Dah macam-macam desakan di buat oleh banyak pihak termasuklah oleh wakil-wakil UMNO dan BN agar kerajaan negeri mengkaji semula kelulusan projek di lereng-lereng bukit memandangkan kesan daripada projek sedemikian sudah pun menyebabkan berlakunya kejadian tanah runtuh sehingga mengorbankan nyawa selain berlakunya banjir kilat.
Pagi tadi Pemuda Gerakan hadir di hadapan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang ;
PULAU PINANG 13 Nov. - Lebih 20 ahli Pemuda Gerakan negeri berhimpun di hadapan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini tengah hari ini bagi mendesak 40 ADUN menyokong usul meminta kerajaan negeri menghentikan semua projek pembangunan di lereng bukit di negeri ini.
Mereka bersila hampir setengah jam di hadapan pagar DUN sambil memegang kain rentang bertulis ‘Mohon ADUN Pulau Pinang Mewariskan Alam Semula Jadi Kepada Generasi Akan Datang’.
Pemangku Ketua Pemuda Gerakan, Jason Loo berkata, pihaknya bertindak sedemikian bagi menarik perhatian ADUN yang sedang bersidang sekali gus menyokong usul yang akan dibentangkan ADUN Pulau Betong, Datuk Dr. Muhammad Farid Saad hari ini.
Menurutnya, ADUN yang bertindak menolak usul berkenaan perlu menjelaskan pendirian tersebut kepada penduduk negeri ini apatah lagi selepas banyak tragedi tanah runtuh berlaku di negeri ini termasuk yang mengorbankan nyawa seperti di Lembah Permai, Tanjung Bungah di sini 21 Oktober lalu.
“Kita faham jika mereka mendakwa ribut itu fenomena alam, tetapi banjir lumpur dan tanah runtuh adalah jelas diakibatkan daripada pembangunan tidak terkawal di negeri ini terutamanya di kawasan lereng bukit.
“Suara 40 ADUN pada hari ini akan menentukan sama ada projek di lereng bukit di negeri ini akan dihentikan selama-lamanya atau tetap diteruskan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Soalnya sejauh mana kerajaan DAP Pulau Pinang benar-benar serius ?
MMI
No comments:
Post a Comment