Siapakah gerangan lelaki yang bergambar dengan Lim Guan Eng ?
Sahabat karib ? Kawan ? Peminat ?
Agak-agaklah kalau nak temberang sekalipun, MMI difahamkan lelaki disebelah Guan Eng itu adalah ahli perniagaan bergelar Datuk Seri yang ditahan SPRM pada akhir bulan lalu, kerana didakwa menerima suapan sebanyak RM19 juta dalam projek terowong dasar laut Pulau Pinang.
Alah kes yang cuba menyabitkan Datuk Azeez Baling tu, so kalau dah bergambar bagai takkan tak ada apa-apa connection ?
Lim Guan Eng kata dia tak kenal lelaki tu sebab sebagai pemimpin ramai orang nak bergambar dengan dia.
Pejabat Ketua Menteri dalam kenyataannya, mendakwa sebagai seorang pemimpin dikenali ramai, Guan Eng berhak merakamkan gambar kenangan bersama sesiapa yang dikehendakinya.
“Sebagai seorang yang dikenali, Guan Eng sudah mengambil gambar dengan ramai personaliti dan beliau tidak mampu mengingati berapa banyak atau di mana gambar itu dirakamkan.
“Sebagai contoh, Guan Eng pernah mengambil gambar dengan ahli perniagaan Goh Chun Lai, yang didakwa mempunyai hubungan dalam syarikat 1MDB. Adakah itu bermaksud Guan Eng mempunyai kaitan dengan skandal berkenaan juga?” kata kenyataan itu, hari ini.
Mudah sungguh nak nafikan ? Kalau kena batang hidung ampa macam tu ja ampa tolak dan puak-puak langau dalam Pakatan Haprak yang semakin dibodohkan tu diam membisu dah macam betul-betul bisu.
Kalau babitkan pemimpin negara macam-macam ampa spin ! MMI ingat kalau Najib bergambar dengan Sajat rasanya puak-puak pembangkang mesti kata Najib gay !!!!
Simpanlah Guan Eng rakyat tak buta dah sekarang !
Bro lelaki dalam gambar tu telah ditangkap SPRM dan didakwa menerima RASUAH RM19 juta dan RASUAH itu ada kena mengena dengan projek terowong halimunan Guan Eng di Pulau Pinang.
Kerana itu MMI amat mushkil sama sekali yang Guan Eng tak kenal langsung dengan lelaki tersebut.
Yang tengah berlegar-legar dalam fikiran MMI ni apa mungkin mereka sebenarnya mengenali antara satu sama lain dan telah berlaku sesuatu yang disembunyikan dari kita ?
Apabila Zenith mengeluarkan tuntutan terhadap lelaki tersebut dan juga Datuk Azeez, Guan Eng adalah orang pertama yang meroyan siap buat tuduhan lagi terhadap Datuk Azezz.
Apabila Zenth menarik balik tuntutan terhadap Datuk Azeez maka MMI lagilah tertanya-tanya bagaimana Zenith boleh membuat kesilapan sebegitu ?
Apa mungkin ada pertemuan rahsia antara pihak-pihak terlibat dan satu konspirasi politik telah dirancang untuk 2 perkara yang MMI rasa boleh berlaku.
1.Mencari jalan untuk menyelesaikan isu membabitkan projek terowong dengan membeli pihak-pihak tertentu dalam SPRM dengan menggunakan orang tengah ?
2.Mencari sumber yang boleh mendedahkan adanya hubung kait dengan pemimpin UMNO supaya isu membabitkan skandal terowong ini dapat di divertkan kepada UMNO ?
Inilah sebenarnya perkara-perkara yang sedang bermain di fikiran MMI dan sudah tentunya ia bukan tuduhan memandangkan MMI hanya melontarkan apa yang sedang berlegar-legar dalam kepala otak ni so sebagai rakyat yang mengikuti perkembangan politik persoalan sebegini sebenarnya hadir apabila perlakuan pihak terlibat didedahkan.
Apakah yang MMI fikirkan itu benar ?
Memang sukar untuk kita jawab sebab kita bukan macam Sarawak Report yang kerjanya menyebarkan fitnah jadi MMI rasa kita tunggu siasatan SPRM terhadap lelaki terbabit dan juga siasatan terhadap skandal terowong dasar laut Guan Eng yang dah perabih duit dan tanah rakyat Pulau Pinang !
MMI
No comments:
Post a Comment