Followers

Sunday, 28 January 2018

Wajarkah Kita Memilih Mereka Yang Menolak Prinsip Kerana Kepentingan Politik ?


Pilihan Raya Umum ke-14 hanya menanti masa untuk diadakan dan rata-rata rakyat Malaysia kini ternanti-nanti bilakah tarikh yang akan diumumkan oleh YAB Perdana Menteri.

Sementara menanti tempoh waktu tersebut ita sudah pun melihat pelbagai corak politik dihidangkan kepada umum dengan pelbagai langkah-langkah yang difikirkan sesuai oleh setiap parti politik yang bakal bertanding.

Sudah tentulah BN dengan seluruh jenteranya sejak awal lagi melakukan persiapan rapi dan kerajaan di bawah pimpinan YAB Datuk Seri Najib tampil dengan wadah yang amat meyakinkan dengan dasar-dasar yang menjadikan kepentingan rakyat sebagai fokus utama.

Sebagai kerajaan, BN tidak pernah beretorik dalam langkahnya malah persiapan menghadapi PRU14 berjalan dalam keadaan yang cukup panas apabila isu-isu seperti 1MDB dan GST mengambil tempat.Tanpa menafikan isu membabitkan badan-badan kerajaan seperti Mara, Felda, Tabung Haji juga menjadi sasaran, kerajaan sebaliknya terus komited menunaikan tanggungjawabnya.

Mengambil kira rakyat sebagai fokus utama maka kerajaan BN bukan sahaja melaksanakan dasar-dasar mesra rakyat seperti BR1M dan yang seangkatan dengannya tetapi turut mengambil langkah berani dengan pengenalan dasar yang tidak mesra rakyat seperti GST.

Kalau kita mengambil kira soal kemenangan pada PRU14 sudah tentulah kerajaan hanya perlu menyajikan perkara-perkara yang memenuhi impian dan hasrat rakyat tanpa mengambil kira kesannya selepas itu.

Subsidi rasanya boleh sahaja dikembalikan dan rakyat Malaysia hampir pasti dapat menikmati harga minyak yang lebih rendah dan mengembalikan SST selepas GST.

Jika 2 perkara ini dilakukan oleh kerajaan BN, MMI yakin pembangkang mungkin ketandusan isu untuk terus memburukkan kerajaan.

Tetapi kita beruntung kerana kerajaan sedia ada bukanlah sebuah kerajaan yang hanya memikirkan keuntungan jangka pendek kerana keputusan-keputusan yang dibuat pada hari ini dan sebelumnya adalah berdasarkan kepada kemampuan dan keupayaan kerajaan untuk memastikan Malaysia terus mampu bersaing seterusnya mengembalikan keupayaan ekonomi yang keuntungannya boleh dikembalikan kepada rakyat melalui kaedah bersasar.

KOMITED dan berterusan, inilah ramuan yang MMI labelkan sebagai BERANI MATI dan akhirnya negara diiktiraf oleh banyak pihak yang punya asas kompeten didunia.

Kompeten bermakna diperakui sebagai pihak yang benar-benar layak untuk berbicara soal ekonomi dan kesan terhadap langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan bukannya pihak yang hanya berdasarkan kepada pengalaman politik dan pemain-pemain politik seperti yang terdapat dalam Pakatan Haprak.

Kerana itu dalam tempoh waktu berbaki ini (PRU14) kita harus melihat dalam kontek yang lebih besar dan segera mengadili diri kita sendiri siapakah yang wajar menjadi pilihan kita nanti.

Merujuk kepada pembangkang rasanya ramai yang kini sedar bahawa keputusan untuk bersama dalam Pakatan Haprak itu hadir bukan kerana prinsipnya tetapi berlaku kerana masing-masing sedang berusaha untuk menjatuhkan kerajaan BN semata-mata.

DAP jelas sebagai parti yang berpegang kepada soal KESAMARATAAN itu kini sedang berdepan dengan pelbagai skandal dan konflik akibat daripada penyelewengan prinsip kesamarataan itu sendiri.

Mereka tidak bercakap benar sebaliknya bermuka-muka atas pentas politik dan menjadikan kedudukan serta kuasa yang ada pada kerajaan negeri Pulau Pinang untuk segera menghadirkan arca mengikut acuan mereka sendiri.

Lihatlah apa yang berlaku di Pulau Pinang, kerana arca itulah akhirnya Lim Guan Eng kini berdepan bukan sahaja tuduhan di mahkamah tetapi juga skandal membabitkan perancangan terowong sehingga dilaporkan ketua menterinya hilang sabar dalam satu sidang media baru-baru ini.

Pembangunan di Pulau Pinang jika tidak dihalang bakal merubah wajah seluruh bahagian pulau menjadi sebuah kota pembangunan yang memiliki 'standard' MEWAH dan bakal menyebabkan ramai dari kalangan warganya tersisih.

Pembangunan sebegitu walaupun mempunyai ciri-ciri untuk berjaya perlulah merujuk kepada kemampuan rakyatnya dan bukan dengan keinginan rakus untuk mencipta sesautu yang akhirnya mendatangkan kerugian kepada rakyat kerana untuk mencapai status itu WANG RAKYAT akan tergadai.

