Wan Azizah dilaporkan bersetuju dengan tuntutan aktivis reformasi yang mahu pembangkang menubuhkan sebuah suruhanjaya bagi menyiasat pelbagai tuduhan terhadap Dr Mahathir sepanjang 22 tahun menjadi Perdana Menteri sekiranya Pakatan Harapan menang pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Wan Azizah berkata, sehingga keputusan PRU diketahui, pakatan pembangkang bersetuju untuk mengekalkan Dr Mahathir sebagai pengerusi bagi gabungan berkenaan.
Apa yang menarik perhatian MMI adalah kenapa ada dikalangan rakyat Malaysia yang masih lagi belum sedar bahawa mereka sebenarnya sedang dipermainkan oleh pimpinan-pimpinan Pakatan Haprak yang cuba menyembunyikan agenda masing-masing ?
Kononnya berdiri bersama atas satu prinsip dan pendirian tetapi hakikatnya mimpi mereka lain-lain dan hal ini sudah pun diterjemahkan dalam beberapa siri pembohongan puak-puak Pakatan Haprak sebelum ini.
Antara contohnya apa yang dilontarkan oleh Wan Azizah dalam wawancara bersama Al Jazeera ;
Jika pendirian itu adalah matlamat PKR , bagaimana pula dengan pendirian parti-parti yang lain dalam pembangkang kerana sehingga kini dilihat begitu jelas sekali kehadiran Tun Mahathir bersama Pakatan Haprak hanyalah sekadar keldai tunggangan !
MMI dah menulis dalam artikel sebelum ini keadaan dan situasi Tun Mahathir yang begitu buruk sekali sehingga kredibiliti Tun Mahathir yang dulunya begitu dihormati kini sekadar menjadi hantu raya dalam Pakatan Haprak sampaikan ucapnya sudah berbelit-belit.Baca artikel berkaitan di SINI
Berbalik kepada respon Wan Azizah terhadap tuntutan daripada aktivis reformasi yang mahukan supaya siasatan dilakukan terhadap Tun Mahathir selama 22 tahun mentadbir negara , ianya jelas menunjukkan kepada kita bagaimana ceteknya ilmu politik Presiden PKR ini kerana tidak tampil dengan respon yang lebih kukuh dan punya titik nokhtah.
Jika MMI berada d tempat Azizah sudah hampir pasti sebelum menjawab tuntutan terbabit , kupasan terhadap kedudukan dan gabungan pembangkang itu akan MMI olah sekemas mungkin dan akan menokhtahnya keputusan supaya gabungan parti-parti pembangkang tidak dilihat sebagai serigala tempang yang sedang menyamar dalam sekumpulan besar kambing biri-biri.
Namun jawapan Azizah jauh meleset dan telah menelanjangkan bukan sahaja diri sendiri tetapi juga seluruh pimpinan parti-parti dalam Pakatan Haprak.
Mana mungkin sebagai seorang pemimpin politik yang kini berstatus presiden dan berkemungkinan diangkat sebagai Perdana Menteri BONEKA boleh mengeluarkan keputusan sedemikian ?
Persetujuan untuk menubuhkan sebuah suruhanjaya bagi menyiasat pelbagai tuduhan terhadap Tun Mahathir di waktu beliau kini bersama Pakatan Haprak dan berada dalam kedudukan tertinggi yang diangkat sendiri oleh seluruh pimpinan dalam Pakatan Haprak jelas memperlihatkan kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa barisan pembangkang telah menyimpang terlalu jauh.
Dan lebih memeranjatkan lagi tindakan tersebut hanya akan diambil oleh Pakatan Haprak sekiranya mereka menang dalam PRU14 !
Woooo apakah keputusan ini dibuat berdasaran citarasa politik Wan Azizah seorang ? Atau ianya datang dari mulut-mulut celupar pimpinan dalam Pakatan Haprak yang sebenarnya sedang mempergunakan Tun Mahathir habis-habisan ?
Apa pun tindakan sebegini sebenarnya adalah bukti dalam banyak bukti-bukti sebelum ini betapa Pakatan Haprak bukanlah pasukan politik yang boleh menyumbang kepada kebaikan rakyat dan negara.Mereka hampir pasti berbalah sekiranya KUASA yang kini menjadi idaman berada dalam tangan.
Dengan penguasaan secara total DAP terhadap Pakatan Haprak , besar kemungkinan sekiranya Malaysia ditadbir oleh Pakatan Haprak , Anwar yang kini berseorangan dalam sel di Kajang akan berteman dengan sahabat baiknya Tun Mahathir.
Segalanya hampir pasti berlaku dan pada ketika itu apabila penguasaan besar DAP hasil daripada perancangan licik parti itu terhadap kelemahan pimpinan Melayu dalam Pakatan Haprak khususnya dalam jumlah bilangan kerusi , percayalah tidak mustahil PKR juga akan berpecah dua yang akhirnya akan menyebabkan kuasa orang-orang Melayu semakin terhimpit.
Pincang bukan ?
Mungkin pada saat ini di waktu kalian sedang membaca artikel ini , Tun Mahathir juga berangkali sedang berangan-angan apakah aku akan diampunkan oleh Anwar dan seluruh puak-puak pembangkang yang dulunya amat aku benci ?
Mengambil kira dari kenyataan Azizah , MMI ada 2 jawapan !
1.Dendam itu hampir pasti tidak akan dilupakan dan Tun Mahathir hanya mampu berangan-angan
2.Azizah hanya membebel sebab jelas Presiden PKR ini adalah BADUT sama seperti mana Tun Mahathir yang kini sedang ligat beraksi dalam Pakatan Haprak.
PERCAYALAH keputusan bukan ditangan mereka !
So dalam erti kata lainnya mereka pincang dan songsang !
MMI
No comments:
Post a Comment