Gambar Hiasan |
Selain daripada itu pemimpin DAP ini turut mendesak agar agensi-agensi kerajaan seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAS) menghentikan semua tindakan khususnya tangkapan terhadap golongan mak nyah.
Charles Santiago berbuat demikian dalam kenyataannya yang disiarkan melalui akaun 'facebook' beliau sempena hari LGBT yang sering diiktiraf oleh pemimpin pembangkang bertajuk Transgender Day Of Remembrance: End Discriminatory Laws against the Transgender Community.
Pemimpin DAP itu dilihat cuba untuk membangkitkan sentimen kebencian terhadap kerajaan hari ini apabila mengaitkan isu kematian seorang pelajar, penyuntingan filem, diskriminasi terhadap golongan LGBT atas nama hak kemanusiaan dan beberapa lagi perkara yang sebenarnya merupakan isu terpencil yang jarang-jarang berlaku. rujuk di AIDC
Seperkara yang perlu MMI tegaskan disini adalah apa jua yang telah berlaku dan sedang berlaku, isunya membabitkan penentangan terhadap kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi negara yang jelas termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Islam menolak sama sekali apatah lagi memberikan pengiktirafan kepada kewujudan kumpulan sebegini !
Dan ia telah diperjelaskan berkali-kali bahawa Malaysia tidak mengiktiraf amalan Lesbian, Gay, Biseksual dan Trangender (LGBT) walaupun desakan terhadap perkara itu telah dibuat berkali-kali oleh banyak pihak termasuklah oleh anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Jika perjuangan atas nama diskriminasi sekalipun kumpulan ini harus sedar dan akur dengan peraturan sedia ada dan Malaysia tidak pernah melampau dengan keputusan itu sehingga kumpulan-kumpulan ini diburu dan dibunuh hanya kerana mereka mengalami krisis jantina malah bersedia untuk membantu dan memberikan kaunseling melalui kerajaan negeri dan jabatan agama Islam untuk mereka kembali menjadi manusia normal.
Sebaliknya tindakan diambil apabila kumpulan ini menggunakan apa yang mereka gelar sebagai hak itu untuk berpesta, memperdagangkan tubuh badan, menganjurkan perkahwinan sejenis selain berusaha untuk mempengaruhi orang lain.
Atas dasar itu maka MMI percaya siapa jua yang menuntut dan cuba untuk memperjuangkan LGBT secara tidak langsung adalah mereka-mereka yang sepatutnya dikenakan tindakan dan kerajaan seharusnya bertindak dengan tegas.
Selain daripada itu tindakan pemimpin DAP ini sekaligus telah menolak sama sekali dakwaan Tun Mahathir sebelum ini yang mengatakan DAP begitu menghormati Perlembagaan Persekutuan.
Malah kalau kita perhatikan segala tindak-tanduk pembangkang khususnya DAP yang menyokong gerakan menuntut perkara-perkara yang menyentuh tentang kedudukan agama Islam seperti tuntutan kalimah Allah, campur tangan dalam isu fatwa dan penolakan RUU355 adalah bukti jelas betapa DAP dan seluruh parti-parti pembangkang yang bersekongkol dalam Pakatan Haprak adalah musuh Islam.
Dan mungkin kerana agenda LGBT !
Apa lagi yang disembunyikan oleh puak-puak DAP ?
Jika melihat kepada siri kempen politik yang diamalkan oleh DAP pastinya kita sedar bahawa mereka sering bermuka-muka apabila berhadapan dengan masyarakat Melayu.
Menyediakan peruntukan untuk institusi Islam, sanggup bersila dan makan setalam, mengadakan program di masjid, mengaku menghormati Perlembagaan Persekutuan walaupun realitinya mereka menolak Islam malah menolak Malaysia sebagai sebuah negara Islam.
Semua itu dilakukan kerana DAP tahu ada hubung kait antara Melayu dan agama Islam di Malaysia oleh kerana itu mereka cuba untuk meyakinkan rakyat kononnya DAP begitu menghormati kedua-duanya dengan aksi-aksi bertaraf 'hollywood' semata-mata untuk menagih undi.
Dan ramai dikalangan Melayu sendiri khususnya yang menyokong gerakan pembangkang begitu obses kononnya DAP benar-benar komited termasuklah Tun Mahathir.
Pesan MMI berhati-hatilah kerana usaha sebegini tidak akan pernah berhenti dan ianya semakin membahayakan kerana tudingan mereka sudah sampai ke tahap mempersoalkan urusan JAKIM dan Jabatan Agama Islam.
Apakah kita orang-orang Melayu sebagai warga Malaysia yang kedudukannya diperakui dan termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan yang selama ini telah begitu bertoleransi dengan semua bangsa dan agama lain boleh membiarkan perkara sebegini daripada terus berlaku ?
Percayakah kita sekiranya mereka mendapat kuasa penuh, HAK Melayu dan kedudukan agama Islam akan terus dipertahankan seperti mana yang kita pertahankan selama ini ?
Ini bukan soal perkauman atau penting diri tetapi ianya berkisar kepada soal BIADAP dan KURANG AJAR kerana mereka tidak pernah menghormati kita atas dasar perlembagaan sebaliknya bermuka-muka untuk merealisasikan impian sama rata yang diperjuangkan DAP !
MMI
No comments:
Post a Comment