Baru-baru ini dalam Dewan Rakyat, Ketua Pembangkang Wan Azizah bangkit mempersoalkan tentang isu membabitkan kehadiran wakil delegasi UN dari Israel ke Malaysia yang telah mencetuskan perdebatan hangat para masyarakat dan netizen.
Pembangkang nampaknya mengambil isu terbabit untuk terus menyerang kerajaan Barisan Nasional, macam-macam dipertikaikan dan MMI yakin ada diantara masyarakat Malaysia sendiri juga yang keliru dengan adu domba yang dilakukan.
Apa pun MMI bersyukur kerana Wan Azizah membangkitkan persoalan tersebut di Dewan Rakyat walaupun pada dasarnya persoalan itu sebenarnya membawa maksud tersirat.
Wan Azizah dalam soalannya bertanya sama ada Malaysia ada memohon mengecualikan kehadiran delegasi Israel pada WUF9.
Dalam masa yang sama, Wan Azizah turut bertanya mengenai pendirian kerajaan berhubung penentangan terhadap penempatan haram Israel di Palestin yang turut dikecam PBB pada 2016, susulan kemasukan delegasi Israel itu.
Mengambil kira daripada soalan yang dibangkitkan itu MMI membayangkan seolah-olah Wan Azizah ini benar-benar komited dengan dasar kerajaan yang menolak sebarang hubungan dengan negara Israel.
Kerana itulah soalan sedemikian diajukan.
Sebelum MMI ulas lebih lanjut, perlu kita tahu bahawa soalan tersebut telah dijawab oleh Timbalan Menteri Luar, YB Datuk Seri Reezal Merican Nainan Merican bahawa Kerajaan Malaysia tidak memberikan sebarang layanan istimewa kepada delegasi Israel yang masuk ke negara ini bagi menghadiri Forum Bandar Sedunia Kesembilan (WUF9), bulan lalu.
Tengok video di bawah ;
Berdasarkan kepada soalan dan jawapan yang telah diselesaikan di Dewan Rakyat itu maka MMI rasa isu ini seharusnya di tutup dan pembangkang pun tidak seharusnya mengutarakan isu ini lagi termasuklah Wan Azizah sendiri.
Soalnya apakah puak-puak ini boleh berpegang kepada penjelasan tersebut ?
Kalau kita melihat kepada tindak tanduk pembangkang rasanya isu yang sama pasti akan dibangitkan di pentas-pentas politik selepas ini !
Sebab itulah pada awalnya MMI menyebut apa yang dilakukan oleh Wan Azizah di Dewan Rakyat seolah-olah beliau begitu komited dengan dasar kerajaan yang menolak sebarang hubungan dengan negara Israel.
Begitu kuat penentangannya sehingga melahirkan kebimbangan terhadap pendirian kerajaan berhubung penentangan terhadap penempatan haram Israel di Palestin yang turut dikecam PBB pada 2016.
Hakikatnya apa yang dipertontonkan kepada umum itu hanyalah sandiwara politik Wan Azizah !
Mungkin ramai yang dah lupa bahawa mereka-mereka ini sebenarnya dah lama bersekongkol dengan kalangan YAHUDI dan ISRAEL !
Perkara ini telah dibongkarkan oleh Lokman Adam bekas Ahli Majlis Tertinggi PKR.
Menurut Lokman, Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail serta Timbalannya Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pernah mengadakan pertemuan dengan Soros pada 2003 bagi mendapatkan dana kegunaan Pilihan Raya Umum (PRU) 2004.
Ujarnya, didalam Mesyuarat Biro Pilihan Raya PKR, Azmin mengesahkan sebanyak RM3 juta diterima parti untuk kegunaan membeli barangan kegunaan pilihan raya.
Pertemuan yang berlangsung di Washington DC itu turut dihadiri bekas Setiausaha Akhbar Datuk Seri Anwar Ibrahim, Khalid Jaafar; dan Exco Kerajaan Selangor, Elizabeth Wong.
“Apabila saya tanya dengan Mohamad Ezam Mohd Nor (bekas setiausaha politik Anwar) masa itu, beliau memaklumkan bahawa dana itu datangnya dari Soros.
“Jadi untuk PKR, mereka ini telah dibiayai oleh Soros bukan satu perkara baru… sejak 2004 sepengetahuan saya. Yang saya tak tahu mungkin awal daripada itu, saya tak pasti,” katanya dipetik Bernama.
Perkara ini bukan sahaja dibangkitkan oleh Lokman Adam tetapi juga oleh Chegu Bard baca SINI
So apakah niat sebenar Wan Azizah agak-agak ampa ?
Jangan pura-puralah kalau bukan niat untuk menjejaskan reputasi kerajaan BN semata-mata !
MMI
No comments:
Post a Comment