.
Bagi MMI keputusan menolak dan mengharamkan pengajuran program tersebut adalah tepat dan ianya jelas mencakupi perkara yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan itu sendiri.
Hanya mereka-mereka yang punya agenda sahaja seperti Teresa dan suku sakatnya akan bermati-matian menyalak kerana kumpulan ini sememangnya tidak pernah senang dengan kedudukan orang Melayu dan Islam yang jelas terbela dan termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
So disinilah persoalan awal kita akan terjawab !
Di mana suara Tun Mahathir terhadap isu ini ???????
Apakah tindakan Teresa Kok itu melambangkan bahawa DAP benar-benar menghormati Perlembagaan Persekutuan ?????
Semua yang berlaku ini membuktikan kepada kita betapa Tun Mahathir sebenarnya sudah menyongsang daripada landasan MELAYUnya dan sebagai orang Islam yang punya kerakyatan Malaysia Tun Mahathir seharusnya lebih berjiwa Islamnya kerana apa yang dirancang itu adalah sambutan kejayaan orang-orang kristian Yahudi terhadap orang Islam.
Apakah Tun Mahathir sedang MENGHALALKAN cara ???????
Atau Tun Mahathir sekali lagi akan menjawab "Apa nama .... Saya tak perasan benda tu" !!!!
Haprak !
MMI
No comments:
Post a Comment