Followers

Showing posts with label Dato Jahara. Show all posts
Showing posts with label Dato Jahara. Show all posts

Thursday, 4 July 2013

Sidang DUN Pulau Pinang JAHARA STRIKE OUT ADUN DAP !!


Benarlah kata orang jangan sesekali kita menilai seseorang itu berdasarkan luarannya atau jantinanya.Seperti semua sedia maklum politik di Pulau Pinang bagi penggal ke13 ini telah menyaksikan satu kejutan buat delegasi wakil rakyat BN apabila jawatan ketua pembangkang telah di pertanggungjawabkan kepada wakil wanita YB Datuk Jahara Hamid ADUN Teluk Air Tawar.

Pada mulanya nama beliau di umumkan sebagai ketua pembangkang , banyak pihak melahirkan keraguan apakah beliau mampu memikul tanggungjawab itu malah memimpin 9 lagi ADUN BN dalam sidang DUN yang menyaksikan mereka perlu berdepan dengan 30 orang wakil DUN pembangkang.

Namun segalanya terjawab apabila ketua pembangkang itu memulakan tugasnya.

Yang pasti wakil-wakil DAP sudah pasti panas telinga dan lebih menarik apabila Datuk Jahara telah membuatkan segelintir daripada wakil-wakil DAP tersebut bangun untuk mencelah seolah-olah seperti ada semut yang sedang menggigit punggung-punggung mereka .. Haha jangan main-main beb..

Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang yang sedang membahaskan ucapan Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas hari ini panas apabila Ketua Pembangkang, Datuk Jahara Hamid (BN-Teluk Air Tawar) mempersoalkan satu persatu kepincangan pentadbiran kerajaan DAP Pulau Pinang.

Ketegangan mula timbul apabila Jahara mempertikaikan tindakan Speaker, Law Choo Kiang tidak membenarkan sesi soal jawab kali ini dengan alasan kekangan masa.

Jahara berkata, perkara itu mencatat sejarah baharu dalam DUN kerana tidak pernah berlaku sebelum ini.

"Ini sesuatu yang mendukacitakan kerana sesi soal jawab adalah penting dalam demokrasi dan saya melihat keputusan ini sebagai hukuman mati ke atas sistem demokrasi dalam dewan akibat keangkuhan kuasa mutlak yang ada pada kerajaan negeri," katanya semasa sidang DUN Pulau Pinang Ke-13 di sini hari ini.

Bagaimanapun kenyataan Jahara menimbulkan rasa tidak senang Jagdeep Singh Deo (DAP-Datuk Keramat) dan meminta Jahara menarik balik kenyataannya.

Jahara bagaimanapun enggan berbuat demikian dan mempertahankan hujah beliau dan memberi amaran kepada Jagdeep supaya tidak mengherdiknya.

Pertikaman lidah itu akhirnya dileraikan dengan campur tangan Speaker yang meminta semua wakil rakyat menghormati keputusan yang telah dibuat.

Jahara kemudian meneruskan perbahasannya dengan membangkitkan pelbagai isu seperti Akaun Perumahan Bumiputera, sistem penyampaian maklumat, projek mega dan pelancongan yang sekali lagi tidak disenangi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kerajaan negeri DAP.

Beliau memberitahu, dalam aspek pendapatan isi rumah dan pemilikan hartanah, golongan bumiputera di negeri itu terus ketinggalan berbanding kaum Cina dan India.

"Perkara ini menjadi semakin kronik apabila harga rumah khususnya di bahagian pulau melonjak sehingga 137 peratus dan tidak mampu dibeli oleh rakyat di daerah Timur Laut terutama bumiputera.

"Unit Komersial Bumiputera pula hanya sebanyak dua peratus dan hampir kosong jika tidak dimiliki oleh Mara dan UDA," katanya.

R.S.N. Rayer (DAP-Seri Delima) kemudian bangun mencelah dan mengatakan keadaan itu berpunca daripada salah UMNO.

Bagaimanapun, Jahara menempelak Rayer dengan mengatakan beliau tidak menyebut soal parti sebaliknya bercakap untuk kepentingan rakyat.

Wow terbaiklah .. nampak sangat gopoh dan angkuhnya wakil-wakil DAP ni , apa pun tahniah Datuk Jahara permulaan yang baik teruskan momentum.

Psst Walaupun dia wanita tapi pengalaman banyak beb !!

MMI

Tuesday, 18 June 2013

Ketua Pembangkang TAHNIAH Dato Jahara Lakukan Yang Terbaik !!!


Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Telok Air Tawar Datuk Jahara Hamid dilantik ketua pembangkang Pulau Pinang yang baharu, menggantikan Adun Penaga Datuk Azhar Ibrahim yang bersara.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman berkata sebelum ini, pihaknya mengenal pasti beberapa calon untuk mengisi jawatan itu dan mengemukakannya kepada Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Setelah menunggu keputusan dari pucuk pimpinan, kita sudahpun mendapat keputusan bahawa Perdana Menteri telah memberi persetujuan memilih Jahara sebagai ketua pembangkang.

“Kita amat gembira dengan pelantikan itu kerana ia menjadi sejarah di Malaysia apabila wanita dilantik sebagai ketua pembangkang di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN),” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata pelantikan Jahara juga membuktikan UMNO mengiktiraf pemimpin wanita. Zainal Abidin berkata UMNO Pulau Pinang juga memberi kepercayaan penuh kepada Jahara melakukan yang terbaik untuk rakyat di negeri ini tanpa mengira kaum dan bangsa.

“Kita yakin dan percaya Jahara akan dapat menjalankan tanggungjawab dan amanah ini dengan sebaiknya, serta menjadi wakil untuk semua kaum di negeri ini dalam apa jua isu untuk disuarakan di dalam DUN, dan pemilihan beliau dibuat berdasarkan pengalamannya dalam bidang politik,” katanya.

Jahara, yang pernah menjadi Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Sukan kerajaan negeri semasa BN memerintah Pulau Pinang, merupakan wakil rakyat bagi Teluk Air Tawar sejak lima penggal lepas.sumber 

MMI.

Labels