MMI menyerulah kepada semua konco-konco PPBM ni bersuaralah kuat sikit sebutlah promotelah Abang Din kita ni jadi PM.Kesian pula tengok dah la dalam parti pun samar-samar ja , selebihnya dah di balam dengan Tun Mahathir sampai tahap dah mula akan pertimbang untuk isi jawatan tu kalau parti-parti pembangkang buat keputusan pilih dia.
Itu pun kalau parti yang lain dalam pembangkang nak dialah sebab apa yang MMI tengok macam syok sendiri ja !
Kalau kita perasan rasanya last sekali benda ni disebut pada 2016 bulan September dulu , Tun Mahathir yang sebut dia kata Presiden PPBM , Tan Sri Muhyiddin Yassin akan dilantik menjadi Perdana Menteri jika pembangkang menang pilihan raya umum akan datang.
Tapi masa tu pun Tun Mahathir dah bagi bayangan dah bila dia tambah apa keputusan pun bergantung kepada parti dan ia juga bergantung kepada rakan pakatan yang lain mengenai siapa yang sepatutnya menjadi Perdana Menteri sebab keputusan mengenainya tidak akan dibuat sekarang kerana sesetengah orang akan kecewa dan akan menyebabkan parti berpecah. Rujukan
Maka bercita-citalah Abang Din kita untuk isi jawatan tersebut !
Namun sejak akhir-akhir ni nama Abang Din dah semakin kelam , semacam kehadiran dia tidak lagi menjadi nadi kepada kewujudan PPBM dan semua ini berlaku bersebab.
Antaranya apabila PPBM menerima tekanan daripada parti-parti seperti DAP yang kini mengepalai barisan pembangkang secara maksima.PKR pula bukan setakat main wayang siap umum Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri.
So apa sudah jadi ???
Barangkali kerana protes agaknya maka kedua-dua pemimpin PPBM ni tak angkat plakad Anwar PM atau paling tidak kerana termalu sendiri sebab puak-puak ni jugalah yang bertanggungjawab menghumban Anwar ke penjara sebab meliwat.
Lebih menarik Abang Din kita dah mula buka mulut macam sebelum-sebelum ni atur game baik punya ... Dalam isu calon PM , Abang Din kata perkara ni harus dibincang secara tertutup bukan secara terbuka.
Malah menganggap jika perkara itu dibincang secara terbuka maka ia akan menimbulkan salah faham,keliru dan menunjukkan pembangkang tidak bersatu.
Wow ada skilll bro !!! Macam nilah pemimpin yang kita cari .. Sentiasa istiqomah !
Tapi tunggu dulu , JANGAN LUPA semua tu WAYANG bro ........
Masa dia jadi Timbalan Perdana Menteri merangkap Timbalan Presiden UMNO , orang yang samalah yang mendedahkan cerita dalam kabinet dan mengutuk Perdana Menteri kita.
Macam-macam dia buat bro , dalam satu ucapan di kursus KERIS 2314 di Janda Baik,Pahang sekitar Mei 2015 kalau masih ingat dengan selambanya Muhyiddin mempertikaikan tentang dana RM2.6 bilion dan isu 1MDB secara terbuka.
Sedangkan Muhyiddin sendiri sudah dengar penjelasan dalam mesyuarat MT UMNO.Dalam mesyuarat jemaah kabinet juga,Perdana Menteri telah edarkan 'factsheet 1MDB' kepada semua menteri untuk meneliti isu berkenaan.
Tapi dia lebih suka rujuk The Edge, WSJ dan Sarawak Report maklumlah orang bijak pandai ni !
Kerana terpengaruh mahu menjadi PM dan menjadikan Mukhriz sebagai TPM,maka Muhyiddin memilih untuk bersama gerakan menjatuhkan Najib yang dibuat oleh Mahathir.Kempen yang mulanya mahu dilakukan secara pergolakan dalaman UMNO itu gagal dilakukan akhirnya pada 27 Julai 2015 , Muhyiddin dalam perasmian Mesyuarat Agung UMNO Bahagian Cheras sekali lagi lantang mengkritik Perdana Menteri dan isu 1MDB.
Tak pula dia nasihatkan kepada pemimpin dan ahli UMNO yang lain supaya menghormati institusi dan perkara semacam itu haruslah di bawa masuk dalam perbincangan tertinggi secara tertutup ?
Tak ada bro !!!!
Nah sekarang apa sudah jadi ? Ada ramai dari kalangan ahli PPBM sendiri yang desak supaya dia LETAK JAWATAN malah sudah ada yang sebut Abang Din tak LAYAK malah tak boleh dipercayai !
And of coz MMI nak ingatkan jangan sesekali kita lupa bahawa orang yang sama jugalah yang bertanggungjawab terhadap pengunduran Tun Abdullah sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri.
Yang MMI nak sebut kat sini adalah kelantangan Abang Din kita ni masa tu bukan main lagi , siap WARNING so kalau dulu boleh WARNING orang bagai rasanya kali ni pun Abang Din kena terimalah WARNING orang lain pula.
MMI yakin ramai yang dah kenal hati budi sebenar Tun Mahathir dan sudah tentu lebih ramai lagi yang faham dan sedar perwatakan Lim Kit Siang.
Kedua-duanya pada waktu ini sedang mempergunakan sesama sendiri untuk memenuhi hasrat , impian dan dendam kesumat yang terbuku kat dalam hati tu.
So apa yang Tun Mahathir buat ni dan apa yang dia pernah sebut pada 2016 dulu bukanlah sesuatu yang boleh Abang Din pegang dan keakraban Kit Siang dengan Tun Mahathir itu adalah satu lakonan politik yang hampir pasti akan berakhir dengan kekecewaan Tun Mahathir sendiri.
Yang pasti akan berada di hadapan dan menerajui kem pembangkang adalah Kit Siang dan konco-konco DAP bukannya parasit-parasit langau yang dok sibuk berpolitik ni.
Jadi di mana Muhyiddin ??????
MMI bukan tukang tilik tetapi kalau Tun Mahathir pernah bersajak bahawa "MELAYU MUDAH LUPA" mungkin Muhyiddin juga selepas ini akan tampil dengan SAJAK "MELAYU JANGAN JADI MACAM AKU" !!!!!
MMI
No comments:
Post a Comment