Followers

Saturday 22 July 2017

Kenapa Berlaku Jurang Kelulusan Projek Kondo Dengan Rumah Mampu Milik Di Pulau Pinang ?

Gambar Hiasan

Lagi isu membabitkan dasar pentadbiran kerajaan DAP Pulau Pinang yang rasanya menjurus kearah kepentingan beragenda.Tindakan yang boleh kita simpulkan sebagai agenda terancang yang disengajakan .. Sejauh mana kebenaran tersebut ? Review persoalan demi persoalan di bawah ;

Mengapa projek kondominium mewah syarikat SPV diluluskan dalam tempoh 8 hari namun rumah mampu milik kerajaan Pulau Pinang mengambil masa 223 hari untuk diluluskan?

1. Bayaran RM209 juta kepada Syarikat Tujuan Khas (SPV) bagi projek Terowong Bawah Laut Pulau Pinang adalah bagi fi konsultansi kajian untuk tiga lebuhraya melibatkan dua bidang tanah kerajaan negeri.

2. Bayaran pertama adalah sebidang tanah terletak di pinggir laut milik kerajaan negeri dinilai pada harga RM135 juta dan dipindahmilik kepada syarikat SPV pada 17 Februari 2015.

3. Syarikat SPV ini kemudian menjalin usahasama dengan sebuah syarikat disenarai awam bagi memajukan tanah itu pada pertimbangan 60-40, di mana syarikat SPV itu memegang kepentingan 40 peratus. Usahasama (JV) itu adalah bagi membangunkan projek kondominium mewah mencakupi dua blok bangunan 40 tingkat melibatkan 572 unit kondominium dan setiap unit berharga RM1,200 ke atas bagi setiap kaki persegi.

Nilai pembangunan kasar (GDV) projek kondominium dilaporkan adalah RM800 juta.

4. Usahasama ini kemudian membuat permohonan kepada Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) bagi kebenaran merancang pada 9 Mac 2015. Bahagian perancangan MPBB kemudian memberi kelulusan dalam tempoh 8 hari meskipun piagam kelulusan pihak berkuasa tempatan itu adalah 108 hari.

5. Kebenaran itu turut mencakupi peningkatan pembangunan di projek itu daripada had 30 unit setiap ekar kepada 156 unit setiap ekar yang dikuatkuasakan di kawasan itu.

6. Semakan di tapak kondominium mewah itu mendapati pembinaan sudah bermula, meskipun tiada satu pun dari 3 lebuhraya sudah dimulakan pembinaannya dan sudah tertangguh selama 3 ½ tahun.

7. Projek kondominium mewah itu kini mengalami kelewatan di mana 100 penduduk di kawasan itu telah membuat bantahan terhadap keputusan MBPP meluluskan projek dengan kepadatan yang tinggi di kawasan perumahan.

Penduduk berjaya memperolehi perintah penangguhan dari Lembaga Rayuan Pulau Pinang yang memihak kepada penduduk.

8. Bagaimanapun, dalam satu tindakan yang mengejutkan, MBPP telah membuat rayuan bagi pihak pemaju di Lembaga Rayuan Pulau Pinang. MBPP kalah dalam rayuan itu pada April 2016 dan terpaksa membayar kos kepada lembaga berkenaan dan penduduk.

Adalah satu keadaan yang mengaibkan apabila kerajaan negeri melalui MBPP membuat rayuan bagi pihak pemaju terhadap perintah dikeluarkan oleh lembaga rayuan kerajaan negeri sendiri dan kalah. Berikutan itu, kerajaan negeri terpaksa membayar kos kepada kerajaan negeri sendiri.

9. Semakan lanjut menunjukkan satu-satunya projek perumahan mampu milik Kerajaan Pulau Pinang di pulau berkenaan di SP Chelliah mengambil masa 223 hari bagi mendapatkan kelulusan dari MBPP berbanding hanya 8 hari bagi projek pembangunan kondominium mewah syarikat SPV.


10. Semakan selanjutnya pula menunjukkan projek perumahan mampu milik Kerajaan Persekutuan mengambil masa 516 hari untuk memperolehi kelulusan kebenaran merancang dari bahagian perancang MBPP, berbanding hanya 8 hari bagi projek kondominium mewah syarikat SPV Terowong Pulau Pinang dan 223 hari bagi projek perumahan mampu milik Kerajaan Pulau Pinang sendiri.

11. Persoalan kini timbul, adakah syarikat SPV Terowong ini diberikan layanan istimewa kerana berjaya memperolehi kelulusan sangat pantas bagi projek kondominium mewah, terutama jika dibandingkan dengan projek perumahan mampu milik.

12. Adakah Kerajaan Pulau Pinang turut meningkatkan nilai tanah itu untuk syarikat SPV ini dengan menambah kepadatan pembangunan sebanyak 5 kali ganda?

Dengan peningkatan kepadatan yang tinggi, ia turut membuatkan nilai tanah melonjak.

13. Adakah ini satu amalan lazim bagi Kerajaan Pulau Pinang untuk merayu bagi pihak pemaju terhadap Lembaga Rayuan Negeri Pulau Pinang di bawah kerajaan negeri sendiri atau ia hanya berlaku sekali, sekaligus memberi gambaran kepada layanan istimewa?

Datuk Eric See-To Choong,
Timbalan Pengarah,
Komunikasi Strategik Barisan Nasional

21 Julai 2017

1 comment:

  1. Bagaimana pula dengan kondo mewah di Taman Rimba Kiara? OK ke semua yang diluluskan oleh UMNO?

    ReplyDelete

Labels