Sudah terang lagi bersuluh bahawa parti cauvinis DAP merupakan parti politik yang memiliki kemampuan untuk melakukan sesuatu perkara diluar pemikiran kita selaku rakyat di Malaysia.Gerak geri parti cauvinis ini jika kita perhatikan sebenarnya amat membahayakan dan tanpa usaha mengekang kemaraan parti ini nescaya perkara-perkara yang hari ini berlaku di luar negara boleh berlaku di Malaysia.
Melihat tragedi yang melanda etnik Rohingya di Rakhine, Myanmar yang sedang berhadapan dengan satu pembunuhan terancang oleh pihak berkuasa di negara itu, sedikit sebanyak ianya telah memberikan kita gambaran betapa cakap dan perlakuan politik semata-mata bukanlah satu jaminan yang boleh kita jadikan sandaran bahawa perubahan yang dicari-cari itu mampu membawa kebahagian dan kebaikan kepada diri kita semua.
Kehadiran seorang tokoh pejuang hak asasi manusia bernama Aung San Suu Kyi di Myanmar sekalipun akhirnya telah menyebabkan ribuah warga Rohingya telah menjadi mangsa dan semua itu tidak mampu dihalang oleh mana-mana pihak.
Persoalannya kenapa ianya berlaku ?
Atas apa jua alasan sekalipun kita harus menerima hakikat bahawa kuasa politik yang kini menguasai bumi Myanmar tidaklah berpaksikan kepada soal rakyat seluruhnya tetapi dipengaruhi oleh kerakusan ideologi politik sehingga darah menjadi gantinya.
Kestabilan jelas tidak berlaku di bumi Myanmar kerana hal etnik dan sebagainya.
Di Malaysia kita sewajarnya bersyukur kerana memiliki sebuah kerajaan di bawah Barisan Nasional yang benar-benar komited bukan sahaja terhadap nasib seluruh rakyatnya yang pelbagai latar belakang tetapi turut sama memikul tanggungjawab membantu rakyat negara-negara lain yang dilanda musibah seperti mana yang dapat kita lihat hari ini.
Walaupun Islam merupakan agama rasmi negara dan orang Melayu mendapat hak keistimewaan tersendiri nasib bangsa lain tidak pernah diganggu-gugat malah ianya sentiasa menjadi keutamaan kerajaan dalam menguruskan negara.
Kita sedar dalam tempoh hanya beberapa bulan sahaja lagi, Malaysia bakal menghadapi PRU yang ke-14 dan sudah tentu disaat ini parti-parti politik khususnya dari kalangan pembangkang akan berusaha untuk mendapatkan sokongan rakyat.
Dan sudah tentu juga parti cauvinis DAP akan turut sama berlumba bagi memenangi hati seluruh rakyat agar kerajaan Barisan Nasional dapat dijatuhkan.
Soalnya apakah rakyat Malaysia benar-benar yakin bahawa parti cauvinis DAP yang kini menguasai secara "TOTAL" parti-parti dalam Pakatan Haprak mampu hadir dengan ramuan yang sama seperti mana yang dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional ?
Melihat kepada perlakuan dan gerak kerja parti cauvinis DAP itu sendiri kita sewajarnya harus menolak kehadiran gerombolan ini kerana mereka bukanlah kalangan pemimpin yang benar-benar menerima konsep demokrasi beperlembagaan apatah lagi banyak bermuka-muka dengan asas perlembagaan itu sendiri.
Mengaku kononnya begitu menghormati Perlembagaan Persekutuan tetapi secara sedarnya mereka telah banyak kali menghina perlembagaan itu sendiri.Situasi ini dapat kita lihat dalam aksi-aksi pemimpin mereka sebelum ini contohnya penolakan untuk Malaysia diiktiraf sebagai sebuah negara Islam, penolakan RUU355, sokongan terhadap tuntutan penggunaan kalimah Allah oleh pihak gereja, menghina pemimpin negara dengan kata-kata biadap dan kurang ajar adalah sebahagian daripada perkara-perkara asas yang perlu di amati supaya kita tidak tersalah langkah.
Yang terkini adalah caci hamun pemimpin DAP Perak yang jelas bukan sahaja disengajakan tetapi membuktikan betapa gerombolan itu punya dendam politik yang bersifat RASIS melampau dan sekadar kosmetik ! Lihat SINI
Malahan Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr Zuhdi Marzuki dalam kenyataannya berkenaan parti cauvinis DAP ini berkata “Institusi Islam akan terancam sekiranya Democratic Action Party (DAP) memperolehi kuasa di negara ini” !
Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan adakah DAP akan mempertahankan institusi Islam di negara ini seperti yang diwar-warkan sekiranya agenda mereka berterusan.
Menurutnya, DAP sememangnya sebuah parti yang mendukung sekularisme sebagaimana termaktub dalam perlembagaan parti mereka, sudah tentu mereka tidak berminat mempertahankan agama Islam.
Dr Zuhdi berkata, meskipun ahli-ahli mereka dari pelbagai agama hakikatnya mereka tetap mengamalkan peminggiran terhadap ajaran sebenar agama.
Mengulas lanjut persoalan adakah DAP benar-benar memperkasakan Islam di Pulau Pinang, Dr Zuhdi Marzuki berkata, “DAP hanya melakukan usaha-usaha kosmetik berkaitan dengan agenda Islam sedangkan hakikat sebenarnya banyak usaha menyekat agenda Islam di belakang tabir giat dijalankan para pemimpinnya.”
Beliau menjelaskan, sebagai contohnya, gangguan DAP terhadap Institusi Fatwa di Pulau Pinang, selain turut mengabaikan usaha menyelamatkan tanah waqaf dan menaja program-program Muslim Liberal di Penang Institute dan lain-lain.
“Ini juga terbukti apabila banyak hal-hal berkaitan urusan agama dihalang oleh pemimpin-pemimpin DAP,” ujarnya lagi.
Zuhdi menegaskan, “Antara halangan yang telah diberi oleh DAP setakat ini untuk memperkasa Islam di Malaysia ialah mereka dilihat mahu membawa versi Muslim liberal terhadap ajaran Islam dengan melanggar pihak berotoriti seperti Majlis Agama Islam dan Institusi Fatwa. sumber
Sebab itulah dalam hal-hal tertentu DAP bukan sahaja bersikap "double standard" tetapi turut sama dipengaruhi emosi dan dendam sehingga rakan sendiri pun dinafikan hak mereka.Perkara ini berlaku dalam isu penafian hak bantuan mangsa banjir ke atas Adun dari PKR di Pulau Pinang.
Justeru sebagai rakyat Malaysia apatah lagi mereka yang beragama Islam serta orang-orang Melayu perlu melihat dalam konteks yang lebih besar kerana DAP begitu licik memanipulasi isu sehinggakan terdapat orang Melayu yang begitu obses dengan perjuangan SAMA RATA mereka.
Kita perlu ubah penilaian kita bukan hanya terarah kepada kecantikan yang dihiasi dengan kosmetik semata-mata tetapi apa yang terkandung disebalik kosmetik yang dipakai.
Lihat dengan mata hati bukan dengan mata politik !
MMI
No comments:
Post a Comment