Followers

Sunday 29 October 2017

Tanah Tanjung Bungah Berisiko Runtuh Sejak 5 Tahun Lalu !!! Kenapa LEPAS ?


Pakar tanah runtuh dan pengurusan bencana, Prof Dr Habibah Lateh daripada Universiti Sains Malaysia (USM) berkata kawasan sekitar Tanjung Bungah telah dikenal pasti sebagai satu daripada lokasi berisiko tinggi tanah runtuh sejak lima tahun lepas.

Katanya, berdasarkan kepada pemetaan bahaya tanah runtuh yang dibangunkan pihaknya dalam satu kajian ditaja Agensi Kerjasama Antarabangsa Jepun (JICA) dan Kementerian Pendidikan Tinggi sebelum ini, didapati batuan induk di Tanjung Bungah sebahagian besarnya terdiri daripada batuan granit yang banyak mengalami proses pengluluhawaan yang tinggi.

Beliau menerangkan batuan granit yang telah terluluhawa sememangnya cenderung untuk berlakunya tanah runtuh disebabkan ia tidak kohesif (tanah tidak melekat di antara satu dengan yang lain) yang seterusnya boleh membawa kepada ketidakstabilan cerun.

"Sebahagian kawasan di Tanjung Bungah, batuan granitnya telah mengalami pengluluhawaan dengan gred yang tinggi dan bertukar menjadi tanah pasir berlodak yang sangat mudah untuk runtuh atau menggelongsor," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Habibah yang merupakan pensyarah kanan di Pusat Pengajian Jarak Jauh USM, menjelaskan secara amnya bahan cerun di Pulau Pinang agak berbeza dengan tempat lain di Malaysia kerana ia terdiri daripada batu berlodak yang bercampur dengan batu-batu besar.

"Suhu yang tinggi dan hujan lebat boleh menyebabkan proses luluhawa fizikal dan juga kimia dapat berlaku dengan kadar yang tinggi dan ia sangat berisiko untuk berlaku runtuhan cerun terutama sekali bagi kawasan yang batuan induknya terdiri daripada batuan jenis granit," katanya.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan projek kuari berhampiran lokasi kejadian tanah runtuh di tapak projek perumahan mampu milik di Lengkok Lembah Permai Sabtu lepas, yang mengorbankan 11 nyawa itu merupakan satu daripada faktor yang boleh menyumbang kepada tragedi berkenaan.

"Ini kerana aktiviti letupan di permulaan projek kuari boleh menggegar dan secara tidak langsung melonggarkan batuan dan tanah di tempat itu, bagaimanapun kebiasaannya letupan dilakukan dengan cara yang dapat meminimumkan gegaran di kawasan sekitarnya," katanya.

Dalam pada itu Habibah berkata, berdasarkan kajiannya selama ini ke atas penduduk yang tinggal berdekatan kawasan lereng bukit, kebanyakan mereka tahu bahaya dan risiko tinggi untuk tinggal di kawasan itu, namun hanya mengambil tindakan tunggu dan lihat.

"Mereka bertindak sedemikian kerana tragedi belum terjadi kepada mereka selain lebih mengutamakan faktor kemewahan dan pemandangan yang cantik.

"Kadang-kadang ada penduduk yang sudah pun terlanjur membeli rumah di kawasan itu, namun bagi saya kita perlu mementingkan dan menyelamatkan nyawa kerana wang dan harta benda boleh dicari," katanya.

Sehubungan itu Habibah berkata ada perancangan antara pihaknya dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) untuk mewujud dan meningkatkan kesedaran mengenai tanah runtuh kepada orang ramai terutama di Pulau Pinang dan di tempat-tempat lain di negara ini yang mempunyai risiko tinggi untuk berlaku tanah runtuh.

"Kerjasama antara pihak agensi kerajaan dan universiti amat penting dalam pengurusan bencana serta mewujudkan kesedaran dalam kalangan penduduk berkaitan dengan tanah runtuh dan bencana alam yang lain demi untuk menyelamatkan nyawa dan kerosakan harta benda yang boleh menjejaskan ekonomi negara," katanya yang turut menyelar sikap sesetengah pemaju yang hanya mementingkan keuntungan tanpa memikirkan keselamatan dan nyawa bakal pembeli rumah mereka. Bernama

MMI kata hairankan walaupun kajian pihak kat atas tu dah nyatakan ianya berisiko, pembangunan masih lagi diteruskan oleh pemaju !

Dan sudah tentu pemaju mendapat kelulusan dari pihak yang mentadbir kerajaan negeri !!!!

Apa ada unsur-unsur RASUAH kerrrrr ??? Katanya dari 20 agensi yang setuju LEBIH DARI SEPARUH AGENSI KERAJAAN NEGERI !

Kua Kia Soong kata .......


Hrmmm sendiri pikirlah ... 

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels