PAU2017 akan menjadi medan terbaik oleh UMNO negeri Pulau Pinang untuk menelanjangkan kerakusan dan kelemahan kerajaan DAP di Pulau Pinang selama berkuasa sejak 2008 yang lalu.
Merujuk kepada laporan yang disiarkan oleh utusan online, UMNO negeri bertekad mahu mendedahkan kepincangan pentadbiran Kerajaan DAP Pulau Pinang pada Perhimpunan Agung UMNO kali ini bagi membuka mata semua pihak terhadap kesengsaraan rakyat setelah hampir 10 tahun diperintah pembangkang.
Ketua UMNO Permatang Pauh, Datuk Mohd. Zaidi Mohd. Said berkata, beliau yang akan menyampaikan ucapan dasar Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu sehabis-habisnya membuka ‘tembelang’ Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang disifatkan gagal mentadbir urus negeri ini.
Katanya, banyak perkara yang perlu diketahui perwakilan UMNO mengenai sikap diskriminasi dan tindak-tanduk diktator dalam kepemimpinan Kerajaan DAP Pulau Pinang yang perlu dinilai rakyat.
“Kerajaan negeri selalu berbangga kononnya pentadbiran mereka cekap tetapi Laporan Ketua Audit Negara baru-baru ini menunjukkan sebaliknya terutama dalam aspek projek pembangunan tidak terkawal di lereng bukit.
“Masalah bertambah meruncing apabila kelemahan pentadbiran mereka bukan sahaja melibatkan rakyat tetapi turut memberi kesan kepada pemimpin negeri ini seperti yang berlaku kepada beberapa wakil rakyat PKR,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau ditemui selepas mengagihkan bantuan tilam dan bantal sumbangan Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) kepada sekurang-kurangnya 2,000 keluarga dari kira-kira 10 kampung Parlimen berkenaan.
Menurut Mohd. Zaidi, beliau juga berharap dapat berkongsi tanggungjawab memperkasakan jati diri ahli akar umbi UMNO dan rakyat dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 sepanjang perhimpunan kali ini.
“Ini bagi menentukan sama ada UMNO dan Barisan Nasional (BN) terus mentadbir urus negara ini dalam jangka masa 50 tahun akan datang sekali gus menghalang pihak tidak bertanggungjawab menafikan hak Kerajaan Persekutuan terhadap rakyat.
“Kita kena sedarkan rakyat UMNO dan BN adalah satu-satunya parti yang membangunkan negara secara luar biasa hingga mampu mendahului Filipina yang sebelum ini pernah menjadi negara kedua terkaya di dunia,” jelasnya.
MMI kata walaupun akan ada pihak-pihak diluar sana yang ambil mudah dan bakal memberikan pelbagai alasan hakikatnya keputusan UMNO negeri Pulau Pinang itu wajar dan kena pada masanya.
Sebagai parti yang mengaku hebat dan langsung tidak pernah membuat sebarang kesilapan hasil daripada sikap"arrogant" pimpinan DAP, maka UMNO khususnya UMNO Pulau Pinang perlu mendedahkan segala kepincangan dan kelemahan ini agar seluruh rakyat Malaysia sedar dan tahu bahawa parti yang berselindung disebalik kerajaan negeri itu bukanlah seperti mana watak yang dimainkan selama ini.
Dah banyak pendedahan dibuat berkenaan kelemahan dan sikap keras kepala puak-puak DAP dan kuncu-kuncunya itu namun pendedahan di pentas PAU adalah satu yang berbeza kerana disini seluruh pimpinan UMNO dari semua peringkat berhimpun.
Malah jutaan rakyat bakal mengikuti persidangan yang akan membuka tirainya malam ini.
Dan mungkin juga sebab tu puak-puak pembangkang ni kelam kabut sampai sabotaj "banner" yang digantung di PWTC !
Sakit hati sungguh !!!
Apa pun sudah tentu maklumat yang bakal diungkapkan oleh jurucakap UMNO negeri Pulau Pinang nanti punya keistimewaan tersendiri yang dinanti-nantikan semua pihak.
Sama-sama kitat tunggu.
MMI
Bagus sangat kalau boleh telanjangkan kerajaan negeri jika itu atas pembekaan rakyat dan bukannya atas cemburu apa yang dicapai oleh lim guan eng atau geram kerana tak dapat lagi memguasai kepentingan untuk tembolok sendiri.
ReplyDeleteMasa PP di bawah kuasa BN, melayu dan Islam hebat sangat ke dipelihara?
Selepas bogelkan DAP, jamin boleh tawan semula ke PP atau sekadar angan² kosong...
Kena muhasabah, kenapa dulu kalah???