Bila kena batang hidung sendiri puak-puak pembangkang ni tanpa segan akan segera spin dan cepat-cepat cari jalan untuk membuka dimensi baru dengan mengaitkan apa sahaja yang terlintas di kepala otak dan kalau boleh rasanya TUHAN pun akan diarahkan supaya menjadi jurucakap mereka.
Reaksi dan kelaku semacam ini sebenarnya dah lama jadi amalan puak-puak ni dan kita boleh tengok aksi-aksi mereka khususnya di Dewan Rakyat mahupun di pentas-pentas politik, apa sahaja perkara yang dikaitkan dengan kerajaan pusat pasti akan dispin habis-habisan malah menipu pun sanggup !
Dan agensi kerajaan macam SPRM pasti menjadi mangsa tudingan jari mereka, didesaknya agensi-agensi ini supaya membuat siasatan, membuat tangkapan dan menyabitkan pihak-pihak yang tidak sealiran dengan mereka ke muka pengadilan malah ada yang sampai ke tahap buat kenyataan menyokong tindakan agensi-agensi tersebut.
Nah sekarang bila kena adik beradik sendiri IANYA SATU KONSPIRASI !
KONSPIRASI ka ?????
Seperti mana yang disiarkan oleh blog TheFlyingKick - Anak saudara Azmin Ali dan dua orang lagi ahli perniagaan telah ditangkap oleh SPRM di kediamannya di No. 35, Jalan Desa Pandan, Kuala Lumpur pada jam kira-kira 1:00 tengah hari bagi siasatan kes rasuah projek lombong pasir dan pelbagai projek lain di Selangor yang dianugerahkan oleh Menteri Besar Selangor.
Dalam serbuan tersebut, sejumlah lebih RM4 juta wang tunai telah ditemui. Beberapa akaun bank turut dibekukan.
Nuzul Fadli, 34, dikatakan tidak bekerja tetapi kaya-raya menggunakan kedudukannya sebagai anak saudara Menteri Besar Selangor. Gaya dan cara hidup mewahnya, acapkali dipaparkan menerusi Instagram, sama seperti yang dilakukan oleh anak perempuan Mukhriz Mahathir.
Difahamkan, tangkapan itu menyusul setelah pasukan penyiasat SPRM memeriksa beberapa lori yang disyaki membawa pasir haram semalam.
Penguatkuasa tempatan dikatakan dirasuah supaya tidak mengambil tindakan terhadap kegiatan terbabit.
Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Simi Abdul Ghani mengesahkan tangkapan itu.
“Operasi dilancarkan selepas SPRM mendapat maklumat berhubung kegiatan mencuri pasir di kawasan berkenaan sejak beberapa tahun lalu,” katanya.
Sebagai seorang Menteri Besar, Azmin sewajarnya menyerahkan sepenuh kepercayaan kepada pihak SPRM menjalankan siasatan sebelum membuat apa-apa kenyataan dangkal yang boleh dijadikan sebagai alternatif kepada rakyat mengaitkan ada sesuatu yang berlaku di belakang mahupun di bawah meja.
Tapi bila dah sebut KONSPIRASI maka rakyat pasti nak mengetahui lebih lanjut siapa sebenarnya yang berKONSPIRASI ?
SPRM atau Azmin dengan anak saudara ?
Kita tunggu siasatan selesai dululah sabaq na ....
MMI
No comments:
Post a Comment