Followers

Friday 3 November 2017

Mahathir Pertikai Bajet Pembangkang Apa Cerita ?


Apa yang dilakukan oleh Tun Mahathir berhubung komennya terhadap pembentangan bajet sama ada oleh kerajan mahupun pembangkang akhirnya telah menjadi satu lagi bukti betapa bekas pemimpin UMNO yang kini bergelumang dalam kolam DAP itu sedang berdepan dengan dilema politik yang sangat kritikal.

Dalam artikel sebelum ini, MMI dah ulas bahawa penulis buku "The Malay Dilemma" ini yang sering bercakap soal Melayu dan negara sebenarnya sudah tersalah arah dan berdepan dengan kecelaruan perjuangan politiknya sendiri.

Kecelaruan itu telah MMI perjelaskan di artikel berikut ;


Keadaan itu kemudiannya berlaku lagi dan tindakan Tun Mahathir kali ini jauh lebih melucukan apabila kenyataannya yang jelas berat sebelah dan bersifat "double standard" mungkin terhadap parti-parti tertentu atau mungkin juga terhadap dirinya sendiri.

Baca ulasan Dr. Novandri Hasan Basri dalam artikel yang disiarkan oleh utusan online hari ini ; 

BAJET PEMBANGKANG DIPERTIKAI MAHATHIR

ADA beberapa perkara yang diperkatakan oleh Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr. Mahathir Mohamad tentang Bajet 2018.

Dr. Mahathir sendiri mengaku bahawa setiap kali bajet-bajet yang dikemukakan sebelum pilihan raya pada kebiasaannya ada peruntukan dalam bajet bagi mempengaruhi rakyat untuk memilih kerajaan semula. Dr. Mahathir mendakwa bahawa bajet 2018 adalah bajet popular.

Kita tentu tersenyum sinis dengan dakwaan beliau itu kerana Bajet Alternatif Pakatan Harapan dikepalai DAP begitu jelas berbentuk populis tetapi tidak praktikal dan tidak berpijak di bumi yang nyata.

Apakah beliau tidak membaca Bajet Alternatif pakatan itu yang menggariskan beberapa perkara seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), pemansuhan cukai barang dan perkhidmatan (GST) dan sebagainya?

Dr. Mahathir juga berkata bahawa Bajet 2018 ini tujuannya tidak lain tidak bukan ialah untuk mendapatkan sokongan dalam pilihan raya.

Hairan kerana kesemua bajet negara di sepanjang Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri adalah untuk memastikan rakyat menyokong beliau dan kerajaan ketika itu.

Adalah kurang cerdik jika sesebuah kerajaan membentangkan bajet yang bakal menjatuhkan kerajaan itu.

Mungkin Dr. Mahathir boleh menasihatkan kerajaan DAP Pulau Pinang dan kerajaan PKR Selangor supaya membentangkan bajet yang tidak akan ‘mempengaruhi rakyat untuk memilih mereka’.

Sebagai contoh, Dr. Mahathir boleh menasihatkan kedua-dua kerajaan negeri itu untuk tidak memberi bonus kepada penjawat awam negeri dan meningkatkan lagi pelbagai cukai untuk menyusahkan rakyat seperti yang dilakukan oleh kerajaan DAP negeri.

Dan mana mungkin Bajet 2018 ini benar-benar bajet populis jika kerajaan tetap dengan polisi GST. Kerajaan boleh sahaja menghapuskan GST tetapi kerajaan berpegang kepada realiti semasa yang merujuk kepada unjuran-unjuran kemampuan negara dan ekonomi yang sangat jelas, tidak seperti puak pembangkang.

Tambahan pula, GST bukanlah cukai tambahan tetapi gantian kepada cukai lama. Kira-kira 160 negara mempunyai bentuk cukai GST ini.

Dan Bajet Alternatif Pakatan Harapan ternyata tidak boleh dipercayai kerana Dr. Mahathir sendiri mengaku bahawa akan ada perubahan-perubahan ter­tentu dalam bajet ciptaan mereka.

Dr. Mahathir juga tanpa sedar telah mengkritik bajet pakatannya sendiri apabila beliau mengkritik kos kenaikan gaji penjawat awam. Beliau berkata bahawa kenaikan gaji itu akan menyebabkan kos sara hidup akan meningkat.

Untuk pengetahuan Dr. Mahathir, Bajet Alternatif Pakatan Harapan bercadang menaikkan gaji minimum kepada RM1,500 sebulan di seluruh negara walaupun mereka gagal untuk menerangkan di manakah mereka akan dapat kos untuk berbuat demikian.

Dr. Mahathir juga berkata Bajet Alternatif berkenaan adalah untuk mendapat feedback daripada rakyat. Maksudnya, setelah bajet alternatif dibentangkan, baharulah Pakatan Harapan mahu mempertimbangkan pendapat dan suara rakyat.

Ianya amat jauh berbeza de­ngan Bajet 2018 yang dibentangkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak kerana sebelum dibentangkan, kerajaan BN Persekutuan telah meminta pandangan, feedback dan suara daripada pelbagai kelompok rakyat tidak mengira bangsa, agama dan pandangan politik.

Kerajaan BN Persekutuan me­ngumpul segala pandangan dan feedback tersebut untuk dijadikan tunjang kepada intipati Bajet 2018. Maksudnya, Bajet 2018 adalah bajet hasil suara rakyat.

MMI kata TQ Tun Mahathir sebab mengakui bahawa Bajet 2018 oleh kerajaan Barisan Nasional adalah bajet rakyat haha so bila Tun Mahathir nak masuk UMNO balik ?

Hihi

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels