Followers

Tuesday 31 October 2017

Apakah Kriteria Projek Khas Sehingga Projek Di Lembah Permai Boleh Di Luluskan ?


Semalam MMI dah siarkan pendedahan oleh Penang Forum tentang kelulusan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang terhadap 6 lagi projek di kawasan bukit di Pulau Pinang yang turut berisiko mengalami tanah runtuh.

Enam kawasan terlibat adalah Paya Terubong, Tanjung Bungah, Batu Feringghi, Balik Pulau, Teluk Kumbar dan Bayan Lepas.Baca selanjutnya di SINI

Yang pastinya pendedahan itu bukan dibuat secara sembrono tetapi berdasarkan kepada kaji selidik kumpulan yang benar-benar komited terhadap isu membabitkan alam sekitar dan juga tahap keselamatan para penduduk.

Selain daripada pendedahan terhadap kelulusan 6 lagi projek di kawasan berisiko tanah runtuh, sudah ada pihak yang tampil menggesa kerajaan DAP Pulau Pinang supaya menjelaskan kepada rakyat berkenaan status "PROJEK KHAS" yang dilaporkan telah membenarkan pembinaan di lereng bukit berketinggian 76 meter dan berkecerunan 25 darjah.

Presiden Sahabat Alam Malaysia (SAM) S.M. Mohamad Idris berkata, pihaknya turut khuatir sekiranya kerajaan negeri akan menggunakan alasan ‘projek khas’ itu untuk memberi kebenaran merancang kepada pelbagai projek pembangunan lain di kawasan lereng bukit.

Ini kerana, katanya, kerajaan negeri sehingga kini masih belum menjelaskan kriteria projek khas yang dimaksudkan itu sekali gus menimbulkan keraguan kepada banyak pihak.

“Kita tidak tahu apa yang dimaksudkan de­ngan projek khas itu sehingga boleh dibangunkan di lereng bukit yang sepatutnya tidak mendapat kelulusan merancang daripada kerajaan negeri.

“Bagaimanapun, kami beranggapan projek khas hanya boleh dilaksanakan untuk pembangunan milik kerajaan yang betul-betul mustahak, bukannya perumahan penduduk dan pelancongan yang seolah-olah menguntungkan pemaju swasta,” katanya - Seterusnya

Mengambil kira pembangunan di kawasan bukit yang semakin rancak di bawah pentadbiran kerajaan DAP Pulau Pinang, sudah tentunya timbul prasangka yang negatif khususnya yang melibatkan pihak pengurusan dan juga pemaju.

Malah rekod hitam yang kini sudah terpalit kemas di bahu Ketua Menteri Pulau Pinang apabila dibicarakan di mahkamah atas pertuduhan rasuah dan salah guna kuasa sewajarnya dilihat sebagai salah satu daripada perkara yang MUNGKIN berlaku dalam kes pembangunan di lereng bukit apatah lagi ianya jelas telah melanggar syarat pembinaan itu sendiri apabila melebihi 76 meter dan berkecerunan 25 darjah.

Dan lebih meresahkan rakyat lagi apabila pembinaan di Lembah Permai, Tanjung Bungah yang telah mengorbankan nyawa itu diluluskan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang walaupun ianya jelas terlalu hampir dengan kawasan kuari dan turut di bantah oleh Jabatan Alam Sekitar.

Persoalannya apakah WUJUD unsur RASUAH atau persetujuan bawah meja antara pihak-pihak terlibat sehingga membolehkan projek pembangunan sebegitu dilulus dan diteruskan ?

Lebih mencemaskan lagi, rakyat khususnya di Pulau Pinang dan Malaysia amnya sudah pun menyaksikan sendiri bagaimana sikap kerajaan DAP Pulau Pinang yang sering putar belit dalam isu terowong yang sehingga ke hari ini masih lagi belum selesai.

Janji putar belit kerajaan DAP Pulau Pinang untuk menyerahkan segala dokumen berkaitan kepada pihak Kementerian Kerja Raya Malaysia dilaporkan masih lagi belum ditunaikan dan ini sudah tentunya menimbulkan lagi rasa syak rakyat bahawa tindakan yang sama boleh berulang.

Ketidakpercayaan ini mula timbul bahkan ianya sudah mula diperkatakan kebanyakkan warga Pulau Pinang sendiri.

So sekali lagi kerajaan DAP Pulau Pinang perlu tampil dan menjelaskan persoalan yang telah dibangkitkan apakah kriteria projek khas yang dimaksudkan supaya segala prasangka negatif yang mula menular itu dapat disangkal.

Kegagalan kerajaan DAP Pulau Pinang untuk menjelaskan persoalan berbangkit hanya akan menyebabkan isu berbangkit dan segala tanggapan rakyat adalah BENAR berlakunya amalan rasuah dan tindakan kerajaan negeri yang melangkaui syarat dan peraturan sendiri.

Betul ke Guan Eng ?

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels