Followers

Sunday, 12 November 2017

Penang Has Fallen


Selepas insiden tanah runtuh di Tanjung Bungah yang mengorbankan 11 nyawa dan tragedi banjir yang hampir ‘menenggelamkan’ Pulau Pinang berlaku akibat sikap gelojoh kerajaan negeri meluluskan projek pembangunan, projek tambak laut di bahagian selatan negeri tersebut merupakan satu lagi ‘mimpi ngeri’ bagi penduduk negeri yang ditadbir DAP itu.

Ketua Wanita Gerakan Pulau Pinang, Hartini Tan Abdullah berkata, projek yang dimaklumkan sebanyak 4,000 ekar tanah akan ditambak namun berubah menjadi 4,500 ekar itu bukan sahaja akan merosakkan ekosistem lautan di kawasan tersebut malah akan menyebabkan nelayan hilang punca pendapatan.

“Bahagian selatan negeri ini adalah kawasan yang kaya dengan sumber perikanan dan menyumbang 80 peratus hasil laut Pulau Pinang.

“Pulau Pinang di bawah DAP sudah semakin nazak, Gerakan perlu bersatu padu untuk merampas semula negeri itu dan sama-sama kita menyelamatkan kembali pulau yang menjadi mangsa kerakusan parti pemerintah sekarang,” katanya dalam sesi perbahasan Persidangan Perwakilan Nasional Ke-46 Parti Gerakan di sini hari ini. - utusan online

Dalam masa yang sama, Adun dari DAP, Teh Yee Cheu Tanjung Bungah yang kini sedang dipulau oleh rakan-rakan dari parti yang sama dilihat memberikan isyarat bahawa dasar dan pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang hari ini sudah terlalu menyimpang dan lebih banyak berpolitik.

Teh Yee Cheu mengakui pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) baharu yang berlangsung di Pusat Konvensyen Ideal Shah Alam (IDCC), Shah Alam, Selangor hari ini tidak menjadi kepentingan perjuangan politiknya buat masa ini.

Ujar ADUN DAP itu, jemputan penduduk yang memintanya hadir ke program menandatangani petisyen mendesak kerajaan negeri menyelesaikan masalah banjir di Taman Seri Setia di sini hari ini lebih mustahak dan perlu diutamakan.

“Saya tidak pasti dapat surat jemputan CEC atau tidak, rasanya dapat tetapi temu janji bersama penduduk yang dibuat minggu lalu perlu didahulukan.

“Saya yang juga perwakilan cawangan Taman Bungah bukan mahu memboikot CEC tetapi mendahulukan perkara yang sepatutnya dilakukan wakil rakyat,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

MMI kata ramai warga Pulau Pinang sudah pun hilang hormat terhadap kerajaan negeri Pulau Pinang kerana lebih banyak bercakap dan berpolitik dari bekerja untuk rakyat.

Tindakan Adun Tanjung Bungah itu bolehlah MMI simpulkan sebagai sudah hilang rasa dan tindakan beliau itu sebenarnya adalah isyarat jelas bahawa DAP dan kuncu-kuncunya sudah hilang fokus dan tidak boleh dipercayai.

Apa pun seluruh warga Pulau Pinang adalah penentu kepada perubahan seterusnya .. PRU14 just around the corner .. Penang has fallen let's rise it back together .. Gunakan ia sebaik-baiknya pilih Barisan Nasional !

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels