Followers

Monday, 11 December 2017

DAP Mengelupor Bila UMNO Bersidang


Bila UMNO bersidang habis kelupoq puak-puak DAP dan pembangkang seolah-olah jin yang tengah panas dengar ayat al-Quran.Dah nama pun himpunan UMNO, yang puak-puak DAP nak kelam kabut sangat tu kenapa ?

Kalau sebelum ni ampa semua ok dan tak buat onar takkan orang nak kata dekat ampa ?

Jangan dok pusing-pusinglah semua mata di Malaysia ni nampak apa yang DAP dan puak pembangkang buat hina, caci maki, adu domba, finah, menipu dan macam-macam lagi sampai tahap sembang kencang kerja hampeh !

DAP kini ibarat ‘cacing kepanasan’ berikutan pendedahan Datuk Seri Najib Razak yang Ketua Ahli Parlimen DAP mahu menjadi Perdana Menteri.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Puad Zarkashi, berkata Lim Kit Siang mempertikaikan sumber Presiden UMNO itu, malah terus-terusan mengecam Najib berhubung perkara itu di laman Facebook miliknya.

Pada masa sama, katanya, Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng, membuat laporan polis atas kenyataan Najib pada Perhimpunan Agung UMNO, Sabtu lalu bahawa DAP adalah parti anti-Melayu dan Islam.

“Apa yang tersirat sebenarnya, DAP amat resah kerana mereka sukar mendapatkan sokongan orang Melayu sejak PAS meninggalkan Pakatan Harapan.

“Parti Amanah Negara, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), apatah lagi PKR memang tidak boleh diharap,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mohd Puad berkata, DAP juga dulu pernah menafikan laporan bahawa DAP mahu menjadikan orang Kristian sebagai Perdana Menteri.

“Namun, tanpa disangka, muncul bekas ahli DAP, Razali Abdul Rahman, yang membuat laporan polis bahawa dakwaan itu adalah benar.

“Dia sendiri ada dalam pertemuan bersama kumpulan paderi yang juga di hadiri oleh Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Oii. Razali adalah orang Melayu yang menjadi orang kanan Lim Guan Eng. Dia adalah pakar perang saraf DAP yang dihantar berlatih di German.

“Hingga ke hari ini, DAP tidak berani menyaman Razali, bahkan bekas ahli DAP itu mendakwa ditawarkan RM1 juta untuk menarik balik laporan polis itu,” katanya.

Mohd Puad berkata, DAP sepatutnya mengambil tindakan ke atas ahlinya yang sering menghina orang Melayu dan Islam.

“DAP sendiri tidak berani mengambil tindakan terhadap ahlinya yang sering menghina orang Melayu dan Islam. Contohnya, Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming dan terbaharu, Zaid Ibrahim, yang jelas biadap terhadap Sultan Selangor.

“Zaid adalah contoh DAP menggunakan Melayu ‘screw’ Melayu. Patutlah DAP tidak mengambil tindakan terhadap ‘Superman’ Hew Kuan Yau, yang membawa idea Melayu Screw Melayu itu,” katanya.

Hahaha mengelupoq weii punya teruk puak-puak ni !

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels