Followers

Saturday 5 August 2017

Pemuda Serah Memo Pada SPRM , Armada Baru Nak Up Kena Sekolah !

 

Semalam Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pulai Pinang hadir ke perkarangan Komtar bagi menyerahkan memorandum kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad, dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki bagi mendesak badan tersebut mempercepatkan siasatan terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang atas isu rasuah.

Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang diketuai Saudara Rafizal Abdul Rahim bersama-sama dengan beberapa NGO dalam kenyataannya kepada media berkata “Apabila beliau  (Lim Guan Eng) menandatangani IBR, beliau secara tidak langsung mengesahkan beliau orang yang bersih dan tidak terpalit dengan salah laku dan rasuah, sedangkan beliau masih berhadapan dengan kes mahkamah berkaitan rasuah. Jadi kami minta ketua menteri letak jawatan.”

MMI percaya tindakan ini dibuat atas dasar menghormati undang-undang dan keinginan untuk melihat keadilan berlaku.Situasi yang sebenarnya merimaskan seluruh warga Pulau Pinang kerana proses siasatan yang dilihat agak perlahan seolah-olah mereka-mereka yang dituduh itu kebal daripada undang-undang.

Malah kalau melihat pertuduhan terhadap Guan Eng ianya serius kerana melibatkan perlakuan rasuah yang jelas atas kepentingan berdasarkan kedudukannya selaku Ketua Menteri.

Oleh kerana itu maka Pemuda UMNO Negeri mendesak agar pihak SPRM mempercepatkan siasatan dan dalam masa yang sama Rafizal selaku Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang turut mendesak Lim Guan Eng agar meletakkan jawatannya setelah menandatangani IBR.

Ianya jelas ! Namun ada juga puak-puak yang main hentam kromo langsung tak buat "homework" tampil nak membela Guan Eng.

Siapa lagi kalau bukan budak-budak baru nak up ARMADA !

Budak-budak ni buat kenyataan balas kononnya nak hentam Pemuda UMNO sebab desak Guan Eng letak jawatan.Yang bangangnya , puak-puak ni langsung tak tau bahawa memo yang diserahkan kepada SPRM itu bukannya memo mendesak SPRM untuk mendesak Ketua Menteri letak jawatan tapi desakan supaya siasatan dipercepatkan.

Yang mendesak supaya Guan Eng letak jawatan adalah Ketua Pemuda UMNO Negeri selepas Guan Eng tandatangan IBR ! Punya bengap dan kerana bangangnya puak-puak ARMADA ni Penolong Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang , saudara Ifan Zahmi tampil sekolahkan budak-budak ni.

KENYATAAN MEDIA

Saya dengan ini merujuk kepada kenyataan media Aizat Khalid Penolong Setiausaha ARMADA PPBM Pulau Pinang yang dikeluarkan pada hari ini 4/8/2017 susulan penyerahan memorandum oleh Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang.

Saya terpanggil untuk memberikan komen berkenaan dengan kenyataan media tersebut. Untuk makluman penyerahan memorandum kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM adalah berkenaan dengan dua perkara iaitu:-

1. Gesaan supaya SPRM mempercepatkan segala siasatan berkenaan dengan laporan-laporan rasuah dan salah guna kuasa yang dibuat terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang; dan

2. Gesaan supaya SPRM mempercepatkan dakwaan terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang

Gesaan-gesaan ini dibuat agar nama baik Ketua Menteri dapat dijernihkan daripada segala tuduhan rasuah dan salah laku ('to clear his name from any wrongdoings'). Sekiranya Sdr Aizat mengambil masa dan berusaha sedikit untuk memeriksa isi kandungan memorandum tersebut, beliau tidak akan membuat kenyataan yang melulu seperti ini. 'Please check your facts first'.

Semua sudah sedia maklum bahawa SPRM tidak mempunyai 'locus standi' untuk memaksa Ketua Menteri Pulau Pinang untuk meletakkan jawatan. Saya beranggapan bahawa Sdr Aizat patut tahu berkenaan dengan perkara ini.

Untuk makluman Sdr Aizat, Sdr Rafizal Abdul Rahim Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang telah beberapa kali menggesa Ketua Menteri untuk meletakkan jawatan kerana beliau menghadapi pertuduhan jenayah di Mahkamah tetapi nampaknya tidak diendahkan oleh Ketua Menteri. Gesaan kali ini dibuat setelah Ketua Menteri menandatangani Ikrar Bebas Rasuah pada sebelah pagi. Apa gunanya berikrar tetapi cakap tak serupa bikin.

Saya juga menggesa Sdr Aizat untuk membaca kembali salinan Laporan PAC yang keanggotaannya bukan hanya Ahli- Ahli Parlimen daripada Barisan Nasional tetapi Ahli-Ahli Parlimen daripada parti-parti pembangkang berkenaan dengan 1MDB. Usahlah berterusan memainkan sentimen ini, tanyalah kepada senior-senior Ahli-Ahli Parlimen parti pembangkang yang menganggotai PAC. Buat appointment jumpa mereka terlebih dahulu ataupun boleh Google.

#CheckYourFactsFirst
#JanganPakaiHentamShj
#SavePenang

Ifan Zaimi Bin Md Tahar
Penolong Setiausaha 
Pergerakan Pemuda UMNO
Negeri Pulau Pinang

Steady Pemuda UMNO Pulau Pinang , MMI kata ARMADA hampa pi belajaq politik dululah ....

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels