MMI yakin dan percaya dalam semua parti yang kini bersama dalam Pakatan Haprak , hanya dua parti sahaja yang sebenarnya sedang berdepan rasa kurang selesa kerana kehadiran mereka setakat ini hanyalah sekadar melalak dan menjadi agen penerangan kepada parti PKR dan DAP.
Inilah yang sebenarnya berlaku dan rata-rata mereka yang bersama dengan PAN khususnya yang tidak terlibat dengan mereka-mereka yang sedang mengumpul keuntungan diatas sana sudah pun menyuarakan rasa ketidakmampuan parti itu untuk mencipta sesuatu.
Di banyak kawasan kumpulan-kumpulan ini bukan sahaja sedang memerhati tetapi turut melakukan timbang tara berkenaan masa depan parti yang kononnya jauh lebih ISLAMIK daripada PAS itu sendiri walaupun PRESIDENnya pernah mengaku lebih sanggup makan babi dari ayam asalkan dapat bersama dengan Guan Eng.
Mereka-mereka itu sebenarnya sudah memikirkan natijah yang bakal mereka terima khususnya dalam PRU14 nanti.
Sebagai asas kepada ketidakyakinan itu , kumpulan terbabit sudah membandingkan reputasi PAN dalam PRK dan PRN Sarawak yang lepas.
Keputusan di semua kawasan itu jelas sama sekali memperlihatkan penolakan secara total terhadap parti PAN dan mereka juga mengakui bahawa cabaran dan saingan yang bakal diberikan oleh parti PAS khususnya jauh lebih dasyat daripada apa yang diwar-warkan oleh pimpinan tertinggi PAN khususnya Mat Sabu.
PAN hampir pasti bakal dicabar bukan sahaja oleh BN tetapi juga PAS yang sudah pun mengesahkan akan masuk gelanggang di semua kawasan yang di tandingi oleh PAN.
Kegerunan itu sebenarnya sudah pun menular di seluruh negara dan kerana itulah para pimpinan PAN yang kini berada di singgah sana serta mendapat belaian istimewa DAP mula mensasarkan parti PAS.
Buktinya PAN menyalahkan PAS sebagai punca perselisihan di antara Datuk Seri Azmin Ali dan Lim Guan Eng berhubung kewujudan Pakatan Rakyat (PR) di Selangor.
Walau bagaimanapun menurut Timbalan Presidennya, Salahuddin Ayub perselisihan itu tidak akan menjejaskan sokongan rakyat kepada PH.
“Bagi PAN, kita sangat yakin dan percaya rakyat Selangor faham tentang apa yang berlaku kerana PAS sebenarnya menjadi punca masalah,” katanya.
Beliau turut menyalahkan parti Islam itu enggan keluar daripada kerajaan Selangor, walaupun mereka sudah memutuskan hubungan dengan PKR.
“Sikap PAS yang berdolak-dalik walaupun dalam muktamar mereka memutuskan hubungan dengan PKR, tetapi masih tidak mahu keluar dari kerajaan Selangor,” katanya lagi kepada portal FMT.
Dalam pada itu jelas Salahuddin PAN mengambil sikap berkecuali dalam pertikaian tersebut.
Jelasnya, PAN menganggap PR tidak wujud lagi dan yakin perbezaan pendapat antara 2 pemimpin Pakatan Harapan (PH) itu boleh diselesaikan melalui mesyuarat Majlis Presiden gabungan berkenaan.
“Bagi PAN, Pakatan Rakyat tidak wujud lagi. Saya rasa dengan wujudnya Majlis Presiden Pakatan Harapan, ia merupakan satu mekanisme terbaik untuk selesaikan kemelut di Selangor ini.
“Saya sangat yakin krisis ini boleh diselesaikan melalui rundingan dalam mesyuarat Majlis Presiden dan isu antara Azmin dan Guan Eng bukan parkara tidak boleh diselesaikan,” katanya.
Baru-baru ini, Azmin yang juga menteri besar Selangor dilaporkan berkata, PR yang dibubarkan masih hidup dalam kerajaan Selangor kerana ia adalah “mandat rakyat”.
Guan Eng yang juga setiausaha agung DAP bagaimanapun mengingatkan timbalan presiden PKR itu, PR tidak wujud lagi.
Penasihat DAP, Lim Kit Siang turut menyifatkan kenyataan Azmin “sangat mengejutkan dan tidak dapat diterima”.
PR dibentuk pada 2008 oleh PAS, PKR dan DAP, sebelum dibubarkan pada 2015 berikutan pertikaian isu hudud antara PAS dan DAP.
DAP kemudiannya bersama PKR dan PAN – parti serpihan PAS membentuk PH pada 2015. Mac lalu, PPBM menyertai gabungan pembangkang itu, namun PKR terus bekerjasama dengan PAS dalam kerajaan Selangor.
Melihat kepada kemelut dan caca marba dalam Pakatan Haprak itu sendiri MMI yakin bahawa yang paling akan terkesan adalah PAN kerana mereka sehingga hari ini masih lagi kekal menjadi ANJING KURAP bertuankan DAP !
Yang pasti apa jua yang berlaku Mat Sabu akan kekal mencium kaki Guan Eng !!!!
Ruginya siapa ???
Melalaklah PAN
MMI
No comments:
Post a Comment