Dalam artikel yang lepas MMI dah sebut bagaimana kerajaan DAP Pulau Pinang kini telah berubah menjadi sebuah rejim yang menjadikan kedudukan serta kuasa politik untuk melakukan perkara-perkara yang jelas menidakkan suara-suara komentar berupa teguran di akar umbi.
Kalau kebebasan bersuara itu menjadi amalan DAP dan kuncu-kuncunya sudah pastilah tidak akan berlaku keputusan berasaskan amalan rejim yang menghukum individu-individu tertentu seperti mana yang berlaku terhadap Adun Penanti, Kebun Bungah dan Tanjung Bungah di Pulau Pinang dari Pakatan Haprak sendiri.
Tidak cukup dengan itu sudah ada dikalangan ahli DAP sendiri yang angkat kaki kerana teguran dan suara mereka tidak dilayan dan ini menjadi bukti bahawa rejim yang kini berkuasa di Pulau Pinang sudah terlalu obses dengan kuasa yang mereka miliki sehingga membelakangkan apa jua pandangan walaupun hakikatnya pandangan-pandangan itu melibatkan kepentingan rakyat.
Antara musibah akibat daripada kerakusan rejim ini akhirnya kita melihat insiden tanah runtuh di Tanjung Bungah berlaku dan mengakibatkan kematian.
Begitulah juga halnya dengan isu terowong dasar laut, sejak ianya diwar-warkan projek tersebut masih lagi berdepan dengan pelbagai masalah dan rejim DAP Pulau Pinang pula terus angkuh dan sombong.
Lim Guan Eng selaku ketua menteri baru-baru ini membuat kenyataan akan meneruskan projek tersebut walaupun ianya kini sudah menjadi kes SPRM.
Bagi MMI apa jua keputusan sekalipun buatlah asalkan ianya tidak menjadi masalah dan kalaulah ianya merujuk kepada soal perundangan yang tidak menghalang projek terowong itu diteruskan, sekurang-kurangnya rejim DAP di Pulau Pinang perlu melihat kepada soal keselamatan dan kepentingan rakyat khususnya para nelayan pantai serta penambakan laut yang hampir pasti terbinanya rumah-rumah bukan mampu milik.
Mengambil kira itu sahaja pun kita rasa wajar kerja-kerja bagi projek terowong ini ditangguhkan dan selesaikan segala kemelut yang kini semakin merimaskan warga Pulau Mutiara.
Ke mana RM235.7 juta wang rakyat ?
Lebih menyesakkan lagi adalah kesan daripada kelemahan dan unsur-unsur rakus lagi sombong rejim DAP di Pulau Pinang terhadap projek terowong ini akhirnya kita didedahkan dengan maklumat bahawa sebanyak RM235.7 juta wang rakyat Pulau Pinang kemungkinan sudah HILANG !
Perkara ini didedahkan oleh parti Gerakan Pulau Pinang yang mempertikaikan perbezaan jumlah kos sebanyak RM236 juta. Kos itu dikatakan adalah unutk menjalankan kajian kebolehlaksanaan projek terowong dasar laut dan tiga lebuh raya yang dirancang oleh rejim DAP Pulau Pinang.
Ada perbezaan yang besar antara kos yang dinyatakan oleh kerajaan negeri dengan yang dinyatakan oleh syarikat China Railway Construction Corporation International (CRCC).
Semasa majlis menandatangani perjanjian, CRCC dalam laman webnya bertarikh 12 Oktober 2013 mengumumkan telah memeterai kontrak dengan Konsortium Zenith BUCG untuk membuat reka bentuk tiga lebuh raya dan terowong dasar laut dengan nilai kontrak AS$22 juta.
Masa itu, kadar tukaran wang asing ialah RM3.15 bagi AS1 Dolar Amerika menjadikan kontrak berkenaan harus bernilai RM69.3 juta. Ada perkara mencurigakan apabila laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang (PAC) Negeri dalam sidang DUN Pulau Pinang pada 19 Oktober tahun lepas dan jawapan Kerajaan DAP pada 19 Mei tahun lepas menyatakan kos kajian adalah sebanyaK RM305 juta.
CRCC sebut kosnya adalah RM69.3 juta, tetapi kenapa kerajaan DAP Pulau Pinang nyatakan kos itu adalah RM305 juta. Sudah beza RM235.7 juta. Mana pergi baki yang RM235.7 ini? Hilang ke mana?
Lebih menghairankan MMI adalah sikap para penyokong dan pemimpin Pakatan Haprak !
Sehingga pada artikel ini ditulis, tidak ada seorang pun dari kalangan mereka yang tampil mempersoalkan pengurusan sebegini malah mereka-mereka seperti Rafizi Ramli, Tony Pua, Syed Saddiq, Tun Mahathir sendiri pun membisu.
Sedangkan apa yang dipertontonkan kepada rakyat selama ini seolah-olah mereka adalah sekumpulan pemimpin yang pantang melihat soal ketirisan dan akan bertindak untuk menyelematkan hak rakyat.
Soalnya kenapa mereka berdiam dalam hal membabitkan projek terowong DAP ini ?
Untuk rekod projek terowong ini telah dirancang sejak 2013 yang lalu dan sehingga kini ianya masih HALIMUNAN, kalau kita mengambil kira soal pentadbiran kerajaan negeri yang berasaskan kepada slogan CAT rasanya tempoh masa yang begitu panjang hanya untuk kerja-kerja merancang adalah sesuatu yang amat tidak masuk akal.
Apakah wujud ketirisan di mana-mana atau ada unsur-unsur bawah meja dan kawtim yang berbalik kepada pihak yang mencadang ?
Sebab itulah MMI kata pemimpin dan penyokong pembangkang jangan HIPOKRIT, isu terowong juga adalah isu rakyat maka tampillah, buktikan apa yang kamu semua canang selama ini Selamatkan Pulau Pinang !
Susah ka ?
MMI
No comments:
Post a Comment