Followers

Monday, 5 June 2017

Agenda Tun Mahathir Di Sebalik Jawatan PM


Secara tiba-tiba Tun Mahathir sekali lagi gemparkan negara apabila menubuh dan menyertai PPBM , kononnya sebagai parti alternatif kerana pada pandangan beliau UMNO kini sudah tidak lagi seperti mana dulu atau dalam ruang lingkup kemahuannya.

Sebelum itu bekas Perdana Menteri ini telah bertindak melepaskan semua jawatannya dalam parti UMNO dan Barisan Nasional dalam satu pengumuman kontroversi semasa PAU 2002 sehingga ramai dari kalangan ahli UMNO terkejut.

Selepas tidak lagi bersama UMNO , Tun Mahathir kemudian bertindak lebih agresif dengan mula membina persahabatan dengan musuh ketatnya sendiri Lim Kit Siang seterusnya menerima kehadiran parti cauvinis DAP dengan sekali "package".

Antara ayat Tun Mahathir sewaktu mengaku beliau tersilap tentang DAP setelah lebih dari 22 tahun bertakhta dengan sokongan orang Melayu UMNO yang tak berbelah bahagi itu adalah parti cauvinis itu lebih berjiwa kebangsaannya dan begitu menghormati perlembagaan persekutuan.

Begitulah senarionya tindak tanduk Tun Mahathir selepas tidak lagi mahu bersama UMNO.

Namun apa yang MMI perhatikan PPBM hanyalah platform politik yang dibina bagi meneruskan agenda menjatuhkan Najib yang kini dilihat banyak pihak sedang berdepan dengan risiko perpecahan.

Mungkin diperingkat atasan PPBM nampak semacam hebat tetapi mereka sebenarnya gagal mengawal gerakan di peringkat bawah.Kemasukan dan pengambilan ahli-ahli PPBM yang dibuat tanpa tapisan dan hentam kromo itu akhirnya membawa padah.

Perpecahan dalam PPBM berlaku di mana-mana sehingga ada diantaranya menimbulkan kontroversi seperti mana yang berlaku terhadap Anina.Malah orang kuat Tun Mahathir sendiri , Khairuddin meninggalkan parti itu hanya selepas sebulan menyertainya.

Terkini pula Tun Mahathir mula membuka pekungnya sendiri !

Dalam isu membabitkan jawatan Perdana Menteri dalam Pakatan Harapan misalnya Tun Mahathir dan Muhyiddin sendiri dilihat cuba mengelak daripada menunjukkan sokongan mereka terhadap pilihan pimpinan Pakatan Harapan yang mahukan Anwar sebagai calon Perdana Menteri.

Kenapa kedua-dua pemimpin PPBM itu bertindak sedemikian rupa ?

Apa jua alasan sekalipun yang pasti mereka sebenarnya menolak Anwar sebagai Perdana Menteri kerana mereka tahu dan sedar bahawa pemimpin itu punya rekod yang cukup mengaibkan dan sudah semestinya dengan keterlibatan mereka diwaktu isu liwat sehingga Anwar dikenakan hukuman hampir pasti mengundang celaan.

Kemudian kita disajikan pula dengan kedudukan Tun Mahathir yang diberitakan akan mempertimbangkan sebarang keputusan berkenaan perlantikan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia sekiranya Pakatan Harapan membentuk kerajaan pada PRU14 nanti.

Antara ungkapan beliau ialah “Saya tidak boleh membelakangkan kawan-kawan saya dalam parti Pakatan Harapan,” katanya dalam satu wawancara di Facebook baru-baru ini.

“Kalau mereka mempunyai cadangan seperti itu dan dipersetujui, mungkin saya terpaksa menimbang tapi waktu ini saya tidak bersetuju nak jadi perdana menteri".

Maka hebohlah seketika saluran-saluran media dengan pelbagai andaian !

Seheboh mana pun sekalipun kita perlu melihat dalam beberapa situasi ...

1.Apakah kita punya keyakinan bahawa Tun Mahathir akan menerima keputusan Pakatan Harapan sekiranya mereka memilih beliau untuk menjadi Perdana Menteri ?

