Followers

Monday, 11 June 2018

PERUBAHAN Yang Mereka Cari


Pastinya ramai yang kenal dengan Aung San Suu Kyi, wanita dengan sejarah politiknya yang tersendiri sehingga diangkat sebagai pejuang kepada warga Myanmar. Malah Suu Kyi sebelum ini adalah pemilik anugerah Nobel Keamanan dan semua itu berlaku kerana Suu Kyi memperlihatkan kepada dunia bahawa beliau adalah seorang pejuang kemanusiaan yang cintakan keamanan.

MMI yakin seluruh dunia terkejut kemudiannya apabila orang yang sama sanggup membiarkan etnik Rohingya dikorbankan.

Kesengsaraan etnik Rohingya itu bukan sahaja berkisar terhadap hidup yang tidak terurus tetapi menjadi sasaran junta tentera Myanmar yang bertindak tanpa sebarang peri kemanusiaan dengan membunuh, membakar, merogol dan menindas minoriti etnik Rohingya di wilayah Rakhine.

Sukar untuk kita bayangkan apabila ikon demokrasi yang diiktiraf dunia boleh bertindak sampai ke tahap begitu malah tindakan Suu Kyi turut mendapat kecaman pemimpin di seluruh dunia.

Di Malaysia kerajaan Barisan Nasional sebelum ini konsisten dalam membela nasib etnik Rohingya termasuklah sokongan padu daripada banyak pihak. Antara yang melahirkan rasa kecewa dan ketidakpuasan tindakan pemimpin Myanmar itu adalah Permaisuri Johor sendiri.

Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah menyifatkan ikon demokrasi Myanmar, Aung San Suu Kyi sebagai seorang pemimpin yang kejam. 

Baginda melalui laman Facebook bertitah, terkejut dengan tindakan Suu Kyi yang dilihat ketawa apabila isu mengenai perbuatan tidak berperikemanusiaan juta tentera Myanmar yang membunuh, membakar, merogol dan menindas rakyat minoriti Rohingya di wilayah Rakhine dibangkitkan. sumber

Turut sama mengutuk tindakan Suu Kyi adalah pemimpin tertinggi republik Iran, Ayatollah Ali Khamenei yang menyifatkan pemimpin Myanmar itu sebagai kejam serta menggesa negara-negara Islam mengambil tindakan keras terhadap Myanmar melalui politik, ekonomi dan perdagangan. sumber

Sesuatu yang pasti semua yang berlaku itu bermula daripada satu titik permulaan yang dianggap oleh banyak pihak diseluruh dunia sebagai PERUBAHAN.

Perubahan yang kononnya atas nama DEMOKRASI .... dalam kita membuat pilihan dan sudah tentunya pilihan-pilihan ini berlaku dalam satu proses yang disebut sebagai PILIHANRAYA.

Walaupun Myanmar punya cerita dan sejarah politik yang menggemparkan dunia sehingga kehadiran Suu Kyi sebelumnya dinafikan oleh junta tentera hakikatnya semua proses perubahan itu tetap berlaku dan realitinya dalam tempoh waktu yang begitu lama dinantikan oleh seluruh warga Myanmar akhirnya Suu Kyi dibebaskan serta diangkat sebagai pemimpin Myanmar.

Satu perubahan yang bukan sahaja diraikan oleh warga Myanmar tetapi juga oleh sebahagian besar dari penduduk dunia yang mengikuti perkembangan sosial politik negara Myanmar.

Persoalannya apakah kehadiran Suu Kyi di pentas politik Myanmar telah merubah nasib warga negara itu menjadi jauh lebih baik daripada sebelum itu ?

Persoalan yang kemudiannya telah menyebabkan ramai daripada penduduk dunia terkancing mulut dan resah dengan perkembangan di negara tersebut seolah-olah seluruh dunia sedang menghalalkan satu lagi episod HOLOCAUST seperti mana yang pernah berlaku semasa perang dunia kedua yang lalu.

Apakah nasib warga Myanmar berubah ? 

MMI tidak sesekali cuba mencari persamaan atau cuba mengaitkan hubungan dua bangsa antara Melayu dan etnik Rohingya sebagai umpan penulisan kali ini tetapi lebih kepada soal kesan terhadap kepercayaan yang lahir dari skrip dan watak yang dilakonkan.

Suu Kyi antara kalangan mereka yang berjaya menghayati skrip dan melakonkan wataknya dengan begitu sempurna sehingga akhirnya beliau berada di kedudukannya yang tersendiri namun watak itu akhirnya tidak menguntungkan sebahagian daripada mereka yang seharusnya mendapat sokongan dan pembelaan.

Begitu juga dengan Malaysia, setelah rakyat selesai membuat pilihan pada PRU14 yang lalu, kerajaan Barisan Nasional berjaya ditumbangkan.

Namun tanpa rakyat sedari satu persatu aksi yang sebelumnya begitu memukau kini menzahirkan  igaun ngeri.

Ribuan daripada mereka yang turut mengundi Pakatan Harapan kini hilang pekerjaan pada ketika dan waktu umat Islam bakal menyambut Hari Raya Aidifitri.

Malahan banyak lagi perkara-perkara lain yang boleh ditonton oleh seluruh rakyat Malaysia di kaca tv mahupun di media sosial.

Hampir semua janji Pakatan Harapan berubah kaedah dan pelbagai alasan kini digembar-gemburkan bagi menutup kelemahan dan kerapuhan pentadbiran kerajaan hari ini.

Mereka cuba mewujudkan identiti Pakatan Harapan dengan mengorbankan banyak agensi kerajaan  sebelumnya sama ada di tutup mahupun dirombak.

Satu perubahan berlandaskan kepentingan politik semata-mata dan sudah tentunya ia akan melibatkan kerugian dengan kos yang tersendiri.

Banyak pihak terkesan sebenarnya dalam kontek pemberian BR1M misalnya rata-rata penerima sebelum ini rasanya sudah sedar bahawa mereka bakal menjadi sebahagian daripada penerima yang akan digugurkan dari senarai.

Peneroka Felda, apakah nasib mereka berubah secara langsung apabila kerajaan berubah tangan ?

Apa jadi dengan racauan para pemandu terhadap harga minyak dan impian untuk melihat harga minyak petrol diturunkan kepada RM1.50 seliter seawal pagi 10 May 2018 seperti mana yang janjikan ?

Bayangkan 17 ribu penjawat awam terkesan dan kalau kita congak 17 ribu ini sudah tentu turut  melibatkan mereka yang punya keluarga. Ringkasnya dalam perkiraan mudah, seorang mewakili sebuah keluarga so kalau 1 + 3 ( Pasangan dan 2 anak) X 17 ribu maka keseluruhan mereka yang terkesan dengan polisi ini menjangkau angka 68 ribu orang yang terlibat.

Siapa mereka dari jumlah 68 ribu orang ini ? 

Bukankah mereka juga terkorban dek polisi kerajaan Pakatan Harapan ?

Yang lebih membimbangkan MMI adalah kita sedang berdepan dengan perubahan iklim politik yang kini mula menggugat kedudukan dan sistem yang selama ini kita PERTAHANKAN.


Secara umumnya apa yang sedang berlaku ini adalah perubahan yang sebenar bukan perubahan yang diimpikan oleh para pengundi rakyat Malaysia berdasarkan janji-janji Pakatan Harapan pada PRU14 yang lalu.

Kerana itu jangan merintih dan jangan sesekali menuduh sesiapa kerana yang membuat keputusan itu adalah kita sendiri.

Berpeganglah kepada kepercayaan kamu bahawa ini adalah amalan DEMOKRASI dan kamu mahukan PERUBAHAN maka inilah PERUBAHAN YANG KAMU CARI !

Kepada semua rakyat Malaysia, sama ada yang terkesan atau tidak terkesan dengan perubahan kerajaan di peringkat Nasional, MMI ucapakan Selamat Berpuasa dan Selamat Hari Raya Aidilfitri.

MMI

1 comment:

  1. dulu kita hidup di zaman diktator zalim mahathirisme... skrg mahazalim + komunis..

    ReplyDelete

Labels