Apa yang pasti majlis malam tadi memang meriah dan kemeriahan itu seolah-olah sedang berlangsung malam panorama atau malam sambutan hari makan sedunia SEBAB kehadiran orang ramai termasuklah dari kalangan warga asing yang mengambil kesempatan untuk menjamu selera di gerai-gerai yang menyediakan makanan percuma kepada orang ramai.
MMI yang berada di kawasan agak terkejut memandangkan DAP pada kali ini menyediakan makanan percuma kepada orang ramai yang hadir ke ceramah politik 10 tahun DAP di Pulau Pinang.
Kalau sebelum itu dan kalau kita tengok sebelum PRU13 lalu, menyediakan makanan percuma sebegini bukanlah style DAP sebab pada ketika itu mereka berjaya meyakinkan orang ramai untuk percaya bahawa DAP dan Pakatan Rakyat adalah pilihan terbaik untuk menggantikan kerajaan Barisan Nasional.
Kali ini ianya sudah berbeza sama sekali, kehadiran pada malam itu pun tidaklah seperti mana yang diumumkan oleh pengacara majlis kononnya mencecah 50 ribu orang KERANA bukan hanya MMI tetapi juga para wartawan yang membuat liputan turut terpinga-pinga apabila jumlah 50 ribu itu disebut.
RANJAU lagi itulah kerja buat DAP dan kuncu-kuncunya ....
Baca ni ... KETIKA pengacara majlis Sambutan 10 Tahun DAP memerintah negeri ini mengumumkan seramai 50,000 orang menghadiri program berkenaan, kumpulan petugas media yang membuat liputan memandang sesama sendiri.
Ini kerana berdasarkan pemerhatian, angka rasmi yang diumumkan tentang kehadiran orang ramai di Padang Kota Lama itu jauh tersasar daripada jumlah sebenar.
Setelah berbincang, kami sepakat untuk menulis hampir 5,000 sahaja hadir walaupun ada rakan dari akhbar berbahasa Cina 'mencadangkan' sekitar 3,000 orang sahaja.
Portal propembangkang, Malaysiakini juga tidak melaporkan 50,000 orang hadir namun 'bermurah hati' apabila memberitahu pembacanya bahawa 15,000 hadir. Baca Selanjutnya
MMI juga pasti bahawa ada dikalangan pengampu-pengampu DAP akan memberikan sejuta alasan dan mempertahankan jumlah 50 ribu tu !
Tak kisah sangat pun berapa nak letak, letak jalah cuma terngiang-ngiang di telinga MMI ni yang Guan Eng sebut bahawa DAP dan Kerajaan DAP Pulau Pinang mengamalkan dasar Cekap, Akauntibiliti dan Telus ( CAT ) jadi kalau dah begitu dasarnya kenapa perlu mereka-reka jumlah kehadiran ye tak ?
Apa pun tak perlu kita berbalah bab tu kat sini kerana yang paling penting adalah ucapan Guan Eng pada malam tu !
Bagi yang mengikuti rentak politik DAP sejak 2008 yang lalu sehingalah malam tadi, pastinya kita akan dapat merasakan Guan Eng bukan sahaja cuba untuk bercakap besar tetapi seluruh ucapannya adalah bersifat MERAYU kepada yang hadir untuk terus menyokong sebuah rejim yang kini sedang dirundung dengan pelbagai skandal dan kelemahan pentadbirannya.
Dan rayuan Guan Eng itu berbeza dengan rayuan politiknya sebelum ini, rayuan itu bunyinya sumbang kerana Guan Eng cuba untuk menutup kelemahan dan skandal kerajaan DAP di Pulau Pinang !
LEBIH MEMERANJATKAN lagi ... Saja MMI nak share dengan ampa semua, Tun Mahathir tak mai oooo !!! Sebab apa dia tak mai ??? Haaaaaaaaa kalau ampa perasan waktu pelancaran manifesto Pakatan Haprak baru-baru ni Guan Eng blah dari majlis tu sebelum Tun Mahathir berucap !
Perasan dak ??????????
Hooooo ada apa-apa ka gang ????
MMI simpan dulu nanti kita cerita !
MMI
No comments:
Post a Comment