Selepas Tony Pua dan Pemuda PPBM Selangor, Menteri Besar Selangor turut menyalahkan Datuk Zaid Ibrahim, sekaligus perlu menanggung akibat secara sendirian susulan kritikan dibuat terhadap Sultan Selangor.
“Beliau mesti bertanggungjawab dengan apa yang dikatakannya,” kata Datuk Seri Azmin Ali yang dipetik dari The Star.
Timbalan Presiden, PKR itu berkata demikian selepas menghadiri Istiadat Penganugerahan Darjah dan Bintang Kebesaran sempena Hari Keputeraan Ke-72 Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Shah Alam, hari ini.
Minggu lalu, Ahli DAP itu menerusi Twitternya menyatakan bahawa Sultan Selangor harus berhati-hati dalam mengeluarkan titah dan tidak bermain dengan politik kepartian.
Baginda kemudiannya bertitah supaya Zaid pulang ke Kelantan sekiranya tidak setuju dengan teguran.
Tweet bekas Menteri Undang-Undang itu turut menyaksikan Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos membakar keratan kadbod beliau pada perhimpunan agung UMNO.
Selain itu, Jamal turut menggunakan tukul besi untuk memukul gambar Zaid dan mengancam untuk menukul kepala Zaid kerana mengkritik sultan.
Beliau bagaimanapun direman dan dibebaskan hari ini dengan ikat jamin. - Bnbbc
Steady Zaid terima jalah MELAYU SCREW MELAYU !
MMI
No comments:
Post a Comment