Followers

Wednesday, 27 September 2017

Dana Banjir , Siapa Yang BANGANG Ni ?


Masalah banjir kilat yang gagal ditangani dengan baik oleh kerajaan DAP Pulau Pinang sejak 2008 yang lalu ternyata sudah menyebabkan pimpinan tertinggi mereka tidak lagi senang duduk.Macam yang MMI pernah sebut sebelum ni , puak-puak pembangkang ni ada 2 benda saja mereka akan buat ;

1.TUTUP MULUT 
2.MENJAWAB 

Percayalah puak-puak ni akan tutup mulut apabila satu-satu perkara yang dibangkitkan itu dilihat tidak akan mampu ditepis atau perkara yang dibangkitkan itu merujuk kepada kelemahan mereka mahupun rakan seangkatan selain daripada isu-isu yang menghimpit orang Melayu dan Islam.

Dan mereka akan menjawab apabila mereka percaya mempunyai bukti mahupun fakta yang kemudiannya boleh ditokok tambah dengan "spin" yang berterusan.

Namun melihat kepada isu dana bagi mengatasi masalah banjir di Pulau Pinang , nampak sangat kerajaan negeri DAP Pulau Pinang sudah terperangkap !

Apabila masalah banjir kilat yang telah menyebabkan sebahagian Pulau Pinang lumpuh dan mengakibatkan ramai penduduknya terkessan , pertikaian terhadap keupayaan kerajaan DAP Pulau Pinang mula mendapat perhatian rakyat termasuklah para netizen.

Pelbagai isu sudah dibangkitkan termasuklah kelemahan kerajaan negeri yang GAGAL mengerahkan agensi-agensinya turun padang membantu rakyat yang terkesan akibat banjir khususnya kejadian banjir kilat baru-baru ini yang dikatakan paling teruk dalam semua kejadian banjir sebelum ini.

Keadaan itu kemudiannya mendapat reaksi daripada kalangan pimpinan UMNO dan BN sehingga Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan , Datuk Seri Zainal Abidin Osman mendedahkan bahawa  Kerajaan Persekutuan telah membelanjakan RM 2 billion untuk projek-projek kawalan banjir di Pulau Pinang selain mempersoalkan tentang jumlah dana yang telah digunakan oleh kerajaan DAP bagi mengatasi masalah banjir sejak dari 2008 yang lalu. Baca artikel berkaitan di SINI

Barangkali berang dengan tindakan tersebut , kerajaan DAP kemudiannya membalas dengan menyangkal kenyataan Zainal sebagai tuduhan tidak berasas kerana kerajaan DAP Pulau Pinang hanya membelanjakan RM443 juta dan menuntut supaya kerajaan persekutuan membayar baki dana yang dimaksudkan. Baca SINI 

Nampak tak bagaimana melawannya puak-puak DAP ni , seolah-olah mereka sudah berjaya memerangkap pihak kita namun perlu diingat peruntukan dan dana yang dimaklumkan oleh Zainal itu adalah berdasarkan kepada sumber yang disahkan termasuklah disahkan oleh Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar.


Untuk makluman Zainal telah menjelaskan bahawa sejumlah 10 projek telah siap dilaksanakan dengan peruntukan sebanyak RM1.49 bilion dan antara projek yang telah siap dilaksanakan ialah RTB Bertam Kepala Batas, RTB Bandar Pulau Pinang, RTB Sungai Junjung dan RTB Sungai Perai di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).

Selain itu, sebanyak 11 projek telah dilaksanakan yang melibatkan peruntukan RM404.5 juta bagi RMK10 manakala baru-baru ini, kerajaan persekutuan telah meluluskan sejumlah RM150 juta bagi pelaksanaan projek RTB Sungai Pinang dalam RMK11.

Beliau berkata dakwaan ketua menteri kononnya peruntukan RM 1.7 billion dan dakwaan Exco Tebatan Banjir kononnya RM 1.1 bilion masih belum dijelaskan oleh kerajaan Persekutuan adalah satu kenyataan yang mengarut dan tidak cerdik.

“Ia menggambarkan ketua menteri dan Exconya tidak tahu menahu tentang apa yang sebenarnya berlaku di negeri yang mereka tadbir,” katanya.

So ceritanya puak-puak DAP ni betul-betul faham ka macam mana nak urus negeri ni ???

Pi "check" dulu sebelum cakap sebab nampak sangat banyak benda ampa tak "prepare" nih !

Dan kalau dari pemerhatian MMI lagi , yang bercakap dan kumpul segala fakta untuk kerajaan DAP Pulau Pinang tu adalah Chow Kon Yow so dalam bab ni Guan Eng main angguk saja ka ????

Atau Chow Kon Yow memang dah silap lapor dan tak "check" habis-habis ???

Atau memang sengaja nak pelingkup Guan Eng ???

Tutup cerita siapa yang bangang sebenarnya ni ???

* Tu pun bukan main nak tukaq PM sebab nak LRT , weiii LRT pun kalau banjir nak buat apa ???

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels