Jika benarlah Tun Mahathir mahu melihat sebuah negara Malaysia yang bebas dari segala perlakuan negatif yang disebutnya sejak menjadi saudara sebantal DAP, sudah pasti isu membabitkan pertuduhan terhadap Lim Guan Eng, masalah pentadbiran kerajaan negeri DAP Pulau Pinang yang kini sudah sampai ke tahap mengorbankan nyawa,isu UNISEL di Selangor, isu penyelewengan dana YAWAS, perbalahan sesama pemimpin dalam parti dan banyak lagi diambil peduli.
Namun apa yang berlaku adalah sebaliknya, Tun Mahathir sengaja memekakkan telinganya dan membutakan matanya sendiri dan hanya berpegang kepada sumber fitnah yang dijaja ke serata negara.
Kejadian tanah runtuh di Tanjung Bungah misalnya Tun Mahathir sepi tanpa berita !
Dalam banyak siri ceramah Tun Mahathir sekalipun tidak ada bukti yang dikemukakan malahan sehingga kini tidak ada mana-mana pihak yang tampil dengan bukti-bukti walaupun dalam isu tertentu pihak berkuasa khususnya PDRM sudah pun memberikan ruang kepada pihak yang membuat tuduhan supaya tampil menyerahkan bukti-bukti.
Selebihnya Tun Mahathir lebih banyak meracau dengan tuduhan penyedap halwa telinga dan semakin hari ianya semakin mengikut emosi dan dendam politiknya terhadap pimpinan UMNO hari ini.
Dalam artikel sebelum ini MMI dah sebut betapa Tun Mahathir sebenarnya sedang berdepan dengan dilema politik yang cukup melampau sehingga sanggup menggadaikan dirinya sendiri.Tidak cukup dengan itu Tun Mahathir kemudiannya menghina pula keturunan orang-orang Bugis yang rasanya tidak punya dosa terhadap beliau.Baca artikel berkaitan http://mahamissa.blogspot.my/2017/10/malay-dilemma-bila-tun-mahathir.html
Natijahnya akibat daripada tindakan tersebut, Malaysia berdepan dengan situasi yang memungkinkan berlakunya insiden mirip konfrontasi dan sudah tentu pihak kerajaan sedikit sebanyak akan terlibat.Namun akibat tindakan sembrono dan penting diri akhirnya Tun Mahathir sendiri di kecam oleh masyarakat Bugis.Antaranya ;
Konsul Kehormat Malaysia di Makassar, Indonesia, Halim Kalla yang berketurunan Bugis berkata, jika kenyataan seperti itu dikeluarkan di Indonesia, Dr. Mahathir akan ditahan pihak polis kerana perbuatan tersebut seumpama mengisytiharkan perang untuk memecahbelahkan bangsa.
“Dr. Mahathir tidak perlu menyentuh soal asal usul kerana kita semua, baik pemimpin di Indonesia atau di Malaysia terdiri daripada pelbagai keturunan tetapi tetap saling hormat menghormati, baik sebagai warga Malaysia atau Indonesia.Baca seterusnya
Sebagai pemerhati politik, MMI beranggapan Tun Mahathir akan memohon maaf diatas ketelanjuran kata-katanya sebab Tun Mahathir mengaku begitu cintakan Melayu dan Malaysia.
Mengambil kira kehadiran beliau dalam politik selama lebih dari 20 tahun sebagai pemimpin dan kini masih lagi berpolitik sudah tentu pengalamannya akan menjadi pengajaran yang berguna tetapi Tun Mahathir benar-benar hilang prinsip bukan sahaja tidak memohon maaf, di tempelak pula masyarakat Bugis yang bangun menyatakan rasa tidak senang mereka terhadap tingkah laku Tun Mahathir.
Tak cukup dengan itu Tun Mahathir hina pula negara sendiri sebagai "Darul Penyangak" !
Penghinaan itu merujuk kepada isu kleptokrasi yang dijaja pembangkang sedang realitinya Tun Mahathir lupa yang bersikap sedemikian lebih menjurus kepada puak-puak dalam Pakatan Haprak sendiri.
Buktinya himpunan anti kleptokrasi GAGAL menarik sokongan rakyat dan semua itu berlaku kerana Tun Mahathir dan konco-konco Pakatan Haprak tidak berdiri atas prinsip yang satu sehingga mempertontonkan kepada umum aksi 2 badut sarkas yang cukup melucukan sekali.Baca artikel berkaitan http://mahamissa.blogspot.my/2017/10/bebal-di-anti-kleptokrasi-tun-mahathir.html
Dalam masa yang sama, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata amat tidak wajar bagi bekas perdana menteri itu menggelarkan negara ini dengan nama sebegitu kerana gelaran tersebut tidak patriotik dan di luar daripada batas kewarasan berpolitik.
“Jikapun marah dengan kerajaan hari ini, Mahathir tidak sepatutnya menghina negara sendiri. Negara ini adalah negara kita bersama.
“Baik atau buruknya, maju atau mundurnya negara ini, kita perlu bersama mempertahankannya, bukan menghinanya,” tegas Salleh menerusi catatan terbaharu di blog beliau; sskeruak.blogspot.my hari ini.
Well dendam kesumat yang membara dalam diri Tun Mahathir itu hampir pasti sudah pun merosakkan reputasi dirinya sendiri.Di saat Tun Mahathir begitu galak menyerang dan menghina pimpinan dan negara kita, kerajaan di bawah pentadbiran Datuk Seri Najib konsisten dengan gerak kerja mereka.
Tidak bermuka-muka dan berani mengambil keputusan yang tidak mesra rakyat kerana kerajaan Barisan Nasional dengan UMNO sebagai parti peneraju tahu keupayaan dan kemampuan mereka untuk menguruskan negara tanpa perlu bermuka-muka dan berbohong seperti mana yang sering dilakukan oleh puak-puak dalam Pakatan Haprak.
Kerajaan akan laksanakan apa yang mencakupi kemampuan kerajaan sebab kita REALISITIK bukan HIPOKRIT !
MMI
No comments:
Post a Comment