Berdasarkan pengamatan , MMI yakin ianya tidak akan berlaku kerana parti-parti dalam Pakatan Harapan hampir pasti tidak akan menyerahkan takhta itu kepada Tun Mahathir atas sebab-sebab permusuhan politik sebelumnya.

Ini disumbangkan oleh ....

2.Adalah menjadi satu kelemahan paling besar kepada parti-parti dalam Pakatan Harapan khususnya DAP dan PKR sekiranya keputusan memilih Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri dibuat.Sekiranya keputusan itu digunapakai maka seluruh pimpinan utama parti-parti yang MMI sebut tadi secara automatiknya akan terkelas dalam kumpulan yang tidak berkemampuan dan ini sudah semestinya akan menjejaskan imej DAP dan PKR yang suka mengaku hebat !

3.Parti-parti pembangkang dalam Pakatan Harapan jika dilihat dari sudut politiknya telah pun memperlihatkan agenda mereka dan Tun Mahathir sebenarnya dipergunakan untuk kepentingan politik seperti mana Tun Mahathir mempergunakan Pakatan Harapan untuk kepentingan bagi mencapai keinginannya.

Maka kedua-dua pihak sebenarnya saling mempergunakan dan MMI yakin bahawa kedua-duanya sedar dan tahu ianya berlaku , cuma mereka perlu teruskan lakonan itu semata-mata untuk menumbangkan kerajaan BN bukannya atas dasar prinsip dan pendirian perjuangan.

Hakikatnya dalam semua keadaan diatas kita mungkin terlepas pandang dengan beberapa kerat ayat yang dilontarkan oleh Tun Mahathir baru-baru ini.

Dalam satu wawancara Tun Mahathir berkata sebagai negawaran berpengalaman, beliau boleh membantu mengendalikan negara jika pembangkang memerintah.

“Kalau ada kerajaan-kerajaan didirikan selepas pilihan raya umum ke-14, kalau saya diberi peluang untuk memberi pendapat , saya bersedia untuk mengambil bahagian dalam perbincangan untuk mencari penyelesaian kepada masalah yang dihadapi”.

Well inilah agenda sebenar Tun Mahathir ... KETERLIBATAN DALAM KERAJAAN !

Diwaktu banyak pihak dan warga Malaysia khususnya masih lagi mengharapkan kepimpinannya , Tun Mahathir menangis teresak-esak mahu berundur dan tetap dengan keputusannya sehinggalah Tun Mahathir sendiri memilih Pak Lah untuk menyambung kepimpinan negara.

Apa yang berlaku kemudiannya ? Nasihat ? 

Rasanya bukan sekadar nasihat tapi campur tangan melampau dalam kepimpinan Perdana Menteri selepas itu sehinggalah di waktu Najib Tun Razak.

Dan kerana campur tangan melampau yang turut disokong Muhyiddin inilah akhirnya UMNO berpecah sekali lagi.

Namun kini setelah meninggalkan segala-galanya , Tun Mahathir mengaku dan mahu membantu kerajaan selepas ini sekiranya bukan UMNO / BN malah beliau sudah pun menawarkan diri untuk menjadi "PEACEMAKER" dalam membantu mencari penyelesaian kepada masalah yang timbul ?

Meninggalkan pucuk pimpinan kemudian bertindak sebagai "peacemaker" yang akhirnya menyebabkan UMNO berpecah .. Itulah Tun Mahathir dan hari ini beliau bakal mengulangi sekali lagi aksi "peacemaker" nya dengan mempelawa Pakatan Harapan.

Mudahkan kerja buat Tun Mahathir ?

Apa jua yang berlaku terhadap rakyat , negara dan kerajaan bukan hal aku sebab yang menanganinya adalah Perdana Menteri dan Tun Mahathir hanyalah seorang penasihat , bebas daripada sebarang tuduhan dan kecaman.

Kepada puak-puak pembangkang MMI just nak tanya dah pikir habis ker ?

MMI

1 comment:

  1. Madey perasan dirinya terbaik utk tadbir negara walhal rekodnya ketika berkuasa banyak yg buruk dan menyusahkan banyak pihak.

    ReplyDelete

Labels