Followers

Wednesday, 27 September 2017

Bila Guan Eng Pun Teringin Nak Naik LRT !


Tiba-tiba Ketua Menteri Pulau Pinang dari DAP , Lim Guan Eng buat kenyataan berkenaan LRT dalam keadaan masalah banjir pun belum dapat diselesaikan dengan baik.

Jadi secara tak langsungnya bolehlah kita andaikan bahawa anak Kit Siang ni tengah serabut mungkin sebab kerajaan negeri di bawah pimpinannya telah mendapat kritikan demi kritikan akibat daripada kelemahan yang cukup ketara sekali.

Macam-macam daripada isu rasuah , tindakan seberat sebelah yang disifatkan banyak pihak sebagai berunsur perkauman , perancangan kerajaan negeri yang tidak tersusun sehingga menimbulkan pelbagai masalah seperti banjir lumpur apabila hujan lebat , penerokaan kawasan bukit bukau sampai botak , isu penambakan laut dan banyak lagi dilihat sudah pun menjadi igauan negeri kepada barisan pentadbir kerajaan negeri Pulau Pinang.

Terkini pula dalam keadaan banyak pihak khususnya para penduduk di Pulau Pinang merungut tentang masalah banjir yang tak selesai-selesai , Guan Eng dalam satu ucapannya baru-baru ni kata kalau rakyat Pulau Pinang mahukan LRT maka kena tukar Perdana Menteri.

Wow mudahnya dia bercakap , seolah-olah Perdana Menteri kita langsng tak mengambil berat perihal negeri Pulau Pinang.Kalau kita tengok dalam isu banjir sekalipun Kerajaan Persekutuan dah pun membantu kerajaan negeri dengan peruntukan yang mencecah RM2 bilion.

Jadi dalam soal ini apakah wajar rakyat menerima kenyataan Guan Eng supaya tukar PM hanya untuk mendapatkan perkhidmatan LRT di Pulau Pinang ?

Guan Eng mungkin terlupa agaknya apa yang dah Kerajaan Persekutuan laksanakan di seluruh negara , dengan pelaksanaan projek rel keretapi dan lebuhraya sama ada di sebelah Pantai Timur mahupun di Sarawak dan sudah tentunya di jaringan utama melibatkan Perlis hingga ke Johor semuanya membuktikan keupayaan Kerajaan Persekutuan di bawah pimpinan Perdana Menteri , Datuk Seri Najib Tun Razak.

Jangan lupa kalau bab LRT pula tengok saja apa yang dah Kerajaan Persekutuan laksanakan di Kuala Lumpur rasanya lebih dari LRT.

Dan MMI nak kongsi juga bila Guan Eng sentuh bab LRT ni , mungkin sekali lagi dia lupa agaknya wakil PKR di Pulau Pinang sendiri pernah mempersoalkan tentang (cadangan) kos LRT di Pulau Pinang yang lebih mahal dari kos MRT !


ADUN Penanti (PKR) Norlela Ariffin mempertikaikan Projek LRT di Pulau Pinang sepanjang 30km di Pulau Pinang bernilai RM24 bilion adalah lebih mahal daripada laluan 51km MRT Sungai Buloh – Kajang (SBK).

Ujarnya, laluan MRT SBK lebih panjang dan mempunyai lebih banyak stesen disiapkan dengan harga RM21 bilion – lebih rendah daripada projek LRT yang dicadangkan akan dibina oleh kerajaan DAP Pulau Pinang, teraju Ketua Menteri Lim Guan Eng. Baca selebihnya di SINI

Jadi apa rumusannya ?

Bercakap siapa pun boleh beb tapi bila sampai bab pelaksanaan ianya memerlukan pasukan yang benar-benar profesional bukan macam apa yang dilalakkan oleh Guan Eng dan konco-konco DAP !

Dan kalau kita tengok balik apa yang Guan Eng cakap tu , dalam keadaan pentadbiran yang berserabut ni adalah lebih baik TUKAR KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG daripada termakan hasutan bodoh supaya tukar PM semata-mata nak dapatkan LRT.

Guan Eng kalau teringin sangat nak naik LRT tu turun KL , nanti MMI bawa pusing-pusing mungkin boleh singgah Bukit Jalil kita bersenam sikit kat sana.

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels