– Tahun 1998: Tanah itu diberi oleh kerajaan BN Selangor dahulu secara percuma kepada peneroka
– Tahun 2000: Peneroka beri tanah itu kepada pemaju syarikat swasta yang ada kaitan dengan penyokong tegar Mahathir, Khairuddin Abu Hassan dengan janiji pampasan tunai RM180k dan sebuah rumah.
– Tahun 2000 hingga 2008: Projek tidak berjalan lancar sehingga 2008.
– Tahun 2008 hingga 2018: Di bawah kuasa kerajaan Pakatan.
– Tahun 2009: Kerajaan Khalid Ibrahim rampas tanah tersebut.
– Tahun 2013 Syarikat swasta saman kerajaan Selangor di Mahkamah Tinggi untuk dapat balik tanah tetapi kalah.
– Tahun 2014: Syarikat swasta saman kerajaan Selangor di Mahkamah Rayuan untuk dapat balik tanah tetapi kalah lagi.
– Tahun 2014: Tan Sri Khalid Ibrahim dijatuhkan dan Azmin Ali menjadi Menteri Besar baru.
– Tahun 2015: Walaupun sudah kalah dua kali dimahkamah dan tanah tidak lagi di atas nama mereka, syarikat swasta itu telah menjual tanah tersebut kepada syarikat awam sebanyak RM1.18 bilion.
– Tahun 2016: Sebelum perbicaraan bermula di Mahkamah Persekutuan, kerajaan Azmin Ali mengaku kalah dan serahkan tanah-tanah itu kepada syarikat swasta dengan syarat hanya boleh dijual kepada syarikat awam di atas.
– Tahun 2018: Pampasan tunai RM180k dan sebuah rumah diberikan kepada peneroka.
Jumlah pampasan yang diberi kepada peneroka-peneroka ialah RM421 juta tetapi syarikat swasta itu mendapat hasil jualan tanah peneroka sebanyak RM1.18 bilion.
– Tahun 2018: BN Strategic Comms (BNSC) menimbulkan isu ini dan bertanya mengapa Azmin Ali cepat mengaku kalah walaupun sudah pernah menang dua kali.
BNSC juga bertanya kemana perginya baki sebanyak RM758 juta?
Tanah yang dijual kesemuanya tanah peneroka tetapi syarikat swasta dapat RM1.18 bilion dan peneroka2 dapat RM421 juta. Adil atau tidak?
Jelas dilihat kerajaan PKR Selangor kini menjaga kepentingan syarikat swasta tersebut daripada menjaga kepentingan peneroka.
– Tahun 2018: Bekas Menteri Besar, Khalid Ibrahim berkata pada masa itu ada banyak broker-broker dan ajen-ajen yang mahu beliau menyelesaikan masalah tanah ini untuk kepentingan syarikat swasta yang terbabit tetapi beliau menolak kerana penyelesaian tidak menjaga hak peneroka.
Khalid juga membidas Azmin berbuat demikian kerana merugikan kerajaan Selangor dan mahu semua pihak yang terlibat disiasat.
Persoalan juga ialah tanah tersebut dijual dengan harga RM12 satu kaki persegi walaupun kawasan itu kini cepat membangun semenjak lebuhraya LATAR dibuka.
Adakah harga ini terlalu rendah kerana ada juga tanah yang sama kini dijual pada harga RM40 hingga RM65 satu persegi?
Jika tanah itu dijual secara tender terbuka, berapa harganya? - LSS
Tak ada beza antara Selangor dengan Pulau Pinang sebab kedua-duanya suka jual tanah dan lebih sama teruknya mereka langsung tak pernah fikir tentang rakyat di akar umbi sebab yang penting masyuk.
Sebelum tu baca juga sidang media oleh BNSC mengenai isu tanah Ijok, Selangor pada 14 Februari 2018 lalu.
1. Apabila Pakatan Rakyat mengambil alih kepimpinan negeri Selangor pada tahun 2008, Menteri Besar negeri Selangor pada waktu itu, Tan Sri Khalid Ibrahim, telah mengambil alih semula tanah kerajaan negeri yang dimiliki oleh syarikat Mujur Zaman Sdn Bhd dan LBCN Development Sdn Bhd kerana pelanggaran syarat dan terma perjanjian.
2. Sebelum ini kerajaan negeri Selangor di bawah kepimpinan Barisan Nasional telah memberikan tanah tersebut kepada hampir seribu peneroka di Ijok, Selangor.
3. Pada tahun 1998, peneroka bersetuju untuk membenarkan beberapa syarikat termasuk Mujur Zaman Sdn Bhd dan LBCN Development Sdn Bhd untuk membangunkan tanah tersebut termasuk perumahan untuk peneroka. Syarikat-syarikat berkenaan juga bersetuju untuk memberi wang pampasan kepada peneroka.
4. Malangnya, setelah 10 tahun berlalu projek perumahan dan wang pampasan seperti yang dijanjikan tidak dapat di tunaikan oleh syarikat-syarikat berkenaan.
5. Semasa YB Tan Sri Khalid Ibrahim menjadi Menteri Besar Selangor, beliau telah merampas semula tanah-tanah tersebut untuk diambil alih oleh kerajaan Selangor.
6. Tanah tersebut diambil alih kerana syarikat-syarikat tersebut telah melanggar syarat-syarat di bawah Kanun Tanah Negara seperti:
• syarikat tersebut tidak membayar premium tanah
• syarikat tersebut tidak menukar syarat tanah pertanian kepada tanah perumahan
• syarikat tersebut tidak membayar premium tukar syarat tanah
7. Selain daripada tidak mematuhi syarat di bawah Kanun Tanah Negara, syarikat-syarikat tersebut juga mencagarkan tanah tersebut kepada institusi kewangan untuk mendapat pinjaman tetapi projek tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya.
8. Mujur Zaman Sdn Bhd dan LBCN Development Sdn Bhd kemudiannya menyaman kerajaan negeri Selangor dan Menteri Besar Selangor di mahkamah tinggi untuk mendapat balik tanah-tanah tersebut.
9. Keputusan mahkamah tinggi pada 22hb Oktober 2013 memihak kepada kerajaan Selangor dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.
10. Selepas itu, Mujur Zaman Sdn Bhd dan LBCN Development Sdn Bhd merayu ke mahkamah rayuan. Keputusan mahkamah rayuan pada 17 Februari 2014 juga memihak kepada kerajaan Selangor dan Menteri Besar Selangor.
11. Mujur Zaman Sdn Bhd dan LBCN Development Sdn Bhd kemudian merayu kekalahan mereka di dalam mahkamah rayuan ke mahkamah persekutuan.
12. Pada tahun 2014, satu perancangan kontroversi untuk menjatuhkan Tan Sri Khalid sebagai Menteri Besar Selangor telah dilaksanakan dalam strategi yang dipanggil “Langkah Kajang”. Menteri Besar yang menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim ialah Dato’ Seri Azmin Ali.
13. Semasa Dato’ Seri Azmin Ali menjadi Menteri Besar dan sebelum mahkamah persekutuan mendengar rayuan kes ini, Mujur Zaman Sdn Bhd dan LBCN Development Sdn Bhd dan beberapa syarikat berkaitan pada 22 September 2015 telah membuat perjanjian dengan sebuah syarikat awam untuk menjual 2,198.4 ekar dengan harga RM1,181,335,536.65 dengan syarat syarikat-syarikat tersebut mendapat kelulusan kerajaan negeri Selangor.
14. Selang beberapa bulan selepas itu, Dato’ Seri Azmin Ali pada 17 Mei 2016 telah memfailkan satu perjanjian penyelesaian kepada mahkamah persekutuan bahawa kerajaan Selangor dan Mujur Zaman Sdn Bhd dan LBCN Development Sdn Bhd telah bersetuju untuk membatalkan kes ini.
15. Dato’ Seri Azmin Ali seterusnya membuat keputusan untuk menyerahkan semula tanah-tanah tersebut kepada Mujur Zaman Sdn Bhd dan LBCN Development Sdn Bhd.
16. Satu syarat penting dan wajib dalam perjanjian penyelesaian tersebut ialah penjualan tanah mesti dibuat kepada syarikat awam tersebut.
17. Dato’ Seri Azmin Ali membuat keputusan drastik ini sebelum kes rayuan ini sempat didengar oleh mahkamah persekutuan.
18. Semasa Tan Sri Khalid Ibrahim membuat keputusan mengambil semula tanah berkenaan, Datuk Seri Khairudin Abu Hassan merupakan salah seorang pengarah eksekutif syarikat Mujur Zaman Sdn Bhd dan LBCN Development Sdn Bhd.
Berdasarkan fakta di atas, BNSC ingin mengemukakan beberapa persoalan yang perlu dijawab secara telus dan segera oleh Dato’ Seri Azmin Ali.
1. Apa justifikasi Dato’ Seri Azmin Ali untuk menyerahkan tanah bernilai RM1.18 bilion kepada Mujur Zaman Sdn Bhd dan LBCN Development Sdn Bhd walaupun keputusan mahkamah tinggi dan mahkamah rayuan memihak kepada keputusan Tan Sri Khalid Ibrahim dan kerajaan negeri selangor untuk mengambil alih semula tanah tersebut?
2. Kenapa Dato’ Seri Azmin Ali tidak menunggu kes ini dibicarakan di mahkamah persekutuan memandangkan Kerajaan Negeri Selangor telah menang di mahkamah tinggi dan mahkamah rayuan sebelum itu? Kenapa Dato’ Seri Azmin Ali tergesa-gesa membuat keputusan yang nyata merugikan kerajaan dan rakyat Selangor?
3. Kalau niat Dato’ Seri Azmin Ali ingin menyelesaikan tuntutan dan isu pampasan kepada peneroka, mengapa beliau tidak menjual tanah tersebut secara langsung kepada syarikat awam dan menggunakan hasil jualan RM1.18 bilion untuk membayar pampasan tersebut?
4. Beberapa hari ini yang lepas, Dato’ Seri Azmin Ali akhirnya telah mengumumkan pembayaran pampasan kepada kesemua 980 peneroka berbentuk pampasan tunai RM180,000 seorang dan sebuah rumah bernilai RM250,000 seorang. Jumlah besar pampasan yang diumumkan oleh Dato’ Seri Azmin Ali bernilai RM421.4 juta. Di mana baki RM758.6 juta?
5. Walaupun pada masa ini Datuk Seri Khairudin Abu Hasan (yang telah diisytihar muflis pada tahun 2014) bukan lagi pengarah kedua-dua syarikat tersebut, apakah peranan beliau dalam mempengaruhi keputusan Dato’ Seri Azmin Ali?
6. Saya ingin mengingatkan Dato’ Seri Azmin Ali bahawa isu ini telah dibangkitkan beberapa kali oleh pihak NGO dan rakyat negeri Selangor yang prihatin termasuk soalan yang ditanya di Dewan Undangan Negeri Selangor oleh beberapa wakil rakyat. Namun, Dato’ Seri Azmin Ali tidak menjawab persoalan ini secara jelas. Berikutan itu, beberapa laporan telah dibuat kepada SPRM oleh mereka yang tidak berpuas hati. Saya percaya pihak SPRM sedang menjalankan siasatan yang rapi untuk memastikan jika ada penyalahan kuasa atau pun rasuah telah berlaku.
Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan,
Pengarah,
Komunikasi Strategik BN
(BN Strategic Communications)
Sekali lagi MMI kata ada persamaan antara Selangor dengan Pulau Pinang, kedua-duanya tak suka dengar pandangan dan suara pihak NGO dan rakyat di negeri sendiri !
Sebab apa ?
Sebab KUASA dan kepentingan ... Bila dah ada kuasa dan rasa jadi orang hebat maka rakyat dan NGO yang biasa-biasa ni tak setaraf kot ?
So tunggu lagi ???
MMI
Rahman Dahlan pun gagal jawap projek juta2 NegaraKu tanpa tender.... :P
ReplyDelete
ReplyDeleteSaya selalu berpikir bahwa semua perusahaan pinjaman online curang sampai saya bertemu dengan perusahaan peminjam yang meminjamkan uang tanpa membayar terlebih dahulu.
Jika Anda mencari pinjaman, perusahaan ini adalah semua yang Anda butuhkan. setiap perusahaan yang meminta Anda untuk biaya pendaftaran lari dari mereka.
saya menggunakan waktu ini untuk memperingatkan semua rekan saya INDONESIANS. yang telah terjadi di sekitar mencari pinjaman, Anda hanya harus berhati-hati. satu-satunya tempat dan perusahaan yang dapat menawarkan pinjaman Anda adalah SUZAN INVESTMENT COMPANY. Saya mendapat pinjaman saya dari mereka. Mereka adalah satu-satunya pemberi pinjaman yang sah di internet. Lainnya semua pembohong, saya menghabiskan hampir Rp15 juta di tangan pemberi pinjaman palsu.
Pembayaran yang fleksibel,
Suku bunga rendah,
Layanan berkualitas,
Komisi Tinggi jika Anda memperkenalkan pelanggan
Hubungi perusahaan: (Suzaninvestment@gmail.com)
Email pribadi saya: (Ammisha1213@gmail.com)