Lebih malang dibimbangi ianya bakal mengundang kemasukan pemagang hak yang bukan dari kalangan penduduk mahupun rakyat Malaysia.

Bayangkan akibatnya ?

Begitu juga dengan PPBM parti pimpinan Tun Mahathir bukannya Muhyiddin Yassin, kehadiran mereka berasaskan kepada dendam politik yang begitu kuat terhadap parti Umno dan BN.

Lebih mudah MMI sebut sebagai dendam terhadap YAB Datuk Seri Najib yang kini sedang merubah lanskap politik dan kerajaan kepada dasar pengukuhan negara dan rakyat.

Tidak lagi menggunakan elemen kroni mahupun 'bail out' yang menguntungkan sesetengah individu.

Kerana dasar itulah akhirnya PPBM wujud dan mereka menentang dengan menggadaikan maruah kendiri apabila melutut dan mula berpeluk dengan musuh politik mereka sendiri iaitu DAP.

Apakah kita yakin kumpulan yang sedang berdepan pemberontakan dalaman ini mampu menghadirkan cahaya yang lebih terang kepada negara dan rakyat ?

PAN pula adalah parti suruhan dan mereka hampir langsung tidak punya kredibiliti kerana sentiasa menjadi budak suruhan yang perlu bertaut untuk meneruskan hidup.

Malah parti itu kini dipergunakan oleh DAP dan PPBM untuk menyerang PAS yang tidak lagi bersama dalam kem pembangkang.

Persoalannya apakah PAN berani untuk tampil sebagai parti tunggal seperti mana PAS dan menawarkan 'full set package' untuk menjadi kerajaan ?

Jawapan TIDAK, walaupun Mat Sabu mengakui bahawa kesepakatan parti-parti itu penting untuk membentuk kerajaan selain BN, PAN hampir pasti tidak punya keupayaan untuk bergerak solo kerana mereka tidak punya acuan tersendiri.

Hanya menjadi kuda tunggangan dengan harapan dapat merasa cebisan makanan yang dimakan oleh kalangan pembesar-pembesar dari Pakatan Haprak.

Yang lebih malang sekali adalah PKR, bukan sahaja gagal mempertahankan maruah parti, keputusan menerima kemasukan Tun Mahathir dan mengangkat beliau sebagai Perdana Menteri sekiranya Pakatan Haprak menang pada PRU14 telah menolak sama sekali gerakan reformasi.

Berdasarkan kepada perkara itu bolehlah MMI katakan pucuk pimpinan PKR telah menolak dan menafikan gerakan reformasi yang dulunya bangkit berjuang untuk Anwar Ibrahim.

Lebih dasyat lagi mereka yang paling dekat dengan Anwar pun bersekongkol menerima Tun Mahathir sekaligus menolak prinsip perjuangan yang dibawa sejak tertubuhnya PKR.

MMI tertarik dengan tulisan penganalisis politik dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Kamarul Zaman Yusoff yang mempersoalkan apakah nasib yang akan menimpa masa depan politik PKR berdasarkan sikap yang ditonjolkan pemimpin parti berkenaan.

“Semalam, 19 Januari 2018, Nurul Izzah yang sama yang dipetik oleh portal berita Sinar Harian Online sebagai berkata “Pemilihan Tun M Sebagai Perdana Menteri Tepat”.

“Betullah juga kata orang bahawa kata-kata itu murah (“talk is cheap“) dan bila kata-kata yang murah ini dilontarkan oleh seorang pemimpin politik PKR yang dilaung-laungkan sebagai kononnya berintegriti dan berprinsip, bagaimanakah agaknya masa depan PKR,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook baru-baru ini.

Mahathir seorang bekas pemimpin negara yang diketahui umum memiliki dana yang besar berjaya mengangkat dirinya sebagai Pengerusi Pakatan Harapan hanya selepas beberapa bulan menyertai gabungan parti pembangkang tersebut.

Beliau seterusnya berjaya melobi pimpinan tertinggi Pakatan Harapan supaya dicalonkan sebagai Perdana Menteri jika pembangkang menang PRU Ke-14 walaupun mendapat tentangan sebahagian besar penyokong pembangkang.

Pencalonan beliau sebagai calon Perdana Menteri Pakatan Harapan sekali gus mengenepikan dan menidakkan ramai pemimpin lain yang telah bertahun-tahun bersama pembangkang. 

Sedangkan orang yang sama pada 15 April 2016, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar dilaporkan oleh sebuah portal berita propembangkang sebagai berkata “Mahathir Diktator – Tak Boleh Tentukan Masa Depan Negara”.

So bayangkan dengan segala macam keputusan yang dilihat sebagai amat terdesak itu apakah kita yakin bahawa mereka-mereka yang terlibat dalam Pakatan Haprak benar-benar mampu untuk mentadbir negara seterusnya membela rakyat ?

Jika dulu cakap lain kini cakap lain sampaikan soal perjuangan untuk membela bapa sendiri pun boleh dikesampingkan, adakah mereka dikemudian hari dan jika mempunyai kuasa politik terhadap negara boleh kekal sebagai pentadbir yang konsisten ?

Fikirlah soal kewajaran kerana prinsip adalah penentu kepada usaha mereka selepas ini !

JANGAN sampai kita hilang HAL yang selama ini tersimpan kemas dalam Perlembagaan Persekutuan.

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels