Followers

Friday 21 July 2017

LAWAK Bila YB Pakatan Jadi SAPI !


MMI rasa sebab semua projek di bawah kerajaan DAP Pulau Pinang masih lagi kekal menjadi misteri dan lebih banyak politik daripada kerja buat akhirnya para YB Pakatan ni jadi gian tak menentu.

Nak turun pi tinjau projek untuk selesaikan masalah banjir kilat di Pulau Pinang , exco terlibat kata ianya hanya akan mampu disiapkan lagi 3 tahun !

Nak turun pi tinjau projek tambak laut dah jadi isu besar sebab spin kerajaan DAP dengan pihak kementerian !

Nak turun pi tinjau projek rumah mampu milik rasanya puak-puak ni sendiri pun tak tau kat mana !

Nak turun pi tengok kawasan bukit habis puak-puak ni tarah sampai botak !

Nak turun pi tinjau kesesakan trafik takut kena maki !

Habis tu nak buat apa ? Takkan nak tunggu ceramah ja kan ??

So mau tak mau turun dan redah jalah apa yang ada dan kerana itu akhirnya si YB Pakatan ni dapat malu !!!!

Punya seronok nak jaja cerita kononnya puak-puak Pakatan punya kerja , Pengarah Strategik PKR yang juga Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin telah memuat naik beberapa gambar lawatannya ke Tapak Lebuhraya Bayan Lepas ke Teluk Kumbar di akaun facebooknya.

Yang dia lupa adalah warga Pulau Pinang bukannya bodoh ! Projek yang dia lawat tu adalah projek di Kerajaan Persekutuan di bawah Barisan Nasional.

Tindakan berbau politik itu kemudiannya di kecam oleh para netizen di laman facebook beliau kerana dilihat cuba mencari kredit hasil daripada kerja buat orang lain.Dan lebih teruk lagi si YB Pakatan ni dah padam posting tu ! 


Tak ada bran rupanya ... Agak-agaklah kalau nak cari publisiti pun , biar berpada-pada bagi penjelasan yang jelas dan paling penting jangan dok syok sendiri.

Yang sebenarnya dan gagal dijelaskan ialah projek projek menaik taraf jalan Persekutuan FT006 dari Teluk Kumbar ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, Bayan Lepas Kos Projek yang bernilai RM390 juta itu adalah di antara 7 projek di bawah Kementerian Kerja Raya.

Selain daripada itu, kerajaan BN Persekutuan yang sering difitnah kononnya menganaktirikan Pulau Pinang oleh kerajaan DAP juga merancang 6 projek untuk rakyat negeri :

1. Membina Jalan Dari 2 Lorong ke 4 Lorong Dari Jambatan Tuanku Abdul Rahman (Sek.757) Hingga Jambatan Merdeka (Sek.782) Seberang Perai Utara, Pulau Pinang. Kos Projek RM340.4 juta;

2. Naik Taraf Bayan Lepas Expressway Daripada Batu Maung Ke Jambatan Pulau Pinang. Kos Projek RM373.2 juta;

3. Menaik Taraf Laluan Persekutuan FT001 Dari Persimpangan Permatang Keling (Sek.720) Ke Jambatan Di Atas Sungai Junjung, Simpang Ampat (Sek.740), Daerah Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang. Kos Projek: RM344 juta;

4. Membina Jejambat Menghubung Jalan Nangka – Jalan Perda Timur Merentasi Jalan Padang Lalang/ Jalan Permatang Rawa, Bukit Mertajam. Kos Projek RM184.8 juta;

5. Membina ‘Flyover’ Merentasi Persimpangan Bulatan Batu Maung Dan Persimpangan P222/P10. Kos Projek RM165.944 juta;

6. Menaik Taraf Jalan Negeri (P10) Daripada Batu Maung Ke Persimpangan Jalan Sultan Azlan Shah, Pulau Pinang. Kos projek RM160 juta.

Dan kos keseluruhan 7 projek rakyat itu bernilai hampir RM1.96 bilion telah diluluskan dalam Rolling Plan Pertama (2016-2017), RMKe-11 di bawah Kerajaan BN Persekutuan yang diketuai oleh Datuk Seri Najib Razak.

Lawakkan bila YB Pakatan ni nak cuba-cuba jadi Sapi yang asyik cari nama tu sedangkan susu tu kerbau punya !

HANCING beb !

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels