Bila Kelantan dilanda banjir besar pada akhir tahun 2014 dahulu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, adalah di antara pemimpin yang paling sibuk sekali mengeluarkan pelbagai kenyataan, sama ada semasa atau selepas ia berlaku, mendesak itu mendesak ini, mengarahkan itu mengarahkan ini, mengkritik itu mengkritik ini, dan sebagainya.
Antara kenyataan Lim Kit Siang yang paling senang untuk muncul dalam ingatan adalah kenyataan-kenyataan ini:
(1) Mendesak Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob, supaya memendekkan tempoh pemulihan banjir dari “sekurang-kurangnya enam bulan” ke “dua bulan”.
Kata Lim Kit Siang: “The Kelantan Mentri Besar Datuk Ahmad Yaakob said that Kelantan will need at least six months to fully recover from the devastation of the worst floods that hit the state in the past few weeks. But six months to recover from the devastation of the floods catastrophe is too long and will impose great problems and grave burdens on the flood victims in Kelantan. This is why there must be a total change of mindset of the Federal, state and local authorities to ensure that this recovery period is slashed from “at least six months” to two months.”
(2) Mengkritik kerajaan sebagai gagal dalam ketiga-tiga fasa pengurusan bencana, iaitu memberi tindak balas, menyelamat dan membina semula serta mendesak Kerajaan Kelantan menubuhkan satu siasatan awam ke atas pengendalian banjir 2014 bagi mencari dan mendokumentasikan kelemahan, kekurangan dan kegagalan supaya Kelantan akan lebih bersedia untuk menghadapi bencana banjir di masa hadapan.
Kata Lim Kit Siang: “The government failed in all three phases of a disaster management – response, relief and reconstruction… I would suggest that the PAS Kelantan State Government establish a public inquiry into the handling of the 2014 Floods Catastrophe to find out and document the weaknesses, lapses and failures so that the state will be better prepared to face future flood disasters…”
(3) Mengaitkan kejadian dan pengurusan banjir 2014 dengan jangkaan kekalahan PAS di Kelantan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14.
Kata Lim Kit Siang pada tahun 2015: “DAP had always been concerned particularly since the Kelantan floods last December as to whether PAS could again win the Kelantan state government in the next general election.”
Kata Lim Kit Siang pada tahun 2017 pula: “There are many reasons why the people of Kelantan want a change of State government, which include the following: (1) The great floods disaster in Kelantan in 2014…”
Pelik pula bila negeri yang bukan dikuasai oleh parti beliau sendiri, iaitu Kelantan, dilanda banjir besar dahulu sangat galak sekali Lim Kit Siang mengeluarkan kenyataan demi kenyataan tetapi bila negeri yang dikuasai oleh parti beliau sendiri, iaitu Pulau Pinang, sedang dilanda banjir besar sekarang, tiba-tiba sahaja Lim Kit Siang diam seribu bahasa.
Kami pun mahu tahu juga perkara-perkara seperti:
(1) Apakah Lim Kit Siang merasa puas hati dengan prestasi yang ditunjukkan oleh Kerajaan Pulau Pinang dalam ketiga-tiga fasa pengurusan bencana banjir ini, iaitu memberi tindak balas, menyelamat dan membina semula?
(2) Apakah Lim Kit Siang tidak merasakan ia satu keperluan untuk mendesak Kerajaan Pulau Pinang menubuhkan satu siasatan awam ke atas pengendalian banjir ini bagi mencari dan mendokumentasikan kelemahan, kekurangan dan kegagalan supaya Pulau Pinang akan lebih bersedia untuk menghadapi bencana banjir di masa hadapan?
(3) Apakah Lim Kit Siang tidak merasa bimbang kejadian dan pengurusan banjir ini akan membawa kekalahan kepada DAP di Pulau Pinang dalam Pilihan Raya Umum Ke-14?
Sekadar menjawab pertanyaan Facebook sahaja (mengenai apa yang sedang berada dalam fikiran saya sekarang).
Dr Kamarul Zaman Yusoff,
Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (MAPAN),
Universiti Utara Malaysia (UUM).
MMI said Penang Failed State .. Sebab tu diam !
No comments:
Post a Comment