Bila sembang kencang ni selalunya orang akan tengok kerja buat pula, sama ada kerja buat itu sekencang cakap atau ianya sekadar cakap-cakap penyedap halwa telinga ?
Di Selangor dengan masalah air yang masih berserabut Azmin sebenarnya gagal menunaikan kewajipannya sebab puak-puak ni selalu melalak kononnya mereka lebih berjiwa rakyat dari rakyat sendiri !
Dan mungkin bagi si Azmin turun padang jumpa awek nasi lemak tu adalah satu kewajipan yang mengatasi segala-galanya.Perlu MMI jelaskan bukan niat untuk mengutuk apatah lagi merendah-rendahkan awek penjual nasi lemak tu sebab itu kerja mulia yang dia buat cuma masalahnya sikap Menteri Besar Selangor yang suka sembang kencang ni.
Hebat sangat ka Selangor di bawah Azmin sebagai Menteri Besar ?
Menurut Ahli Parlimen Sungai Besar, YB Budiman Mohd Zohdi, Azmin selaku Menteri Besar Selangor tidak perlu mendabik dada kononnya telah membawa banyak kejayaan jika hanya lapan peratus sahaja projek negeri Selangor bagi tahun 2016 telah berjaya disiapkan.
Menurut Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2016 Siri 2 yang dikeluarkan Jabatan Audit Negara sendiri, peratusan itu adalah yang paling rendah berbanding negeri lain.
Laporan tersebut turut mendedahkan sebanyak 57 peratus projek yang diluluskan kerajaan negeri Selangor bagi tahun 2016 masih belum dimulakan.
Jelas Ahli Parlimen Sungai Besar itu, ia adalah memalukan kerana jelas memperlihat kepincangan ketara pentadbiran negeri di bawah Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
“Peruntukan bagi semua projek tahun 2016 telah diluluskan menerusi Belanjawan Negeri 2016 yang dibuat pada tahun 2015. Kini sudah hampir kepada penghujung tahun 2017.
“Selepas hampir 2 tahun peruntukan diluluskan, laporan ini adalah jelas sesuatu yang begitu memalukan dan Menteri Besar, Azmin Ali perlu menjelaskan perkara ini kepada rakyat negeri Selangor,” katanya dalam satu kenyataan.
Tambah Budiman, Laporan Ketua Audit Negara sebelum ini seringkali dijadikan bahan kempen pembangkang untuk menyerang Kerajaan Persekutuan terutamanya yang melibatkan projek yang gagal atau lambat disiapkan.
Namun begitu, rakyat sering terlepas pandang tentang kepincangan yang dilaporkan dalam laporan tersebut terutamanya bagi negeri yang bukan di bawah BN.
Bagaimanapun dengan laporan yang sama, rakyat perlu menilai kepincangan sebenar dalam pentadbiran negeri Selangor dimana ia sepatutnya perlu dipersoal kerana hanya lapan peratus sahaja projek yang disiapkan dengan peruntukan yang diluluskan pada 2015.
MMI kata tak hebat mana pun, gagal juga mamat ni sama macam kawan baik dia di Pulau Pinang dan kedua-duanya punya sifat yang sama suka sembang kencang !
Mungkin sebab tu jugalah ada yang kata Azmin nak pi rasmi Rawang Bypass hahahahahaha
MMI
No comments:
Post a Comment